Link Copiedcheck_circle
EV

Pengeluaran EV MINI Di Oxford Ditangguhkan, Sasaran EV Kerajaan UK Tidak Masuk Akal?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

P90520847_highRes_2023-vehicle-product.jpg


BMW mengesahkan bahawa rancangan untuk memulakan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di kilang MINI di Oxford ditangguhkan buat sementara waktu berikutan "pelbagai ketidakpastian yang melanda industri automotif."


Keputusan ini turut menyebabkan penangguhan rancangan naik taraf kilang Cowley yang sebelum ini diumumkan bernilai sekitar £600 juta (~RM3.3 bilion).


BMW Tolak Geran Kerajaan UK, Perbincangan Masih Dijalankan


P90520841_highRes_2023-vehicle-product.jpg


Susulan penangguhan ini, BMW juga tidak akan menerima geran sebanyak £60 juta (~RM335 juta) yang ditawarkan oleh kerajaan UK. Namun, syarikat itu menegaskan bahawa pihaknya masih melakukan perbincangan dengan kerajaan mengenai rancangan masa depan.


Walaupun terdapat kelewatan, BMW menyatakan bahawa pelaburan di kilang tersebut tetap diteruskan. Projek pembinaan bagi memodenkan fasiliti, termasuk pusat logistik berteknologi tinggi, kini sedang berjalan bagi menyokong pengeluaran di masa hadapan.


Rancangan Pengeluaran EV MINI di Oxford Masih Dikaji


web_TA_CariCarz_Mini-Cooper-SE_yellow_-1.jpg


Pada 2023, BMW telah mengumumkan pelaburan besar bagi mempersiapkan kilang MINI untuk pengeluaran model elektrik generasi terbaru. Pengeluaran dua model EV baharu telah dijadualkan untuk bermula pada 2026, tetapi jadual itu kini dalam proses kajian semula.


Buat masa ini, semua model EV MINI dihasilkan di China. Dalam satu kenyataan, BMW menyebut, “Kilang Oxford adalah nadi kepada pengeluaran MINI, penting untuk menghasilkan dan mengeksport pelbagai model yang menerima permintaan tinggi di UK dan pasaran global. 


“Namun, memandangkan terdapat ketidaktentuan dalam industri automotif, BMW Group sedang mengkaji semula jadual untuk memulakan semula pengeluaran MINI elektrik di Oxford."


Perdebatan Tentang Sasaran Jualan EV di UK


social_CariCarz_AS_Review_Mini-Countryman-Cooper-SE_static_-67.jpg


Penangguhan ini terjadi kerana berlakunya perdebatan hebat antara industri automotif UK dan kerajaan mengenai sasaran jualan kenderaan elektrik. Beberapa pengeluar kereta menyuarakan kebimbangan bahawa kuota jualan EV yang diwajibkan untuk tahun-tahun mendatang terlalu tinggi dan sukar untuk dipenuhi.


Awal tahun ini, kerajaan telah mengadakan perbincangan segera mengenai perubahan dasar kenderaan tanpa emisi (ZEV) yang menetapkan sasaran jualan EV. Pada November lalu, Stellantis menyebut dasar ini sebagai salah satu sebab utama penutupan kilang van mereka di Luton.


Komitmen Kerajaan dan Masa Depan Kilang MINI Oxford


Jabatan Pengangkutan UK (DfT) mengakui cabaran yang dihadapi pengeluar kenderaan dan menyatakan bahawa mereka mendengar kebimbangan industri. Kerajaan juga menegaskan sokongannya terhadap peralihan kepada EV, dengan lebih daripada £2.3 bilion (~RM12.9 bilion) telah diperuntukkan untuk membantu industri dan pengguna.


DfT kini sedang mengkaji semula cadangan untuk mengembalikan semula tarikh akhir peralihan EV kepada 2030, sambil memastikan pekerjaan terus dikekalkan. Jabatan itu mendakwa bahawa kebanyakan pengeluar menyokong garis masa tersebut dan berada di landasan yang betul untuk memenuhi sasaran mandat ZEV mereka.


