Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Malaysia Ketinggalan Jauh di Belakang China, Hasilkan Barisan EV!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pameran Auto Shanghai baru-baru ini, mempamerkan sejumlah barisan kenderaan sensasi dimana kebanyakannya terdiri daripada kenderaan elektrik (EV) yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat tempatan sekali gus menentukan masa depan industri automatif elektrik di China. 

Kebanyakan kenderaan itu, kami di Caricarz telah membuat satu senarai mengenai EV yang paling menarik yang ditawarkan oleh syarikat pengeluaran kenderaan dari China.


Di sini, kami menyenaraikan lapan pesaing kenderaan EV. Kenderaan pertama yang menduduki carta itu ialah, syarikat pembuat bateri dan kenderaan elektrik, BYD Co Ltd.

Syarikat BYD membawa masuk kenderaan  flagship mereka yang dikenali sebagai “Han” pada Pameran Auto Shanghai itu. Nama Han diambil sempena nama Dinasti Han dan buat julung kalinya ia telah dilancarkan pada tahun lalu.

Siri Han yang dikeluarkan syarikat itu termasuk tiga kenderaan EV dan satu kenderaan hibrid.

Syarikat itu mendakwa bahawa EV mereka boleh membuat perjalanan sejauh kira-kira 603 kilometer dan pek bateri mereka lebih selamat berbanding pek sel konvensional yang lain.

Beralih kepada tempat kedua dalam carta itu, ia diduduki oleh syarikat Konglomerat automotif, Geely Holdings Inc.

Pada tahun ini, syarikat Geely turut mempamerkan sejumlah kereta keluarannya.

Senarai kereta paling atas Geely ialah Geometry A Pro. Ia merupakan jenama baharu untuk kenderaan versi jarak jauh yang hadir dengan bateri 150 kW dan memiliki perbatuan pemanduan sekali cas mencecah 600 kilometer.

Secara rasminya, kereta itu dilancarkan pada tahun 2019 dan sejak itu, ia telah menghasikan dua model.

Kedua-duanya merupakan model A dan model C yang ketika ini sedang dijual di pasaran China.


Senarai Geely seterusnya ialah, varian hibrid plug in terbaharu syarikat Lynk & Co. 05.

Ia turut membentangkan Senibina Produk Skalabel yang dikatakan akan digunakan dalam pembangunan Lynk&Co pada masa akan datang. Ia yang dikuasakan dengan tenaga elektrik akan  dilancarkan pada tahun ini 

Selepas itu muncul jenama prestasi EV dari Volvo yang turut dimiliki oleh Geely iaitu kenderaan hibrid 1 Polestar dan Polestar 2 kenderaan semua-elektrik.

Edisi khas Polestar 1 didatangkan dalam warna matte gold biarpun ia hanya merupakan kenderaan elektrik.

Prestasi EV ini dibina dengan rangka yang ringan iaitu dengan menggunakan serat karbon fiber polimer. 

Ia mempunyai dua motor berkembar di bahagian belakang dengan daya kilas vektor  elektronik selain kompenan berprestasi tinggi seperti brek Akebono dan peredam Ohlins.

Oleh itu, ia mampu menghamburkan kuasa 619 kuasa kuda dan tork 1000 Nm. Ia juga membolehkan jarak pemanduaan kenderaan elektrik membuat perjalanan sejauh 96 kilometer berdasarkan standard WLTP .

Selain itu, kenderaan itu memiliki cat matte gold yang menghiasi luarannya dengan kemasan brek kaliper yang sepadan dengan rim roda berwarna hitam sporty. 

Salah satu peningkatan yang akan menjadi sub-jenama syarikat, Zeekr, apabila ia membawa model EV pertama mereka yang dikenali sebagai Zeekr 001.

 Ia bertujuan untuk meletakkan perisian di barisan hadapan dan namanya adalah gabungan dari 'Z' seperti pada Generasi Z dan 'geek'.

Zeekr 001 hadir dengan sistem motor berkembar dimana ia menghantar kuasa ke keempat-empat roda.

.

