Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Gandakan Perbelanjaan CAPEX, Mahu Tambah Baik Kilang, R&D

Suhana Veru

7-2-2025

Kongsi melalui

 image.png


Perodua telah memperuntukkan  RM1.6 bilion untuk perbelanjaan modal (CAPEX) pada  tahun ini.


Difahamkan, sebahagian besar pelaburannya dikhaskan untuk penambahbaikan kilang, peningkatan kapasiti tera (stamping) serta pembangunan model baharu dan perkakasan.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, peruntukan RM1.6 bilion itu adalah lebih sekali ganda CAPEX syarikat pada tahun 2024 iaitu RM797.5 juta.

 

“Pelaburan ini akan menyatukan kapasiti pengeluaran, termasuklah di peringkat pembekal, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produktiviti.


image.png


“Ia juga bakal  mengukuhkan perancangan penyelidikan dan pembangunan (R& D) produk kami serta keupayaan pembangunan model baharu,” katanya dalam satu kenyataan.


Untuk makluman, Perodua telah melepasi kapasiti pengeluarannya dengan 368,100 kenderaan dikeluarkan pada 2024 sekali gus  melebihi kapasiti sebanyak 320,000 untuk kedua-dua kilangnya.


image.png


Tambah beliau,  tahun 2025 akan menjadi batu loncatan kepada masa depan Perodua dengan penekanan terhadap kemandirian syarikat itu dari segi keupayaan pengeluaran, terutamanya dalam membangunkan produk di masa akan datang.

 

“Bagi tahun 2025, kami menjangka jumlah pengeluaran kami merosot sebanyak 4.9% kepada 350,000 unit daripada 368,100 unit yang dicatatkan pada tahun 2024.


Pengurangan ini juga akan menyaksikan jumlah pendaftaran berkurang sebanyak 3.7% kepada 345,000 unit daripada 358,102 unit tahun lalu.


“Namun, permintaan terhadap kenderaan kami kekal sihat dengan tempahan tertunggak semasa kini mencecah 68,000 unit, yang mana 28,000 tempahan mempunyai surat aku janji yang dikeluarkan tanpa stok,” ujarnya.


Begitupun, Perodua akan terus mengutamakan penghantaran kenderaannya dan dalam masa yang sama mengekalkan standard keselamatan dan kualiti terjaga.


Mengulas mengenai perniagaan selepas jualan Perodua, Zainal Abidin berkata syarikat kereta kompak itu menyasar untuk meningkatkan jumlah penyelenggaraan kenderaan tahun ini kepada 3.7 juta, naik 7.6% daripada 3.4 juta yang dicatatkan tahun lalu.


Perodua juga akan terus menyokong ekosistem automotif negara dengan pembelian komponen tempatan yang diangggarkan berjumlah RM10.8 bilion daripada pembekal di negara ini.


“Selain itu, kami juga bekerjasama dengan kerajaan untuk meningkatkan keupayaan pembekal dan pengedar kami agar mereka boleh kekal bersaing secara kompetitif dalam industri.


“Ini termasuklah dengan terus meneroka potensi Industri 4.0 dalam memaksimumkan keupayaan dalam operasi mereka, mengendalikan latihan dan menyediakan bantuan lain bagi pertumbuhan yang lestari,” jelasnya.


Gallery

Tag:

Perodua
CAPEX
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Jualan,Pengecasan EV Semakin Melonjak, Bagaimana Pula Langkah Lupuskan Bateri EV?

Biarpun, masih awal untuk bimbang mengenai pelupusan bateri, namun sudah tiba masanya, kerajaan sudah mula mewujudkan loji kitar semula bateri EV yang khusus.

03-05-2025
Berita Auto

Jualan Perodua Bakal Melonjak Sebab Peraturan Eksais 2025 Ditangguh!

Perodua dikatakan akan terus menguasai pasaran automotif tempatan.

29-04-2025
Berita Auto

Perodua: Kerjasama Dimeterai Untuk Dapatkan Akses Pengesahan Pengguna

Ia adalah sebahagian usaha Perodua dalam menambahbaik perjalanannya ke arah transaksi tanpa tunai.

19-03-2025
Berita Auto

Jualan Kereta Bukan Nasional Menyusut Tapi Lain Pula Buat Kereta Nasional

Nampaknya, jualan kenderaan bukan nasional mencatatkan penurunan yang agak ketara, namun PERODUA kekal menunjukkan prestasi yang stabil di pasaran.

14-03-2025
Berita Auto

Perodua: 68,000 Tempahan Masih Belum Diselesaikan

Seramai 28,000 daripada 68,000 pembeli sudah pun mempunyai surat aku janji dikeluarkan tanpa stok.

12-02-2025
EV

EV Perodua Dijual Tanpa Bateri, Ini Penjelasan Perodua..

Kecoh, Perodua bakal jual EV tanpa bateri?

10-02-2025
Berita Auto

Perodua Berjaya Jual 5.1 Juta Kereta, Perodua Pilihan Rakyat Malaysia!

Dalam tempoh 30 tahun, jualan Perodua mencecah 5.1 juta unit.

10-02-2025
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Peserta RXZ Fighter Maut, Berlanggar Sesama Sendiri

Dua lagi parah selepas motosikal yang dinaiki mereka berlanggar sesama sendiri.

03-05-2025
Berita Auto

Continental Tutup Kilang, Tiada Kaitan Politik

Sanusi menegaskan keputusan Continental menutup kilang tayar di Kedah tiada kaitan isu politik.

02-05-2025
Berita Auto

Bahaya: Warga Emas Sembunyi Tepi Landasan KTMB, Tunggu Tren Beredar

Aduhai, tak takut ke kena rempuh dengan tren?

02-05-2025
Berita Auto

Toyota Eco Youth 2025 : 30 Sekolah Terpilih

Setiap 30 buah sekolah yang dipilih itu turut menerima geran RM3,000 (jumlah keseluruhan RM90,000) bagi memulakan projek lestari .

02-05-2025
Berita Auto

LKSA, SUKE, SILK, DASH Kini Terima Kad Kredit & Debit

Pengguna lebuh raya kini dapat membuat pembayaran tol dengan lebih mudah melalui Sistem Pembayaran Tol Terbuka di empat lagi lebuh raya Prolintas.

02-05-2025
Berita Auto

Kesesakan Teruk Sejak 20 Tahun Di Pekan Tapah, Akhirnya Selesai!

Penduduk di sekitar Pekan Tapah, Perak kini boleh menarik nafas lega memandangkan projek penyuraian trafik sudah siap.

02-05-2025
Berita Auto

Mesra Pelancong! MyRapid PULSE Dilancarkan – Ada Ganjaran, Akses Tempat Menarik

Pengguna pengangkutan awam kini boleh memanfaatkan pelbagai ciri baharu melalui aplikasi perancang perjalanan, MyRapid PULSE terbaru.

02-05-2025
Berita Auto

Tiga Maut Kereta Terlanggar Pembahagi Jalan

Bomba mengambil masa selama satu jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa.

02-05-2025