Buat masa ini, masa depan MINI elektrik di Oxford masih belum pasti, namun BMW menegaskan bahawa pihaknya komited untuk memastikan kilang tersebut bersedia menghadapi perkembangan industri automotif di masa hadapan.

Sumber: BBC

Baca: Kilang Mini Oxford Bakal Keluarkan EV Aceman, Cooper

Tag:

MINI
MINI Electric
EV MINI
MINI Oxford
MINI UK
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Performance Motors Malaysia Kini Urus Pusat Pengedar BMW, MINI

Sime Motors dan Ingress Corporation Berhad menjalinkan kerjasama untuk mengendalikan dan menguruskan dua pusat pengedaran BMW serta satu pusat pengedaran MINI di Performance Motors Malaysia.

29-04-2025
Kereta Baru

Dilancar: MINI Cooper S 5-Door, Harga Sekitar RM293,000

MINI Cooper S 5-Door sudah menembusi pasaran tempatan.

08-10-2024
Kereta Baru

MINI Aceman Elektrik Dilancar, Hanya Ada 1 Varian, Harga RM213,888

MINI Malaysia buat julung kalinya melancarkan crossover kompak elektrik pertamanya, MINI Aceman, sebentar tadi.

08-10-2024
EV

Kalau Negara Jiran Dah Dapat, Adakah Mini Aceman SE 2024 Pun Akan Masuk M'sia

Di Thailand, Aceman cuma didatangkan dalam satu varian.

26-08-2024
Kereta Baru

Nantikan Kemunculan Model Baharu MINI

Nampaknya, MINI Malaysia bakall melancarkan sebuah model baharu versi elektrik pada bulan ini.

01-07-2024
Gaya Hidup

Tahniah Kepada Semua Pengedar BMW

Lebih 200 tetamu hadir pada majlis Dealer Awards Night yang diadakan di hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, baru-baru ini.

19-06-2024
EV

EV Kompak, MINI Aceman, Buat Kemunculan Sulung di Auto China 2024

MINI Aceman akhirnya membuat kemunculan sulung di peringkat dunia secara rasmi di Auto China 2024.

25-04-2024
EV

Crossover Elektrik, MINI Aceman Didedahkan Menjelang Penampilan Sulungnya di Auto China 2024

Ini dia MINI Aceman yang bakal diperkenalkan semasa Auto China 2024 minggu depan.

21-04-2024

Berita Terkini

EV

Ini Dia Skuter Elektrik Harga Marhaen, Yadea GT20 Dijual Serendah RM4,998 Sahaja

Skuter elektrik yang cukup bergaya, Yadea GT20 sudah dilancarkan di Malaysia.

18-06-2025
EV

Ini Dia Tiga Cawangan Pengedar Baharu Proton e.MAS & smart

PRO-NET lancarkan pusat pengedaran baharu Proton e.MAS dan smart di Kota Kinabalu, IOI Putrajaya dan Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

18-06-2025
EV

Pengecas Pantas EV ChargeSini Kini Di Mayang Mall, K.Terengganu – 60 kW, Dari RM1.39/kWj

ChargeSini telah melancarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Mayang Mall, Kuala Terengganu.

18-06-2025
EV

Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.

17-06-2025
EV

Dihidupkan Semula: Peugeot e-208 GTi Dilancar Di Le Mans

Nampaknya, jenama milik Stellantis ini memilih untuk menghidupkan semula salah satu nama model ikonik mereka.

17-06-2025
EV

Sah! Hyundai Bakal Lancar Hyundai Ioniq 6 N Pada Julai Ini

Hyundai akhirnya mengesahkan bahawa Hyundai Ioniq 6 N yang dinanti-nantikan selama ini akan dilancarkan secara rasminya pada Goodwood Festival of Speed.

16-06-2025
EV

DC Handal Kini Bolehkan Pembayaran Melalui e-dompet TnG

Selepas ini, pengguna yang menggunakan DC Handal boleh membuat pembayaran menerusi Perkhidmatan e-dompet Touch 'n Go (TnG).

16-06-2025