Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Aidilfitri 2025: Ada Syarikat Bas Naikkan Harga Tambang, Lesen Akan Dibatalkan?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

THUMB-Tiket-bas-GAMBAR-HIASAN.png


Gambar hiasan


Menjelang musim perayaan Aidilfitri, Kementerian Pengangkutan memberi amaran keras kepada syarikat bas ekspres yang didapati menaikkan tambang kategori ekonomi secara tidak sah. Langkah tegas termasuk pembatalan lesen operasi bakal dikenakan terhadap syarikat yang melanggar peraturan ini.


Aduan Tambang Mahal: APAD Diminta Siasat


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mendedahkan bahawa kementeriannya telah menerima aduan daripada orang ramai berkenaan kenaikan mendadak tambang bas ekspres, khususnya bagi laluan dari ibu kota ke Pantai Timur. 


Minister-of-Transport-YB-Anthony-Loke.jpg


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook


"Perkara ini (kenaikan tambang), saya telah minta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk menyiasat syarikat bas terbabit. (Perkhidmatan bas) ada dua jenis kategori, iaitu bas ekonomi dan eksekutif. Kalau bas ekonomi, (harga) tambang memang dikawal dan tidak boleh naik sesuka hati.


"Satu lagi kategori, bas eksekutif, ada perkhidmatan tambahan (dan harga tiket ini) memang tidak dikawal. (Walaupun tidak dikawal, kategori) eksekutif pun kita akan lihat, kalau harga naik keterlaluan, kita akan ambil tindakan. Jadi, kita kena siasat dulu apa kategori kenaikan tambang ini," tegas Loke.


Surcaj 10 Peratus: Had Dibenarkan Semasa Musim Perayaan


TBS-.jpeg


Kaunter tiket bas di Terminal Bersepadu Selatan (Gambar hiasan)


Menurut Loke, pengendali bas ekspres sebenarnya telah diberikan kelonggaran untuk mengenakan surcaj tambahan sebanyak 10 peratus sepanjang musim perayaan. Namun, kenaikan ini tidak boleh melebihi kadar yang ditetapkan.


Beliau menegaskan bahawa surcaj ini bukan perkara baharu dan telah diamalkan sejak dua dekad lalu, melibatkan tempoh seminggu sebelum dan selepas hari raya.


Surcaj ini dibenarkan kerana mengambil kira keperluan tambahan seperti peningkatan jumlah perkhidmatan bas dan kos penyewaan kenderaan tambahan. 

Baca: "Penggunaan Soket 3 Pin, USB Dalam Bas Dihentikan Sementara,"- Loke

Baca: Bakal Dikuatkuasa: Bas, Lori Tak Boleh Guna Lorong Kanan

Sumber: HM

TBS1.jpg

Tag:

tiket bas
Tiket Bas Raya
Tiket Bas Aidilfitri
Tambang Tiket Bas
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kenaikan Tambang Bas 10% Diluluskan Kerajaan, 40,000 Tiket E-Mutiara Tetap Jadi Rebutan Perantau.

Fenomena pulang ke kampung di Kelantan nampaknya luar biasa tahun ini memandangkan syarikat pengendali bas ekspres terkemuka, E-Mutiara, mengesahkan sebanyak 40,000 tiket perjalanan telah habis terjual sepenuhnya .

06-03-2026
Berita Auto

Semua 230K Tiket Bas TBS ke Pantai Timur Dah Habis!

Semua 230,000 tiket bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Pantai Timur telah habis dijual.

03-04-2024
Berita Auto

Penggantungan Bas Aeroline: Bukti Polisi Pengangkutan Awam Malaysia 'Sudah Lapuk'?

Keputusan menggantung operasi bas ekspres premium, Aeroline, mendedahkan kelemahan mendalam dalam dasar pengangkutan awam Malaysia.

06-11-2025
Berita Auto

APAD Gantung Lesen Aeroline – Berulang Kali Langgar Arahan

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah menggantung operasi syarikat bas ekspres, Zulco Sdn. Bhd. yang beroperasi di bawah jenama Aeroline, selama 30 hari bermula 6 November sehingga 5 Disember 2025.

03-11-2025
Berita Auto

Aerotrain Kerap Rosak, SPRM Akan Siasat Projek Aerotrain

Gara-gara perkhidmatan Aerotrain kerap rosak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan projek Aerotrain.

29-10-2025
Berita Auto

Aerotrain Rosak Lagi, MOT Arah APAD Buka Kertas Siasatan Terhadap MAHB

MOT sudah mengarahkan APAD membuka kertas siasatan terhadap MAHB susulan insiden gangguan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

28-10-2025
Berita Auto

Punca Aerotrain Terjejas Disiasat, MAHB Bekerjasama Dengan Pelbagai Pihak

MAHB bekerjasama dengan MOT dan APAD bagi menyemak punca gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

22-10-2025
Berita Auto

ETS Segamat-JB Sentral Belum Siap Lagi

ETS dari Segamat ke JB Sentral tidak dapat disiapkan lagi memandangkan kerja-kerja elektrifikasi dan isyarat masih belum belum lengkap.

04-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026