Link Copiedcheck_circle
EV

SUV Elektrik Zeekr 7X Bakal Dilancarkan Suku Ke-3 2025 - Cas Sepantas 10.5 Minit!

Sofea Najmi

18-2-2025

Kongsi melalui

Zeekr-7X-EVSUV-5.JPG


SUV elektrik bersaiz sederhana, Zeekr 7X, akan memasuki pasaran Malaysia pada suku ketiga tahun ini. Model ini bakal menjadi model ketiga Zeekr yang dilancarkan di negara kita selepas kehadiran Zeekr X dan Zeekr 009. Perkara ini disahkan oleh pengedar rasmi jenama Zeekr di Malaysia, Preeminent Auto Sdn Bhd, semasa pelancaran rasmi bilik pameran pertama Zeekr Space di Petaling Jaya.


Dengan ketibaan kenderaan elektrik (EV), pasaran SUV elektrik bersaiz sederhana di Malaysia bakal menyaksikan persaingan lebih sengit, berikutan kehadiran pesaing seperti Xpeng G6, BYD Sealion 7, Leapmotor C10 dan Tesla Model Y.  


Dimensi Setanding Pesaing Lain


Zeekr-7X-EVSUV-2.JPG


Dari segi ukuran, Zeekr 7X tidak jauh berbeza dengan model pesaingnya. Ia mempunyai panjang 4,825 mm, lebar 1,930 mm, tinggi 1,666 mm, serta jarak roda 2,925 mm. Sebagai perbandingan, Xpeng G6 berukuran 4,753 mm panjang, lebar 1,920 mm, tinggi 1,650 mm dengan jarak roda 2,890 mm. Manakala, BYD Sealion 7 pula berukuran 4,830 mm panjang, 1,925 mm lebar, 1,620 mm tinggi serta jarak roda 2,930 mm.  


Pilihan RWD dan AWD


Zeekr-7X-EVSUV-6.JPGZeekr-7X-EVSUV.JPG


Buat masa ini, Zeekr Malaysia masih belum mengumumkan jumlah varian yang akan ditawarkan untuk pasaran tempatan. Namun, di pasaran China, Zeekr 7X hadir dalam dua pilihan iaitu model pacuan roda belakang (RWD) dan pacuan semua roda (AWD).  


Baca: Zeekr X 2025 Dilancarkan Di China – Hanya Dari RM83K!


Versi RWD menggunakan motor elektrik tunggal yang menghasilkan kuasa 416 hp (310 kW) dan tork 440 Nm. Ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.8 saat.  


Sementara itu, versi AWD pula dilengkapi dua motor yang menghasilkan kuasa lebih tinggi iaitu 637 hp (475 kW) dan tork 710 Nm, membolehkannya mencapai 100 km/j dalam hanya 3.8 saat.  


Bateri dan Jarak Pemanduan


Zeekr-7X-EVSUV-7.JPG


Dari segi bateri, versi RWD hadir dengan dua pilihan iaitu yang pertama, pek bateri LFP ‘Golden Brick’ berkapasiti 75 kWj dengan jarak pemanduan sehingga 605 km (CLTC) dan yang kedua, pek bateri CATL-Geely Qilin NMC 100 kWj yang menjanjikan jarak pemanduan lebih jauh mencecah 780 km (CLTC).  


Bagi model AWD, ia hanya ditawarkan dengan bateri 100 kWj, tetapi jarak maksimumnya lebih rendah iaitu 705 km berdasarkan ujian CLTC.  


SUV dengan Keupayaan Pengecasan Terpantas di Dunia


Dibangunkan menggunakan platform PMA2+ dengan binaan elektrikal 800V, membolehkannya dicas dengan sangat pantas. Menurut Zeekr, varian dengan bateri ‘Golden Brick’ boleh dicas dari 10-80% dalam masa hanya 10.5 minit, manakala varian dengan bateri NMC 100 kWj mengambil masa lebih lama iaitu 15 minit. Keupayaan pengecasan ini menjadikan Zeekr 7X antara SUV elektrik dengan tempoh pengecasan paling pantas di dunia.  


Harga Kompetitif – Saingan Tesla Model Y 


Zeekr-7X-EVSUV-4.JPG


Di China, harga Zeekr 7X bermula daripada CNY 229,900 (~RM140,700), menjadikannya lebih murah berbanding Tesla Model Y di negara tersebut yang dijual pada harga CNY 263,500 (~RM160,900). Di Malaysia, Tesla Model Y terkini versi ‘Juniper’ dijual daripada RM195,450. 


Dengan mengambil kira perbezaan harga di China, adakah Zeekr 7X bakal dilancarkan pada harga lebih rendah daripada Model Y? Nantikan ketibaan rasmi model ini ke pasaran Malaysia untuk jawapannya. 

Baca: Zeekr X Didedah, Ada 2 Varian, Harga BAWAH RM180,000

Baca: Zeekr 009: Pesaing Alphard, Vellfire Dah Sampai, Ada 2 Varian, Harga BAWAH RM370K Sahaja!

