Link Copiedcheck_circle
EV

CelcomDigi Sasar Bina 100 Pengecas EV Tahun Ini Dengan JomCharge & chargeEV

Sofea Najmi

Kongsi melalui

840A0103.jpg


CelcomDigi kini menjalinkan kerjasama dengan pengendali stesen pengecasan (CPO) JomCharge dan chargEV untuk menyediakan infrastruktur EV di Malaysia, meningkatkan akses kepada kemudahan pengecasan.


100 Stesen Pengecasan EV Menjelang Hujung Tahun 2025


840A0089.jpg


Melalui kerjasama ini, sebanyak 100 stesen pengecasan akan disediakan menjelang akhir tahun 2025. Stesen-stesen ini akan ditempatkan di lokasi strategik seperti kawasan komersial yang sibuk, kawasan perumahan, serta tepi jalan utama bagi memudahkan pengguna EV mengakses kemudahan pengecasan.


Selaras dengan Matlamat ESG 


EVC-BFM-(8).jpg


Ketua Pegawai Inovasi CelcomDigi, Kugan Thirunavakarasu, menegaskan komitmen syarikat dalam memperkukuhkan infrastruktur EV di Malaysia. 


"Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian pengecasan yang lebih mudah, kami berusaha menggabungkan teknologi hijau dengan rangkaian komunikasi bagi meningkatkan pengalaman harian pengguna," katanya.


Selain memperkukuh ekosistem EV, inisiatif ini turut seiring dengan matlamat kelestarian alam sekitar (ESG) CelcomDigi. Syarikat ini berhasrat untuk menyokong penggunaan tenaga bersih serta mengurangkan jejak karbon menerusi pembangunan infrastruktur yang lebih mesra alam.


Promosi Hingga 1 Disember


chargev-bess-(3).jpg


Sebagai nilai tambah kepada pelanggan, CelcomDigi turut menawarkan diskaun RM10 bagi sesi pengecasan di stesen JomCharge dan chargEV terpilih dari 1 Mac hingga 1 Disember 2025. Diskaun ini boleh ditebus menerusi aplikasi Celcom Life dan MyDigi


Jaringan Pengecasan yang Lebih Mudah dan Efisien


Pengarah Urusan EV Connection (JomCharge), Lee Yuen How, menyatakan bahawa gabungan kepakaran JomCharge dengan teknologi digital CelcomDigi akan mewujudkan rangkaian pengecasan yang lebih lancar, boleh dipercayai dan mudah diakses.


Sementara itu, Pengarah Urusan chargEV, ST Chua, menekankan kepentingan rangkaian pengecasan yang kukuh dalam mengatasi kebimbangan pengguna EV terhadap jarak perjalanan. "Kerjasama ini memastikan pemilik EV dapat mengecas kenderaan mereka dengan mudah, di mana-mana dan pada bila-bila masa," jelasnya.


Melalui inisiatif ini, CelcomDigi, JomCharge dan chargEV bukan sahaja memperluaskan kemudahan pengecasan, tetapi juga memberi insentif kepada rakyat Malaysia untuk beralih kepada kenderaan elektrik sebagai pilihan mobiliti masa depan.

Baca: ChargEV Sediakan 8 Unit Pengecas Pantas 120 kW Di 16 Sierra – Teknologi BESS

Baca: Miliki Motosikal Elektrik rydeEV Dengan Pelan Pascabayar 5G CelcomDigi! – Dari RM299/Bulan

Tag:

CelcomDigi
chargEV
Pengecas EV Malaysia
Pengecas EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Miliki Motosikal Elektrik rydeEV Dengan Pelan Pascabayar 5G CelcomDigi! – Dari RM299/Bulan

Pelanggan kini boleh sewa beli motosikal elektrik (e-bike) dengan mendaftar mana-mana daripada pelan pascabayar 5G CelcomDigi. Baca untuk ketahui manfaat lain...

25-01-2024
EV

Sistem BESS chargEV Bolehkan Pengecasan Pantas EV Di Mana Sahaja, Capai 240 kW

chargEV baru-baru ini melancarkan Sistem Simpanan Tenaga Bateri (BESS).

15-07-2024
EV

Kolaborasi Gentari, EV Connection, Yinson GreenTech Mudahkan Akses 70% Pengecas EV Di Malaysia

Gentari Sdn Bhd (Gentari), EV Connection Sdn Bhd (EVC) dan Yinson GreenTech (YGT) melaksanakan kerjasama tiga hala menerusi anak syarikat, Green EV Charge Sdn Bhd.

17-03-2023
EV

Pengimport EV CBU Bakal Galas Tugas Bina Infrastruktur Pengecasan?

MITI sedang membuat pertimbangan untuk mewajibkan syarikat pengimport (CBU) kereta EV membantu membina rangkaian pengecasan

06-02-2026
EV

Semakin Ramai 'Lembut Hati' Beralih Kepada EV, Tetapi Cukupkah Infrastruktur EV Malaysia?

Semakin ramai orang mula ‘berlembut hati’ untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun adakah negara kita benar-benar bersedia untuk menampung pengunaan EV secara besar-besaran? Ini kupasannya…

24-11-2025
EV

Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit

ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.

04-11-2025
EV

ChargeSini Sediakan Pengecas Pantas DCFC 50 kW Di Pusat 3S Proton IOI City Mall

Berita baik kepada pemilik kenderaan elektrik (EV) di sekitar Putrajaya, Pusat 3S Proton yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya, kini menyediakan fasiliti pengecasan pantas DC (DCFC) yang berkuasa 50 kW.

19-10-2025
EV

Hab Pengecasan EV Bersepadu Seremban Siap 2027 – 20 Pengecas DC

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersama dengan rakan kerjasama, Yinson GreenTech (YGT), telah rasmi memulakan pembinaan Hab Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) Bersepadu pertama di Malaysia.

17-10-2025

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026