Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Honda CR-Z Bukan Terbabas Tapi "Membabaskan Diri"

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Niat seorang lelaki untuk memutar belit laporan polis membawa padah apabila dia sebenarnya bukan terlibat dalam kemalangan sebaliknya berlumba sehingga terbabas sendiri di Genting Highlands, pada Ahad lepas.

Perkara itu berjaya dihidu pihak polis selepas satu rakaman video  tersebar di TikTok yang menunjukkan sebaliknya dia sedang  berlumba di jalan raya.

Rakaman itu menunjukkan Honda CR-Z berwarna biru yang turun dari satu selekoh tajam dipandu laju sebelum hilang kawalan lalu terbabas sendiri. 

Mujur, pemandu CR-Z selamat.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, pihaknya ada menerima laporan pada pukul 11.05 pagi  daripada pemandu kereta berkenaan yang memaklumkan kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 14.7 jalan menghala ke Genting Highlands.

image.pngimage.png

“Namun satu klip video tersebar di TikTok yang menunjukkan kereta yang sama didapati dipandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.

“Pihak polis daripada bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong telah menghubungi pemandu berkenaan untuk tampil memberi keterangan,” katanya.

image.png

Sehubungan itu, polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Gallery

Tag:

CR-Z
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026