Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Punca Aerotrain Terjejas Disiasat, MAHB Bekerjasama Dengan Pelbagai Pihak

Suhana Veru

Kongsi melalui


Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi menyemak punca gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

MAHB berkata, KLIA telah menyerahkan kepada APAD dokumentasi teknikal dan data lengkap termasuk maklumat berkaitan insiden sejak pentauliahan sistem Aerotrain pada 1 Julai 2025.

"Sejak beroperasi, tiga insiden direkodkan pada 12 Julai, 3 September dan 15 Oktober yang menyebabkan Aerotrain dihentikan sementara, dengan penumpang diiringi ke terminal mengikut protokol keselamatan. Semua insiden tidak menjejaskan operasi lapangan terbang lain kerana pergerakan penumpang antara terminal utama dan bangunan satelit kekal lancar melalui perkhidmatan bas ulang-alik," katanya.


image.pngimage.png


Insiden pada 12 Julai dan 3 September berpunca daripada kehilangan kuasa akibat peranti pengumpul arus (CCD) tercabut, menjejaskan bekalan kuasa pada laluan pandu dan menyebabkan Aerotrain terhenti. Alstom, kontraktor utama yang bertanggungjawab ke atas sistem kereta api dan cengkaman, telah menggerakkan pasukan bagi memulihkan perkhidmatan serta menjalankan siasatan menyeluruh terhadap punca kejadian.

Sementara itu, penemuan awal bagi insiden 15 Oktober menunjukkan ia disebabkan gangguan kuasa yang menjejaskan kedua-dua laluan pandu, di bawah skop kerja IJM-Pestech Joint Venture (IPJV) yang mengendalikan sistem pengagihan kuasa dan pemasangan.

Menurut MAHB, semua insiden berlaku dalam tempoh liabiliti kecacatan (DLP), sekali gus menjadikan kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembetulan dan kebolehpercayaan sistem dalam tempoh tersebut. Beberapa mesyuarat teknikal bersama Alstom dan IPJV turut diadakan bagi mengenal pasti punca serta mempercepatkan tindakan pembetulan.

"Lapangan terbang akan melantik penilai bebas untuk melengkapkan semakan semasa dan memberi jaminan tambahan terhadap reka bentuk bekalan kuasa, integriti pemasangan dan kebolehpercayaan sistem, mencerminkan komitmen kami untuk melangkaui keperluan kawal selia," jelas MAHB.

"Apa yang penting, tiada gangguan besar sehingga menyebabkan penumpang terlepas penerbangan. MAHB kekal komited memastikan sistem Aerotrain KLIA selamat, boleh dipercayai dan memenuhi semua piawaian kawal selia," jelasnya.


Gallery

Tag:

Malaysian Airport Holdings Berhad (MAHB)
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
Ministry of Transport (MOT)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

20-11-2025
Berita Auto

30-10-2025
Berita Auto

22-10-2025
Berita Auto
Berita Auto

28-04-2025
Berita Auto

25-04-2025
Berita Auto
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026