Link Copiedcheck_circle
EV

Sedan smart #6 Sedang Dibangunkan – Cecah 800 KM 1 Cas, Pecutan Setanding Supercar?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_TA_CariCarz_Review_smart--3-Brabus_-33.jpg


Jenama kenderaan elektrik (EV), smart Automobile, yang kini di bawah gergasi automotif Geely, bakal memperkenalkan model sedan empat pintu pertamanya, lapor Autocar UK. Model baharu ini dijangka menjadi model dengan prestasi tertinggi dan tercanggih keluaran smart setakat ini, dan bakal memberikan saingan sengit kepada Tesla Model 3.


Sedan Aerodinamik Dengan Jarak Cecah 800 KM


smart-lineup-1-2048x1152.jpg


smart Automobile menawarkan tiga model EV dalam bentuk badan SUV crossover di pasaran


Dikhabarkan bakal dikenali sebagai smart #6, model ini akan menjadi model flagship smart dengan rekaan paling aerodinamik dalam sejarahnya sehingga dikatakan mampu mencapai jarak pemanduan lebih daripada 800 km berdasarkan piawaian CLTC.


Namun, jika dinilai berdasarkan standard WLTP Eropah, anggaran jarak pemanduan mungkin lebih hampir dengan Tesla Model 3 Long Range RWD yang mampu mencapai 629 km.


Sentuhan Mercedes-Benz


web_TA_CariCarz_Review_smart--3-Brabus_-2.jpg


Buat masa ini, smart #3 ialah model paling aerodinamik yang ditawarkan


Dari segi reka bentuk, Mercedes-Benz masih memainkan peranan dalam pembangunan smart #6, sepertimana model smart sebelum ini seperti #1, #3 dan #5. 


smart #6 akan diberikan sentuhan moden dan sporty, dengan beberapa elemen rekaan sama seperti model terdahulu seperti cermin tingkap tanpa bingkai dan pilihan rim antara 19 hingga 21 inci.


Prestasi Tinggi Mencecah 630 HP


web_TA_CariCarz_Review_smart--3-Brabus_-7.jpgsmart-1-Brabus-Rolling-14.jpg


#6 dijangka akan menjadi model terpantas smart. Setakat ini, smart #3 Brabus (kiri) dan #1 (kanan) masing-masing mencatatkan masa pecutan 3.7 dan 3.9 saat


smart #6 dijangka menjadi model paling berkuasa dalam barisan smart, dengan varian berprestasi tinggi Brabus mampu menghamburkan kuasa setinggi 630 hp, jauh lebih tinggi daripada Tesla Model 3 Performance


Dengan angka kuasa ini, smart #6 Brabus dijangka mampu membuat pecutan 0-100 km/j dalam kurang 3.5 saat, hampir menyamai Model 3 Performance yang mencatatkan masa 3.1 saat.


Platform PMA2+ Dengan Cas Pantas 400 kW


smart-1-Brabus-Ext-1.jpgweb_TA_CariCarz_Review_smart--3-Brabus_-66.jpg


Penggunaan platform baharu Geely PMA2+ membolehkan sedan ini menyokong teknologi sistem elektrik 400V dan 800V dan pengecasan DC sehingga 400 kW.


Sedan aerodinamik ini dikatakan akan dibangunkan menggunakan platform PMA2+ yang juga menjadi asas kepada model smart #5 dan Zeekr 007. Platform ini adalah evolusi daripada Sustainable Experience Architecture (SEA) Geely yang menyokong dua sistem voltan berbeza iaitu 400 volt dan 800 volt, serta memiliki keupayaan pengecasan pantas DC ultra sehingga 400 kW, membolehkan bateri dicas dengan lebih cepat berbanding kebanyakan EV lain.


smart #6 dijangka hadir dalam dua pilihan iaitu bateri 75 kWj (LFP) untuk varian 400V dan bateri 100 kWj (NMC) untuk varian 800V.


Seperti #1, #3 dan #5, model ini dijangka akan turut ditawarkan dalam dua versi iaitu satu dan dua motor serta pacuan roda belakang (RWD) dan semua roda (AWD).


Varian PHEV Dalam Perancangan?


