Link Copiedcheck_circle
EV

TNB, Perodua Jalin Kerjasama Untuk Kukuhkan Ekosistem EV

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA)  menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia. 

Kerjasama itu dimeterai untuk memperkukuhkan infrastruktur pengecasan negara, mengintegrasikan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui, serta menjadikan EV lebih mudah diakses dan mampu milik bagi rakyat Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, TNB dan PERODUA akan bekerjasama dalam pelbagai penyelesaian berkaitan tenaga, termasuk pemasangan TNB Electron (stesen pengecasan EV) di pusat jualan PERODUA terpilih.

image.pngimage.png

Malah, ia turut membabitkan pembangunan infrastruktur panel solar di premis PERODUA untuk menjana tenaga bersih dan mengurangkan kos operasi, melakukan kajian untuk  meningkatkan integrasi tenaga boleh diperbaharui dalam ekosistem PERODUA, termasuk vendor dan pengedar.

Ia juga untuk memudahkan penggunaan Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui Malaysia (mREC) bagi membantu PERODUA mengurangkan jumlah pelepasan gas rumah hijau (GHG).

image.png

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, menekankan kepentingan kerjasama dalam memacu inovasi dan kelestarian.

“Kerjasama  ini melengkapkan perjalanan EV kami dengan memastikan aksesibiliti, kemampuan, dan kemudahan untuk rakyat Malaysia.”

Sehingga Februari 2025, TNB telah membina 66 stesen pengecasan di seluruh Semenanjung Malaysia, dengan rancangan pengembangan agresif sedang dijalankan. Perkongsian antara TNB dan PERODUA menjadi bukti komitmen Malaysia terhadap mobiliti lestari, mewujudkan ekosistem di mana EV menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.


Gallery

Tag:

Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
Berita Auto

Pemilik Tesla Buat Sambungan Pelik, TNB Dapat Tahu Sebab Meter Hantar Isyarat?

Tular di internet yang mendedahkan seorang pemilik Tesla sanggup mencuri elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

17-08-2024
EV

TNB Ganti 30% Kenderaan Operasi Kepada EV

TNB akan menggantikan 30 peratus daripada kenderaan operasinya kepada kenderaan elektrik (EV) menjelang 2030.

28-02-2024
Berita Auto

Loji Fotovoltaik Solar Berkapasiti 1 Juta MWh Kini Beroperasi Di Serendah – Umpama Tanam 29 Juta Pokok

TC Sunergy Sdn. Bhd. (TCS) telah memulakan operasi loji Fotovoltaik Solar Berskala Besar (LSSPV) terapung di Serendah, Selangor.

19-02-2024
EV

6 Lagi Stesen Pengecas EV TNB Electron Akan Disediakan Tahun Ini

TNB Electron telah mengumumkan perancangan pembukaan lebih banyak fasiliti pengecasan di Malaysia sepanjang tahun 2023. Berikut adalah lokasinya...

13-03-2023
EV

Ora Good Cat Jadi Tumpuan Semasa Pelancaran Stesen Pengecas Electron TNB

TNB dan PLUS Malaysia Berhad baru-baru ini telah melancarkan stesen pengecas pantas Electron DC TNB di lebuh raya PLUS.

28-02-2023
EV

TNB Electron Dibuka, Pemilik EV Boleh Cas Secara Percuma Sebab

Dua pengecas TNB Electron (DC) kini dibuka untuk tempoh ujian perintis di R&R Ayer Keroh (arah utara) dan R&R Paka (arah utara bermula hari ini.

20-01-2023

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026