Baca: ZEEKR 009, ZEEKR X Dilancar, Harga Bermula Dari RM156K & RM350K

Tag:

Zeekr
Zeekr Malaysia
Zeekr 7X
SUV Elektrik
EV 2025
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Auto Shanghai 2025: Zeekr Tayang SUV Mewahnya, Zeekr 9X

Zeekr turut mengambil kesempatan menayangkan model terbaharunya, SUV ultra mewah, Zeekr 9X sempena Press Day Auto Shanghai 2025, pagi tadi.

23-04-2025
EV

Zeekr 007 GT Diperkenalkan – Capai 825 KM, Cas Terpantas 10 Minit!

EV mewah milik Geely, Zeekr, akhirnya memperkenalkan model estate elektrik terbarunya, Zeekr 007 GT.

17-04-2025
Global

SUV Ultra Mewah, Zeekr 9X Grand Didedahkan Di China – PHEV Off-Road

Zeekr telah memperkenalkan model terbarunya, sebuah SUV ultra mewah, Zeekr 9X Grand, yang juga digelar sebagai "SUV flagship ultra mewah bertaraf dunia."

11-03-2025
EV

Bilik Pameran Zeekr Dibuka Di Petaling Jaya – Jom Pandu Uji Zeekr 009 & X!

Pengimport dan pengedar rasmi jenama Zeekr di Malaysia, Sentinel Automotive Sdn. Bhd. (Sentinel), telah merasmikan pusat pameran pertamanya di Petaling Jaya (PJ).

19-02-2025
EV

Jenama EV, Zeekr, Lynk & Co Bersatu – Kini Zeekr Group

Jenama kenderaan elektrik (EV) premium dari China, Zeekr, kini secara rasmi bergabung dengan jenama Lynk & Co.

16-02-2025
EV

Imej Wagon Elektrik Elegan, Zeekr 007 GT, Didedahkan

Jenama kenderaan elektrik (EV) dari China, Zeekr, kini bersiap sedia untuk melancarkan model wagon berdasarkan sedan elektrik, Zeekr 007.

21-01-2025
EV

Zeekr X Raih Euro NCAP 5 Bintang – Terbaik Dalam Kelasnya?

Zeekr X berjaya membuat pencapaian cemerlang setelah menerima penarafan keselamatan 5 bintang dalam ujian pelanggaran Euro NCAP.

17-01-2025
EV

Zeekr X 2025 Dilancarkan Di China – Hanya Dari RM83K!

SUV kompak mewah yang dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada penghujung bulan ini, Zeekr X, telah muncul dalam versi terkini, sebagai model 2025 untuk pasaran domestiknya di negara China.

02-11-2024

Berita Terkini

EV

Jualan,Pengecasan EV Semakin Melonjak, Bagaimana Pula Langkah Lupuskan Bateri EV?

Biarpun, masih awal untuk bimbang mengenai pelupusan bateri, namun sudah tiba masanya, kerajaan sudah mula mewujudkan loji kitar semula bateri EV yang khusus.

03-05-2025
EV

Bateri CATL Tidak Boleh Terbakar, Meletup

CATL mengesahkan bahawa baterinya tidak boleh terbakar atau meletup, walaupun berlaku kegagalan haba dalaman .

02-05-2025
EV

Pameran Pertama Denza Malaysia Gegar TRX, Ini Yang Menarik

Denza Malaysia membuat kemunculan umum pertamanya di khalayak ramai setelah memasuki pasaran negara secara rasmi pada Februari lalu.

02-05-2025
EV

Toyota bZ3X: SUV Elektrik China yang Mampu Gegar Pasaran Global

Toyota terus melangkah berani dalam dunia kenderaan elektrik (EV) apabila memperkenalkan model bZ3X di Auto Shanghai 2025.

02-05-2025
EV

Pengeluaran Isuzu D-Max EV Dimulakan – Dua Motor, 66.9 kWj, Cecah 361 KM

Isuzu secara rasmi memperkenalkan trak pikapnya yang terlaris di pasaran, D-Max, dalam versi elektrik (EV).

02-05-2025
EV

Imej Teaser Sudah Mula Keluar, iCaur 03 Bakal Ditunjuk Di MAS 2025

iCaur 03 sebelum ini telah dipratonton pada tahun lepas di MAS 2024 sebagai Jaecoo J6.

30-04-2025
EV

Teksi Ikonik London Curi Perhatian – Mesra OKU, Jarak Hampir 500 KM!

Kalau berkunjung ke London, pasti anda tidak akan terlepas pandang teksi hitam ikonik yang menjadi lambang kota itu, teksi TX5.

30-04-2025
EV

Ini 2 Sebab Jualan EV Sukar Meningkat Di Malaysia

EV sebenarnya semakin mendapat sambutan, namun masih ada dua perkara utama yang menghalang penjualannya.

28-04-2025