Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota Hiace Dengan Sentuhan GR – Dari Van 'Kerja' Kepada Van Bergaya!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota-Hiace-GRParts-1.jpg


Toyota melalui jenama jentera berprestasinya, Gazoo Racing (GR), mungkin sedang bersiap sedia menghidupkan kembali nama Celica. Namun, dalam diam, jenama Jepun ini turut memberi sentuhan sporty kepada model yang tidak disangka-sangka, van Hiace


Meskipun sudah ‘berusia’, Hiace generasi H200 yang diperkenalkan sejak tahun 2004 masih lagi dikeluarkan. Untuk tahun ke-21 pengeluarannya, Toyota memberikan kemaskini khas yang membuatkannya kekal menyerlah di jalan raya dengan aura yang lebih agresif. 


Dua Pilihan Kit GR Parts – Off-Road & Sporty


GR-Parts-I.png

Toyota-Hiace-GRParts-4.jpgToyota-Hiace-GRParts-2.jpgToyota-Hiace-GRParts-3.jpgToyota-Hiace-GRParts-6.jpg


Kit GR Parts hadir dalam dua versi berbeza iaitu GR Parts Version I yang melengkapkan van ini dengan ciri off-road, membuatkannya sesuai untuk kegunaan lebih lasak. Kit badan ini terdiri daripada bampar hadapan yang lebih kukuh dengan kemasan bolt-on dan integrasi lampu LED, pelindung bawah badan (skid plate) logam, skirt sisi yang kelihatan seperti pemijak serta penahan lumpur GR berwarna merah dan hitam.


Toyota-Hiace-GRParts-8.jpgToyota-Hiace-GRParts-9.jpgToyota-Hiace-GRParts-7.jpg


Sementara itu, untuk gaya lebih sporty pula, ditawarkan GR Parts Version II yang terdiri daripada splitter hadapan, skirt sisi yang lebih aerodinamik, serta pilihan bampar belakang dengan faux diffuser. Pemilik juga boleh mendapatkan rim aloi 15 inci, bersama bingkai nombor plat khas dengan bolt GR.


Tiada Perubahan Mekanikal


Berbeza dengan model GR Sport yang biasanya menerima naik taraf pada sistem suspensi atau sedikit peningkatan prestasi, GR Parts hanya memberi perubahan visual tanpa sebarang modifikasi mekanikal atau enjin. Ini bermakna, Toyota Hiace dengan kit GR Parts masih kekal dengan trenkuasa yang sama. 


Harga Jualan GR Parts


Dari segi harga, pakej GR Parts Version I dijual pada harga JPY 231,000 (~RM6,714), manakala Version II lebih murah pada JPY 143,000 (~RM4,156). Harga ini bagaimanapun tidak termasuk aksesori tambahan seperti rim dan tayar ranggi, penahan lumpur GR, serta bingkai nombor plat eksklusif GR.


Baca: Suzuki Dedahkan Kei Car Ranggi, Spacia Gear – Ada 'Bumbung Boleh Tarik'


Kit Badan Modellista Untuk Sentuhan Premium 


Toyota-Hiace-Modellista-1.jpgToyota-Hiace-Modellista-5.jpgToyota-Hiace-Modellista-6.jpgToyota-Hiace-Modellista-9.jpg


Tidak terhenti di situ, Toyota turut menawarkan kit Modellista untuk sentuhan lebih eksklusif. Pakej ini merangkumi kit badan aerodinamik, pelekat khas Modellista, kemasan logam pada gril, pilihan rim baharu dan ekzos lebih besar.


Sentuhan Modellista turut diberikan di bahagian kabin dengan kemasan kayu di beberapa sudut, pencahayaan LED, tempat duduk dalam balutan kulit dan aksesori seperti tilam angin (air sleep mat) dan sebagainya. 


Menariknya, Modellista bukan sahaja menawarkan peningkatan kosmetik, tetapi juga peningkatan pada casis, termasuk penyerap hentak baharu untuk keselesaan lebih baik serta bracing belakang untuk kekuatan struktur tambahan. Namun, seperti GR Parts, spesifikasi enjin Hiace kekal sama.


Walaupun tiada perubahan dari segi prestasi, Toyota Hiace MY2025 kini tampil lebih menarik dengan pilihan aksesori sporty dan off-road dari GR Parts serta mewah dari Modellista. Apa pendapat anda? Adakah ciri-ciri tambahan ini cukup menarik? 

Baca: Toyota GR Celica Tiba Dalam Masa Terdekat Dengan Enjin Tengah?

Tag:

Toyota Hiace Van
Toyota HiAce GR Parts
Toyota Hiace Modellista
Van Hiace
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Ruang Van Super Long, Memang Tak Kedekut Ruang

Ruang Van Super Long, Memang Tak Kedekut Ruang

Nama pun super long, memanglah panjang semacam.

02-04-2024
Kereta Baru
Toyota Hiace, Kuasa 136PS, Harga Bermula RM123K

Toyota Hiace, Kuasa 136PS, Harga Bermula RM123K

UMW Toyota Motor (UMWT) telah membuka pra-tempahan untuk model van komersial terbaharunya, Toyota Hiace Panel Van 3.0L.

04-03-2024
Global
Toyota Hentikan Penghantaran 10 Model Diesel – Hilux, Fortuner & Banyak Lagi

Toyota Hentikan Penghantaran 10 Model Diesel – Hilux, Fortuner & Banyak Lagi

Ini sebabnya kenapa 10 model diesel Toyota terpaksa dihentikan penghataran...

30-01-2024
Global
Toyota HiAce 2026 Muncul Di Jepun – Lebih Canggih Segenap Sudut

Toyota HiAce 2026 Muncul Di Jepun – Lebih Canggih Segenap Sudut

Toyota HiAce kini sudah mencapai usia mencecah lebih dua dekad di pasaran global.

21-01-2026

Berita Terkini

Global
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026