Link Copiedcheck_circle
Global

Dilancar: Nissan Frontier Pro - Harga Bermula Daripada RM99,800

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Walaupun model Nissan Frontier tidak pernah masuk ke Malaysia namun model itu sudah menembusi pasaran China, baru-baru ini.

Dikhabarkan, Zhengzhou Nissan telah melancarkan trak pikap Nissan Frontier Pro, dengan harga serendah  169,900 yuan (RM99,800) hingga 249,900 yuan (RM146,000) di China.

Ketibaan generasi baharu Frontier Pro ini menandakan peristiwa penting untuk  Nissan kerana ia merupakan produk pertama yang direka dan  dihasilkan sepenuhnya di China.

Difahamkan, model itu akan dipasarkan secara global nanti. 

image.png

Melihat luaran Frontier Pro, trak pikap ini agak menonjol manakala dari segi dimensi, ia berukuran panjang 5,520 MM, lebar 1,960 MM, tinggi 1,950 mm, dan jarak roda 3,300 mm. 

Sementara itu, ruang kargonya juga agak luas iaitu berukuran 1,520 mm panjang, 1,600 mm lebar, dan ukuran dalamannya pula 490 MM dalam. 

Model terpilih turut menampilkan pintu belakang soft-down elektrik untuk kemudahan tambahan.

Rekaan berbeza antara varian bahan api dan PHEV. Model bahan api mengekalkan gaya V-Motion klasik Nissan yang diperbaharui untuk daya tarikan moden. PHEV pula hadir dengan pendekatan lebih elektrik dan berteknologi tinggi, selari dengan trend pasaran EV masa kini.

image.pngimage.png

Menjengah kabinnya, ia dilihat menggabungkan elemen praktikal dan teknologi.Terdapat skrin instrumen digital dan skrin tengah bersaiz besar mendominasi papan pemuka, manakala deretan butang fizikal masih ditempatkan pada konsol tengah untuk kemudahan penggunaan. 

Terdapat juga sentuhan premium termasuk bahan soft-touch dan sistem audio JLA 12 pembesar suara, mewujudkan pengalaman dalaman yang selesa dan berkualiti tinggi.

Mengenai trenkuasa, ia hadir dengan enjin petrol 2.0T dimana ia mampu  menghasilkan kuasa setakat 258 hp dan 400 Nm, manakala  enjin diesel 2.3T pula menjana kuasa setakat 190 hp dan 500 Nm.

Enjinnya  dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan.

image.png

Sementara itu, versi PHEV pula menggabungkan enjin 1.5T dengan motor elektrik yang dipasang di hadapan. Versi ini secara keseluruhannya mampu menghasilkan kuasa setakat 320 kW (429 HP) dan 800 Nm, dan dipadankan dengan transmisi DHT 4 kelajuan.

Ia juga menawarkan jarak pemanduan elektrik sejauh 135 km.

Dengan pelancaran Frontier Pro, Nissan meletakkan dirinya sebagai pesaing sengit dalam pasaran trak pikap di China. 

Gallery

Tag:

Nissan Frontier Pro
Nissan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

29-04-2025
EV

27-01-2026
EV

23-12-2025
EV

22-12-2025
Global

22-12-2025
Global

19-12-2025
Global

18-12-2025
Kereta Baru

05-12-2025

Berita Terkini

Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026