Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lega, LRT3 Bakal Beroperasi Sept Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita baik untuk pengguna LRT! 

Ini kerana Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dengan kawasan sekitarnya, dijadual bermula pada 30 September depan.

Untuk itu, ujian pengoperasian tren tanpa penumpang akan dilakukan dalam dua peringkat bagi memastikan perkhidmatan LRT3 selamat untuk pengguna.

image.png

Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini berkata, kemajuan keseluruhan projek itu setakat ini mencapai 98.16 peratus.

"Anggaran tempoh pengujian adalah 75 hari. Keputusan ujian FFR ini akan dinilai pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) berdasarkan aspek keselamatan, pematuhan standard dan jaminan sistem kereta api tertentu," katanya.

image.png

Kenyataan itu sebagai menjawab soalan Azli Yusof (PH-Shah Alam) mengenai status terkini projek LRT3, tempoh pelaksanaan 'trial run' tanpa penumpang serta sasaran pembukaan operasi sepenuhnya menjelang suku ketiga tahun 2025.


Gallery

Tag:

Light Rapid Transit 3 (LRT3)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Sah! LRT 3 Beroperasi 31 Disember Ini, Kata Menteri Pengangkutan

Sah! LRT 3 Beroperasi 31 Disember Ini, Kata Menteri Pengangkutan

LRT3 yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekitarnya dijangka mula beroperasi pada 31 Disember ini.

18-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Melihat 'Jantung' PROTON: 35 Anak Muda GIATMARA Teruja Teroka Fasiliti AHTV

Melihat 'Jantung' PROTON: 35 Anak Muda GIATMARA Teruja Teroka Fasiliti AHTV

Memperkasa TVET: PROTON Buka Pintu Fasiliti Tanjung Malim Buat Pelatih GIATMARA.

22-04-2026
Berita Auto
Ativa & WR-V Dalam Bahaya? Proton Saga Cross (AMA02) Bakal Tiba

Ativa & WR-V Dalam Bahaya? Proton Saga Cross (AMA02) Bakal Tiba

Ada desas-desus mengatakan bahawa Proton Saga Cross bakal tiba.

22-04-2026
Berita Auto
GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas  Di Malaysia

GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia

WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!

22-04-2026
Berita Auto
Pemanduan Ke Segamat Bakal Jadi Lebih Laju! EXCO Sahkan Laluan Pintas Siap 2027

Pemanduan Ke Segamat Bakal Jadi Lebih Laju! EXCO Sahkan Laluan Pintas Siap 2027

Projek jalan pintas yang menghubungkan Muar, Tangkak dan Segamat ddijangka siap pada Februari 2027.

22-04-2026
Berita Auto
Perodua, UTM Jalin Kerjasama, Latih Jurutera Masa Depan

Perodua, UTM Jalin Kerjasama, Latih Jurutera Masa Depan

Langkah Proaktif Perodua: Latih Jurutera Masa Hadapan' bersama UTM demi ekosistem xEV.

22-04-2026
Berita Auto
Setiap Saat RM2,300 'Terbakar' Demi Subsidi

Setiap Saat RM2,300 'Terbakar' Demi Subsidi

Setiap saat kita bakar RM2,300 untuk subsidi bahan api, beban kerajaan semakin berat.

22-04-2026
Berita Auto
Chery  Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.

22-04-2026