Link Copiedcheck_circle
EV

BYD Lancar 2 Model Baharu, Yang Menarik Boleh Cas Penuh Dalam 5 Minit

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pembuat kereta berpangkalan di China, BYD yang melancarkan bateri dan sistem baharu sekali gus membolehkan kenderaan elektrik (EV) keluarannya kini mampu dicas hanya dalam masa 5 minit.

Ia susulan BYD kini menggunakan platfrom voltan tinggi 1000V baharu yang dilengkapi pengecasan ultra pantas 5C.

Ini bermakna, dua model baharunya,  Han L Flagship dan Tang L Flagship yang turut menggunakan platform itu, mampu melakukan pengecasan untuk 400 km, hanya dalam masa 5 minit.

image.pngimage.png

Kejayaan terbaharu BYD ini adalah satu lonjakan besar dalam dunia pengecasan EV kerana mampu mengatasi pengecas pantas yang lain.

Berbalik kepada model baharu BYD, Han L yang dilengkapi dengan   pek bateri LFP 83.2 kWh mampu melakukan pergerakan  antara 601 km hingga 701 km.

image.png

HAN L FLAGSHIP

Sedikit latar belakang mengenai Han,  ia dilihat menampilkan lampu hadapan jenis tajam, pemegang pintu jenis tersembunyi dan terdapat logo Han pada grilnya.

Dari segi dimensi, ia berukuran 5,050 mm (panjang) dengan jarak roda 2,970 mm, lebar 1,960 mm, dan tinggi 1,505 mm.

Menjengah bahagian kabinnya, Han L hadir dengan kemasan dua warna manakala konsol tengahnya menampilkan skrin terapung bersaiz besar dengan diameter 15.6 inci.

Ia yang dilengkapi dengan bateri berkapasiti  83.2 kWj boleh bergerak sejauh antara 601 km hingga 701 km.

image.png

BYD Han L elektrik yang menggunakan platform voltan tinggi 1000V dan pek bateri LFP 83.2 kWj boleh bergerak sejauh antara 601 km hingga 701 km.

Difahamkan, pek bateri ini menyokong pengecasan 10C melalui sistem pengecasan megawatt BYD, yang mampu menambah jarak pemanduan sejauh 400 km dalam masa hanya 5 minit.

Teknologi pengecasan ini menjadikannya setanding dengan proses mengisi minyak  petrol. Selain itu, bateri ini juga dapat menghantar kuasa secara efektif kepada motor elektrik.

Varian standard BYD Han L  dilengkapi dengan satu motor elektrik dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat 500 kW (670 hp).

Bagi varian pacuan semua roda (4WD) pula, ia menampilkan sistem dwi-motor 4WD (580 kW + 230 kW), dimana kuasa keseluruhan adalah sebanyak 810 kW (1,086 hp).

Han L EV mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam 2.7 saat, manakala pecutan dari 100 hingga 200 km/j mengambil masa 4.74 saat. Kelajuan maksimumnya pula mencecah 305 km/j.

Harga prajualan untuk Han L adalah 270,000 yuan (RM166,000) hingga 350,000 yuan (RM215,000).

BYD TANG L:

BYD Tang L elektrik pula adalah sebuah  SUV yang menawarkan  susun atur tempat duduk 2+3+2.

SUV ini menampilkan lampu nyalaan siang yang nipis, lampu hadapan yang disepadukan ke bampar depan, serta bonet yang aerodinamik. 

Menjengah dari belakang, BYD Tang L EV dilengkapi jalur lampu belakang yang agak moden.

image.png

Dari segi dimensi, ia berukuran 5,040 panjang dengan jarak roda 2,950 mm, lebar 1,996 mm dan setinggi 1,760 mm.

Bahagian dalaman BYD Tang L pula, ia dilihat menampilkan  skema warna dwi-tona, dengan sebahagian besar kawasan dilitupi material berwarna jingga dan dihiasi kemasan kelabu matte.

Skrin kawalan tengahnya pula bersaiz 15.6 inci dan menyokong paparan AR-HUD. Selain itu, terdapat panel instrumen di belakang stereng berbentuk-D selain , digabungkan dengan saluran pendingin hawa tersembunyi untuk reka bentuk yang lebih kemas.

Mengenai trenkuasa, BYD Tang L EV berkongsi rangkaian kuasa dengan sedan Han L.

Oleh itu, varian standardnya menawarkan kuasa 500 kW (670 hp), manakala versi 4WD mampu menjana kuasa setakat 810 kW (1,086 hp). Namun, Tang L EV dilengkapi dengan pek bateri LFP yang lebih besar, iaitu 100.5 kWj.

SUV ini hadir dengan tiga pilihan jarak pemanduan berdasarkan kitaran CLTC, iaitu 560 km, 600 km, dan 670 km. Dari segi prestasi, BYD Tang L EV mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.6 saat, manakala pecutan dari 100 km/j hingga 200 km/j mengambil masa 6.19 saat. Kelajuan maksimumnya pula mencecah 287.4 km/j.

image.png

Harga prajualan untuk Tang L pula antara 280,000 yuan (RM172,000) dan 360,000 yuan (RM220,000).

Gallery

Tag:

BYD Han
BYD TANG DM-p
BYD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Malaysia Ketinggalan Jauh di Belakang China, Hasilkan Barisan EV!

Pameran Auto Shanghai baru-baru ini, mempamerkan sejumlah barisan kenderaan sensasi dimana kebanyakannya terdiri daripada kenderaan elektrik (EV) yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat tempatan sekali gus menentukan masa depan industri automatif elektrik di China.

23-04-2021
Global

BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.

24-12-2025
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik

BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.

17-03-2026
Berita Auto

BYD ‘Laku Keras’ Sampai Tak Cukup Tangan? BYD Sime Motors Agresif Buka Lebih 40 Bilik Pameran Seluruh Negara!

BYD Sime Motors terus mengukuhkan cengkamannya sebagai raja kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dengan membuka lebih 40 bilik pameran.

09-03-2026
Berita Auto

Perang Gergasi Automotif: Geely Rampas Takhta BYD Di China, Jualan BYD Jatuh 50%

Geely secara rasminya telah memintas gergasi kenderaan tenaga baharu (NEV), BYD, untuk muncul sebagai jenama nombor satu dari segi jualan runcit dan borong.

16-02-2026

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026