Geely-Galaxy-Starship7-PHEV-14.jpg


Walaupun dibangunkan sebagai EV, smart #6 dikhabarkan turut akan ditawarkan dalam versi PHEV. Baru-baru ini, prototaip smart #5 yang menggunakan sistem PHEV serupa dari Geely Galaxy Starship 7 telah dikesan sedang diuji di jalan raya


Menariknya, walaupun smart #6 dibangunkan sebagai EV sepenuhnya, laporan juga menyebut varian hibrid plug-in (PHEV) mungkin akan diperkenalkan. Langkah ini dikatakan sebagai sebahagian daripada strategi smart Automobile untuk memenuhi keperluan pasaran yang masih perlahan dalam peralihan kepada EV.


Pelancaran Pada Separuh Kedua 2025, Jualan Bermula 2026


smart #6 dijadualkan untuk membuat penampilan rasmi pada separuh kedua 2025, sebelum mula dijual di China dan pasaran antarabangsa pada 2026.

smart-1-Brabus-Ext-13.jpg

Baca: [PANDU UJI] Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Beli smart #1 Brabus

Baca: [PANDU UJI] 9 Sebab Mengapa smart #3 Brabus EV Sporty Paling Berbaloi Untuk Dimiliki


Tag:

smart Automobile
smart #6
smart #6 sedan
EV smart
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Imej Teaser smart #2 Didedahkan – EV Mini Dua Pintu Ini Pengganti smart Fortwo

smart Automobile sedang bersiap sedia untuk menghidupkan kembali model elektrik kecil dua pintu, Fortwo, yang pernah ditawarkan di pasaran sebelum ini dengan model baharu, smart #2.

03-09-2025
Global

smart #5 EHD Didedahkan – PHEV, Cecah 1,600 KM!

smart Automobile memperkenalkan varian hibrid plug-in (PHEV) sulungnya iaitu smart #5 EHD atau “Electric Hybrid Drive”.

18-07-2025

Berita Terkini

EV

Mazda Bangunkan Kilang Bateri EV Di Jepun – Mula Operasi Tahun 2027

Mazda mengumumkan pembinaan kilang terbarunya di Iwakuni, Jepun, hasil kerjasama dengan wilayah Yamaguchi dan bandar Iwakuni.

08-09-2025
EV

BMW iX3 Generasi Kedua Diperkenalkan – Model Neue Klasse Pertama BMW, Sarat Ciri Futuristik

BMW akhirnya mendedahkan model pertamanya yang dibangunkan berasaskan platform kenderaan elektrik (EV) baharu, Neue Klasse, dengan pengenalan model BMW iX3 generasi kedua.

08-09-2025
EV

Bilik Pameran iCaur Kedua Dibuka Di Petaling Jaya

iCaur Malaysia secara rasmi membuka bilik pameran keduanya, iCaur Playground, yang bertempat di lokasi strategik di Petaling Jaya, Selangor.

06-09-2025
EV

Proton Lancar Kilang EV Pertama Malaysia Di Tanjung Malim

Dalam tempoh kurang setahun selepas majlis pecah tanah, Proton telah merasmikan kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya di Tanjung Malim, Perak.

05-09-2025
EV

Chery QQ3: Kereta Mini, QQ, Dihidupkan Kembali, Kini Dalam Versi Elektrik

Hampir dua dekad telah berlalu sejak model Chery QQ ditawarkan di Malaysia sebagai pesaing kepada Perodua Myvi dan Proton Savvy pada harga sekitar RM39,000, model ini kembali dihidupkan setelah Chery memperkenalkan model Chery QQ3.

04-09-2025
EV

Imej Teaser smart #2 Didedahkan – EV Mini Dua Pintu Ini Pengganti smart Fortwo

smart Automobile sedang bersiap sedia untuk menghidupkan kembali model elektrik kecil dua pintu, Fortwo, yang pernah ditawarkan di pasaran sebelum ini dengan model baharu, smart #2.

03-09-2025
EV

MG4 EV 2026 Didedahkan Di China – Pilihan Bateri Separa Pepejal

MG secara rasmi mendedahkan MG4 EV serba baharu bagi model tahun 2026 di acara automotif Chengdu Auto Show 2025, yang kini sedang berlangsung di China.

02-09-2025
EV

Cas EV Di Pulau Pinang Dengan Mudah, ChargeSini Kini Dalam Aplikasi PEARL 2.0

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memperkenalkan versi terkini platform digital serba guna, PEARL One Touch Penang 2.0, yang hadir dengan antara muka yang lebih kemas dan lebih banyak perkhidmatan.

01-09-2025