Link Copiedcheck_circle
EV

Toyota Dedah Imej Acah EV Kompak, Kemunculan Rasmi 11 Mac Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota-EVCrossover-Teaser-1.jpg


Toyota bakal memperkenalkan sebuah kenderaan elektrik (EV) baharu pada 11 Mac ini. Model tersebut dibangunkan berasaskan model konsep bZ Compact SUV yang pernah dipertontonkan sebelum ini. 


Imej Acah Didedahkan, Rekaan Sporty Jadi Tarikan


Toyota-EVCrossover-Teaser-1.jpgToyota-bZ_Compact_SUV_Concept-2022-1600-05.jpg


Menjelang pelancarannya, Toyota telah menerbitkan satu imej acah bersama klip video pendek bagi mencetuskan keterujaan. Seperti kebanyakan imej acah, model ini tampil dalam bayangan gelap, tetapi bentuk badannya yang menyerupai coupe sporty dapat dilihat dengan jelas.


Baca: Dengan Kit Badan, Toyota Crown Sport Tiada Beza Dengan Ferrari Purosangue?


Jika dibandingkan dengan konsep bZ Compact SUV, model produksi ini nampaknya mengekalkan banyak elemen rekaan asal. Antara ciri yang dapat diperhatikan termasuk garis bumbung bergaya coupe dengan spoiler belakang, lampu hadapan LED berbentuk C yang tajam, lampu belakang LED yang halus, serta pemegang pintu yang direka rata dengan badan kenderaan.


Lebih Kecil daripada bZ4X?


Toyota-bZ_Compact_SUV_Concept-2022-1600-02.jpgToyota-bZ_Compact_SUV_Concept-2022-1600-07.jpg


Berdasarkan dimensi konsep bZ Compact SUV, model baharu ini berkemungkinan diposisikan di bawah Toyota bZ4X. Untuk perbandingan, konsep bZ Compact SUV adalah 152 mm lebih pendek dan 90 mm lebih rendah daripada bZ4X, menjadikannya sebuah SUV elektrik yang lebih kecil.


Spesifikasi Bateri dan Trenkuasa Masih Misteri


Toyota-Urban-Cruiser-EV-1.jpgToyota-Urban-Cruiser-EV-2.jpg


Toyota Urban Cruiser EV SUV


Sehingga kini, Toyota masih belum mendedahkan maklumat mengenai sistem kuasa dan kapasiti bateri model ini. Namun, sebagai rujukan, Toyota Urban Cruiser EV, yang bersaiz lebih kecil, ditawarkan dengan dua pilihan bateri, iaitu 49 kWj dan 61 kWj.


Model Urban Cruiser juga hadir dengan tiga pilihan trenkuasa, termasuk motor tunggal FWD berkuasa 142 hp untuk bateri kecil, serta 172 hp untuk bateri lebih besar. Sementara itu, varian tertinggi menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) dwi-motor dengan output mencecah 182 hp.


Fokus Pasaran Eropah Sebelum Global


Toyota-bZ_Compact_SUV_Concept-2022-1600-06.jpg


Toyota mengesahkan bahawa model produksi bZ Compact SUV ini akan membuat kemunculan rasminya di Eropah pada 11 Mac. Sama seperti Urban Cruiser EV, crossover elektrik ini dijangka akan memasuki pasaran Eropah terlebih dahulu sebelum diperkenalkan ke pasaran antarabangsa yang lain.

Baca: Teknologi Hidrogen Toyota Makin Canggih – Jarak Lebih Jauh, Kos Lebih Rendah

Tag:

Toyota
bZ Compact SUV Concept
Toyota bZ4X
Toyota EV
Toyota Urban Cruiser EV SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
EV

11-02-2026
Global

09-02-2026
Global

03-02-2026
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

23-01-2026
Global

22-01-2026

Berita Terkini

EV

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026