- Berita
- Global
- Volvo XC60 2026 Versi Facelift Diperkenalkan: Lebih Menawan, Canggih & Selesa
Volvo XC60 2026 Versi Facelift Diperkenalkan: Lebih Menawan, Canggih & Selesa

Volvo XC60 generasi kedua
Volvo telah memperkenalkan versi terkini bagi XC60 generasi kedua dengan beberapa perubahan dari segi reka bentuk dan teknologi.
Rekaan Baharu: Gril Baharu & Warna Menarik



Di bahagian luar, Volvo XC60 2026 kini menerima gril baharu yang menyerupai model XC90 2025, bersama reka bentuk bampar hadapan yang diperbaharui. Di bahagian belakang, cermin lampu belakang kini digelapkan untuk kelihatan lebih ranggi.
Selain itu, pelanggan kini mempunyai lebih banyak pilihan dengan rekaan rim baharu serta tiga warna baharu iaitu Forest Lake, Aurora Silver dan Mulberry Red.
Skrin Infotainmen Google yang Lebih Besar

Perubahan ketara dalam kabin XC60 2026 ialah penggunaan skrin infotainmen yang lebih besar, bersaiz 11.2 inci. Infotainmen ini menggunakan sistem Google yang terbina dalam (built-in).
Skrin infotainmen ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Volvo untuk menaik taraf sistem digital kesemua modelnya bermula tahun ini. Malah, sistem ini juga akan disediakan kepada model keluaran 2020 dan ke atas melalui kemas kini over-the-air (OTA).
XC60 2026 kini dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon Cockpit Live Platform generasi baharu, membolehkan sistem infotainmen berasaskan Google ini beroperasi dua kali lebih pantas berbanding sebelumnya.
Keselesaan Dipertingkat & Kemasan Lebih Premium




Ruang kabin XC60 kini kelihatan lebih menyerlah dengan penggunaan kemasan jahitan berlapis (quilted) Nordico serta tenunan tulang ikan (herringbone weave) berwarna biru laut.
Volvo turut meningkatkan keselesaan kabin dengan pemasangan tingkap berlamina baharu yang membantu mengurangkan lagi bunyi bising. Di samping itu, kini turut terdapat pilihan tambahan terbaru, iaitu sistem suspensi udara untuk pengalaman pemanduan lebih baik di pelbagai jenis permukaan jalan.
Model ini juga diberikan sistem pembersih udara kabin serta rekaan mesh atau jaring pada pembesar suara yang diperbaharui untuk sistem audio premium Bowers & Wilkins.
Pilihan Enjin Dijangka Kekal Sama

Volvo masih belum mengesahkan spesifikasi enjin bagi model 2026 ini, namun untuk pasaran Eropah, XC60 dijangka akan terus ditawarkan dalam varian berikut:
- B5 – 2.0L 4-silinder turbo (250 hp)
- B6 – 2.0L 4-silinder turbo & supercharger MHEV (300 hp)
- T6 PHEV – 2.0L hibrid plug-in
Pelancaran di Malaysia?
Bagi pasaran Malaysia, Volvo Car Malaysia kini menawarkan XC60 T6 PHEV, yang diperkenalkan dalam versi kemas kini terakhir pada tahun 2023 pada harga RM357,888. Model terkini ini dijangka memasuki pasaran tempatan dalam tahun ini.
Baca: Volvo Bakal Lancar 5 Model Kereta Tahun Ini, EX60 Tahun Depan
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv