Link Copiedcheck_circle
Global

Stellantis Rombak Struktur Pengurusan, Pencarian CEO Masih Diteruskan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_Stellantis.jpg


Syarikat automotif global, Stellantis mengumumkan rombakan besar dalam struktur pengurusannya minggu ini sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk menyederhanakan organisasi.


Pencarian Pengganti CEO Diteruskan


Pengumuman ini dibuat tidak lama selepas peletakan jawatan secara mengejut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Carlos Tavares, pada Disember 2024. Stellantis memaklumkan bahawa proses pencarian pengganti beliau masih berjalan dan dijangka dapat diselesaikan dalam separuh pertama tahun ini. Buat masa ini, jawatankuasa eksekutif sementara yang diketuai oleh pengerusi syarikat, John Elkann, terus memantau operasi harian syarikat.


Perubahan Kepimpinan Jenama Di Bawah Stellantis 


web_TA_Review_Peugeot-408-GT_-10.jpg

2024-ds-sm-tribute-concept-(12).jpgehybrid4-62ecc2bd72619.jpg


Sebagai sebahagian daripada rombakan ini, beberapa jenama utama di bawah Stellantis menyaksikan pelantikan pemimpin baharu:

  • Peugeot kini diterajui oleh Alain Favey, menggantikan Linda Jackson yang bersara. Favey sebelum ini merupakan CEO Europcar dan pernah berkhidmat dalam Kumpulan Volkswagen sebagai Ketua Jualan dan Pemasaran untuk Bentley dan Skoda. Beliau kini melapor terus kepada Ketua Operasi Stellantis Eropah, Jean-Philippe Imparato.
  • DS Automobiles kini diketuai oleh Xavier Peugeot, yang sebelum ini mengetuai Unit Perniagaan Kenderaan Komersial Stellantis. Beliau menggantikan Olivier François, yang kekal sebagai CEO Fiat di samping menerajui Pejabat Pemasaran Stellantis yang baru diwujudkan.
  • Jeep di Amerika Utara kini dipimpin oleh Bob Broderdor, yang sebelum ini merupakan Naib Presiden Kanan dan Ketua Jeep untuk rantau tersebut. Beliau menggantikan Antonio Filosa, yang kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugasnya sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Stellantis bagi rantau Amerika.


Kuasa Autonomi Pasukan Pengurusan Serantau Diperluas


Selain perubahan kepimpinan, Stellantis juga memberi lebih kuasa autonomi kepada pasukan pengurusannya di peringkat serantau. Langkah ini bertujuan untuk mempercepatkan proses membuat keputusan dalam perancangan produk, pembangunan, serta operasi industri, sekali gus meningkatkan daya saing syarikat dalam pasaran global.


Dalam perkembangan lain, Stellantis turut mengumumkan langkah untuk menyatukan pembangunan perisian bagi semua jenama di bawah unit baharu yang dikenali sebagai Product Development & Technology. Selain itu, bahagian urusan korporat dan komunikasi syarikat turut digabungkan menjadi satu unit bagi memastikan penyelarasan yang lebih baik dalam komunikasi strategik.


Dengan perubahan besar ini, Stellantis dilihat mengambil langkah agresif dalam memperkukuh kedudukannya dalam industri automotif global, di samping memastikan setiap jenama di bawah naungannya terus bersaing di peringkat tertinggi.

Baca: Stellantis Akan Ambil Alih Syarikat Pengeluar Sistem Transmisi Kereta, Punch Powertrain

Baca:  Pusat Pengedaran Pelbagai Jenama Pertama Stellantis Dibuka Di Jalan Klang Lama


Tag:

Stellantis
Stellantis Amerika Utara
Carlos Tavares
Rombakan Organisasi
Rombakan Kepimpinan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Projek Hidrogen Stellantis Ditamatkan Secara Mengejut

Gergasi automotif global, Stellantis, mengejutkan ramai apabila mengumumkan penamatan program pembangunan teknologi sel bahan api hidrogennya.

18-07-2025
Global

Maserati Bakal 'Terpadam' Daripada Portfolio Stellantis?

Gergasi automotif global, Stellantis, dilaporkan sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk melepaskan jenama mewah Maserati.

24-06-2025
Global

Antonio Filosa Dilantik CEO Baharu Stellantis, Ganti Carlos Tavares

Stellantis mengumumkan pelantikan Antonio Filosa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu.

29-05-2025
Berita Auto

Jenama Eurorepar Tawar Servis, Alat Ganti OEM Pada Harga Mampu Milik, Bakal Tembusi Pasaran Malaysia

Stellantis mendedahkan rancangan untuk memperkenalkan jenama selepas jualan pelbagai jenama miliknya, Eurorepar akan menembusi pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.

16-05-2025
EV

Leapmotor B10 Baru Dilancar, Sudah Terima Lebih 15,000 Tempahan

Leapmotor B10 ditawarkan pada harga bermula dari RM67,000.

12-03-2025
Global

Stellantis Akan Ambil Alih Syarikat Pengeluar Sistem Transmisi Kereta, Punch Powertrain

Syarikat automotif global, Stellantis, mengumumkan pengambilalihan penuh Punch Powertrain.

30-01-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
EV

SUV EV Comel Leapmotor T03 Diperkenalkan Di Eropah – Malaysia Pasaran Seterusnya?

Leapmotor milik Stellantis akhirnya membuat kemunculan rasminya di Eropah dengan pengenalan model elektrik kecil, Leapmotor T03.

26-09-2024

Berita Terkini

Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026