Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Ford Ranger Platinum: Mewah Luar, Dalam

Suhana Veru

18-11-2023

Kongsi melalui

image.png

Sebut sahaja mengenai trak pikap, mungkin ada di antara kita mengganggap ia adalah kenderaan komersial untuk mengangkut tanaman atau bahan binaan seperti mana yang dilakukan pada tahun 80-an.

Namun senario itu sudah berubah pada hari ini memandangkan ada golongan wanita juga sudah bertindak berani menggunakan trak pikap untuk urusan hariannya.

Perkara ini bukan direka semata-mata memandangkan ada rakan penulis mendakwa dia lebih selesa menggunakan trak pikapnya untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Ujarnya, dia lebih selesa dan apa yang penting dia mendakwa trak pikap lebih gagah dan padu di jalan raya.

Bagi kaum Adam pula, ia sememangnya menjadi pujaan mereka untuk memiliki trak pikap kerana ia bukan sahaja sesuai digunakan untuk ke tempat kerja malah boleh release tension dengan menyertai pemanduan mencabar terutamanya pada hujung minggu.

Gaya hidup seumpama itu sudah menjadi lumrah pada hari ini . Maka, tidak hairanlah mengapa kemunculan pelbagai model trak pikap kini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di pasaran tempatan.

image.png

Pada awal bulan ini, pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) secara rasminya melancarkan Ford Ranger Platinum ke pasaran tempatan.

Apa yang cukup menarik ialah Malaysia adalah pasaran pertama yang melancarkan Ranger Platinum baharu di ASEAN dan ia bukannya trak pikap yang calang-calang.

Ini sebabnya..

Sekilas pandang, Ford Ranger Platinum sudah memancarkan utiliti yang cukup mewah terutamanya dari segi penggayaannya.

Ini jelas terbukti melalui sentuhan di bahagian  roda dua tona yang bersaiz 20 inci.

image.pngimage.png

Bagi yang tidak tahu, ini adalah kali pertama Ford menampilkan rim bersaiz 20 inci dalam barisan Ranger.

Malah, lampu utama LED Matrix  juga antara yang pertama kali diberikan untuk Ranger.

Selain itu, ia juga hadir dengan gril Platinum dan dihiasi dengan aksen serta tertera perkataan Platinum di bahagian bonet depan dan belakang pintu.

image.pngimage.png

Oh, ya ia hadir dalam tiga warna yang eksklusif: Equinox Bronze, Meteor Grey, and Absolute Black.

Apa yang meletakkan 'utiliti' dalam 'utiliti mewah' di sini ialah gabungan dua ciri signatur yang didatangkan  secara eksklusif dalam Ford Ranger Platinum iaitu sistem rak fleksibel disertai rel bumbung Swing-in-Place dan ciri Power Roller Shutter yang boleh dibuka dan ditutup dengan kuasa elektrik.

Flexible Rack System pintar boleh dikendalikan oleh satu orang dan dikunci pada lima kedudukan berbeza di sepanjang kotak muatan.

image.png

Ini jelas menunjukkan Ford Ranger Platinum baharu memberikan kelebihan dari segi utiliti yang fleksibel berbanding rakannya (iaitu XLT Plus, Wildtrak, dan Raptor 2.0 Bi-Turbo) tanpa mengusik penggayaannya.

Misalnya, anda boleh mengangkut rakit yang boleh dipasang pada rel bumbung dan sistem rak fleksibel, selain membawa serta pendayung yang boleh diletakkan di atas bumbung.

image.pngimage.png

Di bahagian belakangnya,, terdapat tiga pin 230 volt dan soket 12 volt sekali gus menjadikan trak ini mudah mengendalikan tugasan harian dan pengembaraan mencabar pada hujung minggu . 

image.png

Semestinya, dengan adanya keperluan asas ini, ia membantu Ford Ranger Platinum baharu kelihatan lebih menonjol.

Penulis tidak menolak kemungkinan bahawa sebahagian keselesaan di dalam jentera ini adalah disebabkan kehadiran upholsteri kulit mewah dengan jahitan aksen yang bergaya di tempat duduk, stereng, pemuka dan beberapa bahagian lain.

Menyentuh mengenai tempat duduknya, kerusi barisan hadapannya hadir dengan ciri pengudaraan dan pemanas . Ini adalah pertama kali model tersebut dilengkapi dengan ciri tersebut.

image.pngimage.png

Menyentuh mengenai tempat duduknya, ia boleh dilaraskan secara 10 hala serta ada tetapan memori untuk pemandu.