Ia memberikan tork maksimum 767Nm, manakala daya pecutannya dari –100 kilometer sejam mampu mencecah kurang daripada empat saat.

Kenderaan EV turut memiliki perbatuan pemanduan sekali cas mencecah 700 kilometer

Senarai seterusnya dalam senarai kami ialah pengeluar kenderaan elektrik dari China,  NIO iaitu model sedan pertamanya,  ET7.

Ia pada mulanya, telah dilancarkan pada Jun lalu dan pada Pameran Auto Shanghai, syarikat berkenaan buat pertama kalinya mempamerkan bahagian kabin dalamannya dimana mereka menyifatkan dalamannya seolah-olah seperti ruang tamu kedua.

Menyentuh mengenai prestasinya, ia hadir dengan kuasa bateri 150 kWh dimana ia mampu melakukan pergerakan sejauh 999 km selepas menjalani ujian protokol NEDC.

Syarikat itu juga mendakwa bahawa teknologi Pemanduan Autonomi Nio adalah antara sistem tercanggih. 

Nio juga menggunakan sejumlah 100 stesen pertukaran kuasa berjenama termasuk beberapa infrakstruktur lain termasuk 500 pengecas stesen dan menempatkan lebih 10,000 pengecas yang hanya terletak di lapan wilayah di China.

Susulan itu, ia dikatakan mampu dimiliki memandangkan  kereta mini elektrik, Hong Guang Mini EV dijual pada harga AS$4,230 (RM 17,385)

Kenderaan ini adalah milik oSAIC-GM-Wuling Automobile Co., usaha sama antara SAIC Motor Corp., General Motors dan  Liuzhou Wuling Motors Co.

Ia merupakan EV paling popular di China pada tahun ini apabila berjaya menjual lebih 57,000 unit pada Februari sahaja.

Rangka EV yang sangat ringan itu dikatakan telah dihasilkan oleh kilang Lizhou, Guangxi.

Menurut media tempatan, pemghasilan kenderaan itu  hanya mengambil masa empat jam untuk menyiapkannya.

Ia yang menawarkan pemanduan lancar , bagaimanapun tidak mampu mencecah lebih 100 km/j dengan jarak sekitar 120km hingga 177km untuk sekali cas sekali gus menyebabkan ia dikatakan sesuai digunakan untuk penduduk bandar.

Sementara itu, pembuat kereta yang disokong Alibaba, Xpeng turut mempamerkan kenderaan ketiganya iaitu Xpeng P5. Ia dibina dengan menggunakan sendor lidar dimana mampu meningkatkan keupayaan Sistem Bantuan Pemandu.

Menurut syarikat itu, ia dilengkapi dengan dua sensor yang dipasang di kedua-dua sisi yang terletak di bahagian salun depan. Ia mampu mengesan pejalan kaki, kereta lain, penunggang motosikal atau  objek lain, tidak kira cuaca  atau gelap.

Sekarang, selepas mengetahui kesemua mengenai EV, kami tinggalkan anda dalam keadaan tertanya-tanya, bagaimana  negara China yang masih baharu dalam pembangunan EV mampu mencipta sejarah memandangkan ia semakin terkenal dengan pengeluaran barisan EV yang luar biasa.

Sebaliknya, Malaysia yang memiliki dua syarikat automotif terbesar dimana Proton memiliki pengalaman dalam bidang automotive sekitar 38 tahun manakala, Perodua pula mempunyai pengalaman 28 tahun namun sayangnya, kedua-dua syarikat ini masih belum mengeluarkan kenderaan  seumpama itu atau yang mempunyai kaitan dengan elektrik.

Kenapa negara kita mengambil masa yang terlalu lama? 



Gallery

Tag:

Geely Geometry A Pro
BYD Han
Lynk & Co 05
Polestar 1
Polestar 2
Zeekr 001
NIO ET7
Wuling Hong Guang Mini EV
Xpeng P5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

25-01-2023
Berita Auto

05-03-2021
Global

05-01-2026
Global

19-01-2024
Global

06-03-2023
Global

21-12-2023
EV

19-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto
Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Harga Minyak Turun Bermula Hari Ini
Berita Auto
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026