Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ciri Baharu Leapmotor C10 2025 Dibocorkan – Prestasi Jauh Lebih Tinggi?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

1fef51b49883c8904da2a192c49dff5a177745-1536x1024.jpg


Jenama kenderaan elektrik (EV) China, Leapmotor, dilaporkan telah memberikan beberapa ciri baharu kepada SUV Leapmotor C10 bagi tahun 2025. 


Untuk makluman, Leapmotor kini dipasarkan secara global menerusi  kerjasama strategik dengan Stellantis di bawah Leapmotor International. Di Malaysia, jenama ini dikendalikan oleh Stellantis Malaysia, dengan model C10 sebagai satu-satunya model yang ditawarkan setakat ini.


Lonjakan Kuasa: 295 HP untuk Model 2025


193de4d315eb93208092867edb2fb615184650-800x533.jpg


Laporan daripada portal automotif CarNewsChina berdasarkan dokumen pendaftaran Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China,  mendedahkan bahawa Leapmotor C10 2025 menerima peningkatan ketara dari segi prestasi. 


Motor elektriknya kini menjana 295 hp (220 kW), jauh lebih berkuasa berbanding versi semasa di pasaran China yang hanya menghasilkan 228 hp (170 kW). Bagaimanapun, model eksport yang turut dipasarkan di Malaysia sejak Oktober tahun lalu hanya menawarkan kuasa 215 hp (160 kW). 


Sentuhan Baharu


13e55eda99204650a17b234bddee4e5d167596-800x450.jpg2e6dbc9ea0563ef149b22d0501d9cf5d78991-800x450.jpg


Dokumen MIIT yang dibocorkan juga hanya menunjukkan sedikit perubahan pada reka bentuk luar, termasuk rim baharu, cermin sisi yang direka semula, lensa lampu belakang yang dikemas kini, cermin privasi baharu pada pintu belakang, serta kemungkinan sistem sensor optik yang telah dinaik taraf.


Turut dijangka diberikan penambahbaikan ialah pakej bantuan pemandu canggih (ADAS) yang disematkan pada C10, tetapi perkara ini masih belum disahkan sepenuhnya oleh Leapmotor.


Leapmotor C10 di Malaysia


web_TA_CAriCarz_Leapmotor-C10_Grey_-4.jpgweb_TA_CAriCarz_Leapmotor-C10_Grey_-5.jpgweb_TA_CAriCarz_Leapmotor-C10_Grey_-3.jpgweb_TA_CAriCarz_Leapmotor-C10_Grey_-7.jpgweb_TA_CAriCarz_Leapmotor-C10_Grey_-9.jpgweb_TA_CAriCarz_Leapmotor-C10_Grey_-8.jpg


Buat masa ini, Leapmotor C10 yang dijual di Malaysia ditawarkan sebagai sebuah SUV segmen D premium dengan jarak pemanduan 424 km (WLTP) yang dibekalkan oleh pek bateri 69.9 kWj. Harga jualannya pula bermula daripada RM159,000 sebelum sebarang insentif atau promosi.


Lebih banyak maklumat dijangka diumumkan sebaik model baharu Leapmotor C10 ini, sama ada versi yang dikemaskini atau hanya varian tambahan,  dilancarkan secara rasmi di China dalam beberapa bulan akan datang.

Baca: Leapmotor C10 Kini Rasmi Di Malaysia 

web_TA_CAriCarz_Leapmotor-C10_Grey_.jpg

Tag:

Leapmotor
Leapmotor C10
Leapmotor C10 2025
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025

Leapmotor mendedahkan bahawa pihaknya berjaya menjual sebanyak 536,132 kenderaan bermula dari Januari hingga November lepas.

16-12-2025
Global

Auto Guangzhou 2025: Leapmotor A10 Didedahkan Kepada Umum – Bakal Tiba Di Malaysia?