Perincian lain  dilengkapi sistem audio Bang & Olufsen, lampu ambien, ciri e-Shifter dan Bantuan Parkir Aktif 2.0 selain, dilengkapi liang aliran udara dengan tiga tetapan memori.

image.png

Jentera ini juga disertakan dengan kluster instrumen digital bersaiz 12.4-inci, skrin infotainmen 12-inci dengan perisian SYNC 4A terkini serta ada sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Pendek kata, Ford Ranger Platinum menawarkan kabin yang berkualiti tinggi serta lebih baik berbanding dengan pesaing dalam segmennya.

image.pngimage.png

Selain kabin, Ford Ranger Platinum menjanjikan akan memberikan kepuasan kepada si pemiliknya.

Apa tidaknya, ia disumbat dengan  enjin diesel Ford 2.0L Bi-Turbo, yang menghasilkan kuasa 210 PS dan tork 500 Nm.

Kuasa disalurkan menerusi sistem pacuan empat roda dengan sebahagian kawalan elektrik, digabungkan dengan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan dan ciri e-Shifter.

Ia yang menggunakan platform casis Ford Ranger seterusnya membuatkan mana-mana barisan Ranger berupaya merentasi pelbagai permukaan rupa muka bumi.

Bagaimanapun, penulis akui Ford Ranger Platinum yang baharu ini dilihat  agak bergaya sedikit dan digabungkan dengan keupayaan serba guna Ranger dengan ciri premium.

image.pngimage.png

Mengenai kemudahan lain yang ditawarkan ialah Ford Ranger Platinum ini juga didatangkan dengan kelengkapan bantuan pemandu termaju termasuklah kawalan jelajah adaptif dengan fungsi Stop, Go dan ciri ke tengah lorong yang boleh mengesan tanda lorong.

Selain itu, terdapat juga bantuan tukar lorong, pengesan titik buta, Amaran lintasan trafik di belakang, bantuan parkir semi autonomi, tujuh beg udara, brek anti kunci, kawalan turun bukit, amaran perlanggaran hadapan dengan brek kecemasan autonomi dan ISOFIX.

image.pngimage.png

Bagi yang berminat, jentera ini dijual pada harga RM183,888 atas jalan dan tidak termasuk insurans.

Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) turut menawarkan waranti pengeluar selama lima tahun atau 160,000 kilometer perjalanan, yang mana tiba dahulu. 

image.png

Untuk terus menambah baik pengalaman pemilikan, SDAC juga menawarkan pakej Pelan Perkhidmatan Lanjutan (ESP) dimana pakej itu bernilai antara RM2,300 dan RM6,900, serta  meliputi 40,000 KM atau jaminan  enam atau tujuh tahun, bergantung pada pilihan yang dipilih.

Gallery

Tag:

Sime Darby Auto Connexion (SDAC)
2023 Ford Ranger Platinum
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Sime Darby Auto Connexion-Ford Lebarkan Sayap Di Malaysia Timur

Sime Darby Auto Connexion-Ford Lebarkan Sayap Di Malaysia Timur

Pusat pengedar itu dibuka untuk menyediakan perkhidmatan dan produk berkualiti kepada para pelanggannya di Sabah dan Sarawak.

04-02-2025
Kereta Baru
Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.

15-05-2024
Berita Auto
Ford Ranger Getaways Tawar Latihan  4x4

Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4

Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.

19-04-2024
Gaya Hidup
SDAC Hulur Dana, Bantu Orang Asli Tambah Pendapatan

SDAC Hulur Dana, Bantu Orang Asli Tambah Pendapatan

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia terus komited membantu masyarakat Orang Asli, baru-baru ini.

18-03-2024
Berita Auto
PECAH REKOD: Kereta FORD Laris Tahun Lepas

PECAH REKOD: Kereta FORD Laris Tahun Lepas

SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi apabila 8,858 unit Ford Ranger dan Ford Everest terjual pada tahun 2023.

12-03-2024
Gaya Hidup
Ada Ford Ranger? Jom Sertai Ford Ranger Getaways

Ada Ford Ranger? Jom Sertai Ford Ranger Getaways

SDAC bakal mengadakan program Ford Ranger Getaways 2024 lebih esktrem untuk tahun ini.

26-02-2024
Berita Auto
Meriah Perhimpunan TT Ford Penampang

Meriah Perhimpunan TT Ford Penampang

Ford Penampang (Rightpower Corporation) menganjurkan Perhimpunan Mega TT ke-7 2023 di J Borneo Native Village, Penampang, Sabah baru-baru ini.

06-12-2023
Berita Auto
Malaysia Pasaran Pertama Terima Ford Ranger Platinum

Malaysia Pasaran Pertama Terima Ford Ranger Platinum

Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion secara rasminya memperkenalkan dua model Ford bahar ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

03-11-2023

Berita Terkini

Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025