Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nissan Tidak Mahu Jadi Anak Syarikat Honda, Mitsubishi Undur Diri

Sofea Najmi

5-2-2025

Kongsi melalui

Nissan-Honda-Mitsubishi-JV-1.jpg


Nissan Motor Co dilaporkan bersedia untuk menolak tawaran menjadi anak syarikat Honda Motor Co, satu keputusan yang berpotensi menggugat perbincangan antara kedua-dua syarikat automotif Jepun itu, lapor Bloomberg. 


Menurut sumber yang rapat dengan perkara ini, Nissan merancang untuk mengadakan mesyuarat lembaga pengarah seawal Rabu bagi membincangkan cadangan Honda untuk membeli saham Nissan dan menjadikannya sebagai anak syarikat. Bagaimanapun, majoriti lembaga dijangka menolak tawaran tersebut.


Bagaimanapun, keputusan muktamad mengenai perkara tersebut masih boleh berubah memandangkan terdapat beberapa pegawai kanan Nissan yang menyokong cadangan daripada Honda, kata sumber tersebut.


Honda & Nissan Berusaha Bentuk Gergasi Automotif Ketiga Terbesar Dunia


Nissan-Honda-Mitsubishi-JV-4.jpg


Perbincangan antara Nissan dan Honda telah berlangsung selama beberapa minggu dengan matlamat untuk menggabungkan kedua-dua syarikat, yang secara tidak langsung akan menjadikan Nissan sebahagian daripada Honda. Dengan nilai pasaran Honda mencecah ¥7.3 trilion (~RM210.97 bilion), hampir lima kali ganda lebih tinggi daripada Nissan, penggabungan ini dijangka membentuk pengeluar kereta ketiga terbesar dunia.


Namun, perbincangan tersebut mengalami kelewatan sejak diumumkan pada Disember lalu. Kedua-dua syarikat sebelum ini berjanji untuk mengemukakan kerangka perjanjian pada penghujung Januari, tetapi kini telah menundanya selama beberapa minggu. Sasaran utama adalah untuk memuktamadkan penggabungan pada Jun, sebelum menyenaraikan syarikat pegangan baharu pada Ogos 2026.


Reaksi Pasaran & Pengaruh Renault


Pada sesi dagangan awal di Tokyo pada hari Rabu, saham Honda meningkat sebanyak 3.2%, manakala Nissan pada awalnya mengalami penurunan sebelum meningkat semula sebanyak 2.7%.


Setakat ini, wakil Nissan dan Honda tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai status rundingan, selain menegaskan bahawa perbincangan masih berjalan menjelang tarikh sasaran pertengahan Februari.


Sementara itu, Renault SA, yang memiliki 36% pegangan dalam Nissan, dilaporkan telah menghantar wakil ke Jepun pada akhir Januari bagi menyuarakan kebimbangan mengenai potensi pengambilalihan ini. Renault juga dikatakan menuntut bayaran premium untuk sahamnya sekiranya transaksi itu diteruskan.


Baca: Foxconn Juga Berminat Ambil Alih Nissan? – Benar Atau Sekadar Helah?


Mitsubishi Enggan Sertai Perjanjian


Nissan-Honda-Mitsubishi-JV-3.jpg


Dalam perkembangan lain, Mitsubishi Motors Corp, yang sebelum ini dikatakan sedang mempertimbangkan untuk menyertai pakatan ini, mengumumkan bahawa ia telah memutuskan untuk tidak terlibat buat masa ini. Syarikat itu akan membuat keputusan muktamad selepas Honda dan Nissan mencapai kata sepakat menjelang akhir bulan ini.


Ikuti perkembangan terkini dalam dunia automotif hanya di Carz.com.my


Sumber: Bloomberg

Baca: Gabungan Honda & Nissan Bakal Jadi Kumpulan Automotif Ketiga Terbesar Dunia – Fokus Hasil EV

Tag:

Nissan
Honda
Gabungan Nissan-Honda
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Inikah Nissan X-Trail Generasi Akan Datang? – Moden & Teknologi e-Power Terkini

Pelan kebangkitan atau revival plan Nissan yang diumumkan bulan lalu nampaknya masih menyimpan beberapa kejutan.

03-04-2025
Berita Auto

Era Baharu Nissan: CEO Baharu, Model Baharu, Teknologi Lebih Canggih

Syarikat automotif Jepun ini baru sahaja mengumumkan pelan perniagaan baharu dengan memperkenalkan lebih daripada 13 model serba baharu dan versi facelift.

28-03-2025
Global

Nissan Almera 2026 Bakal Dilancar Tahun Ini

Nissan bakal melancarkan Nissan Almera 2026, pada tahun ini.

28-03-2025
Global

Espinosa Kini CEO Baharu Nissan

Pelantikan itu dibuat di saat Nissan

12-03-2025
Berita Auto

Nissan Cuba Bertahan, Honda Sedia Suntik Pelaburan? Tetapi Ini Akibatnya...

Nissan masih menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan Honda bagi mengukuhkan kedudukan kewangannya.

07-03-2025
Berita Auto

Honda Minta CEO Nissan Letak Jawatan, Hentikan Teknologi e-Power

Honda kemukan cadangan untuk menguruskan Nissan, namun Nissan dengan tegas menolak tawaran tersebut. Ini puncanya...

20-02-2025
Global

Nissan, Honda Batal Rancangan Bergabung

Honda Motor Co dan Nissan Motor Co akhirnya membatalkan rancangan untuk bergabung gara-gara gagal memeterai rundingan bersama.

14-02-2025
Global

Nissan Navara Bukan Sekadar Model Rebadge Triton

Nissan Navara generasi akan datang dikatakan akan menerima beberapa perubahan ketara.

13-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Operasi Kereta Api KL–Bangkok Akan Dimulakan Tahun Ini

Kerajaan merancang untuk mewujudkan perkhidmatan kereta api kargo terus dari Kuala Lumpur ke Bangkok, Thailand dalam usaha memperkukuh hubungan dagangan dua hala.

05-05-2025
Berita Auto

Guna Kenderaan Mikromobiliti Di Atas Jalan Awam, Boleh Kena Denda RM1,000, Penjara 3 Bulan

Kenderaan mikromobiliti hanya dibenar digunakan di kawasan yang dikhaskan.

05-05-2025
Berita Auto

Bengkel Kereta Terbakar: 20 Kereta, 3 Motosikal Terbakar

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

05-05-2025
Berita Auto

Operasi InDrive Di Malaysia Mungkin Tamat – Ini Sebabnya

E-hailing InDrive Malaysia kini berdepan kemungkinan ditamatkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

04-05-2025
Berita Auto

Peserta RXZ Fighter Maut, Berlanggar Sesama Sendiri

Dua lagi parah selepas motosikal yang dinaiki mereka berlanggar sesama sendiri.

03-05-2025
Berita Auto

Continental Tutup Kilang, Tiada Kaitan Politik

Sanusi menegaskan keputusan Continental menutup kilang tayar di Kedah tiada kaitan isu politik.

02-05-2025
Berita Auto

Bahaya: Warga Emas Sembunyi Tepi Landasan KTMB, Tunggu Tren Beredar

Aduhai, tak takut ke kena rempuh dengan tren?

02-05-2025
Berita Auto

Toyota Eco Youth 2025 : 30 Sekolah Terpilih

Setiap 30 buah sekolah yang dipilih itu turut menerima geran RM3,000 (jumlah keseluruhan RM90,000) bagi memulakan projek lestari .

02-05-2025