SUV crossover elektrik kompak Leapmotor A10 (B03X) akhirnya muncul menyerlahkan rekaannya untuk tatapan umum di Auto Guangzhou 2025.

24-11-2025
EV

Leapmotor B10 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM110K

Leapmotor Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) baharu, Leapmotor B10, kini dibuka kepada umum.

17-11-2025
Global

Leapmotor B05 Ultra Diperkenalkan – Model Elektrik Yang Sporty

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, Leapmotor, telah mendedahkan imej pertama Leapmotor B05 Ultra yang juga dikenali sebagai Lafa 5 Ultra di China.

09-10-2025
EV

Leapmotor B10 Didedah Di Thailand, Harga Di Bawah RM100K

Leapmotor B10 akhirnya membuat penampilannya di Thailand, baru-baru ini.

24-09-2025
Berita Auto

Kementerian Pengangkutan Terima 2 Unit Leapmotor C10

Leapmotor Malaysia menyerahkan dua unit kenderaan elektrik penuh (EV) Leapmotor C10 kepada Kementerian Pengangkutan (MOT), di ibu negara semalam.

27-08-2025
EV

Auto Shanghai 2025: Perincian Leapmotor B01

Leapmotor menunjukkan taringnya apabila syarikat terbabit mempamerkan keseluruhan barisan model terbaharunya di Auto Shanghai 2025 termasuk B01.

23-04-2025
EV

EV Leapmotor Bakal Dipasang Di Malaysia, Model C10 CKD Bakal Tiba

Stellantis bersama Leapmotor dan Leapmotor International mengadakan sidang media bagi mengumumkan rancangan CKD EV Leapmotor di Malaysia.

18-04-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Pelarasan Harga Pas Perjalanan Rapid KL Mulai 1 Januari 2026

Harga beberapa pas perjalanan Rapid KL akan diselaraskan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

16-12-2025
Berita Auto

OMODA | JAECOO Buat Promosi – Bukan Sekadar Diskaun, Jimat Cecah RM14,000!

Menjelang penutupan tirai tahun 2025, OMODA | JAECOO Malaysia ingin ‘memanjakan’ bakal pembeli SUV dengan pelancaran kempen 'Season of Rewards'.

16-12-2025
Berita Auto

Denza Laku Keras, Lebih 1,000 Unit Denza D9 Telah Dihantar Kepada Pelanggan

Denza mencatatkan pencapaian bermakna apabila 1,002 unit Denza D9 telah dihantar kepada pelanggan.

16-12-2025
Berita Auto

Kenderaan Berat Dilarang Guna Jambatan Angkat, Ada Sebabnya!

Bermula 1 Januari depan, kenderaan berat seperti lori, treler serta bas pelancong tidak lagi dibenar menggunakan Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

16-12-2025
Berita Auto

Bahana Ambil Telefon Bimbit Terjatuh, Kereta Dipandu Masuk Parit

Tindakan seorang peniaga mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh ke bawah kerusi ketika memandu mengundang padah apabila keretanya yang dipandunya masuk parit.

16-12-2025
Berita Auto

Porsche 911 Turbo, BMW 420i Antara Disita Sebab Tak Bayar Duti Eksais

Lima buah kenderaan termasuk Porsche 911 turbo S yang disembunyikan dalam gudang berlesen selama tiga bulan gara-gara enggan mahu membayar duti eksais akhirnya disita kastam.

15-12-2025
Berita Auto

Dalam 11 Bulan, 39,259 Kemalangan Direkod Di Perak

Sebanyak 39,259 kes kemalangan direkodkan di Perak sepanjang tempoh 11 bulan sejak Januari tahun ini.

15-12-2025
Berita Auto

KTMB Perkenal Jadual Baharu KTM Komuter Lembah Klang Bermula 1 Jan 2026

KTMB akan melaksanakan jadual waktu baharu perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang berkuat kuasa 1 Januari 2026.

15-12-2025