Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Era Baharu Nissan: CEO Baharu, Model Baharu, Teknologi Lebih Canggih

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2025-Nissan-Global-Product-and-Technology-Showcase_02.jpg


Ivan Espinosa, bakal memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Nissan , menggantikan Makoto Uchida bermula 1 April ini


Di sebalik cabaran yang dihadapi, Nissan kini berusaha untuk bangkit semula dengan pelan perniagaan baharu. Rancangan ini merangkumi strategi dalam tempoh dua tahun akan datang yang melibatkan pengenalan lebih daripada 13 model baharu serta versi facelift. Langkah ini dilihat sebagai usaha penting untuk memulihkan keuntungan jenama tersebut.


Di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, Ivan Espinosa, yang akan memegang jawatan bermula 1 April, Nissan merancang untuk melancarkan pelbagai model dengan pilihan trenkuasa elektrik (EV), hibrid e-Power dan hibrid plug-in (PHEV).


Model Baharu Untuk Pasaran Amerika Utara


250326-01_US-Nissan-Range-Teaser.jpg


Untuk pasaran Amerika Utara, Nissan akan memperkenalkan EV Leaf generasi baharu, SUV Rogue dengan teknologi hibrid e-Power dan PHEV, Pathfinder yang diperbaharui, serta model sedan Sentra serba baharu.


Salah satu model yang paling dinanti-nantikan ialah generasi ketiga EV Nissan Leaf. Menariknya, model ini tidak lagi berbentuk hatchback kompak tetapi bakal diperkenalkan dalam versi SUV crossover, bersesuaian dengan trend pasaran semasa.


Untuk pasaran Amerika Syarikat dan Kanada, Nissan turut merancang untuk  melancarkan SUV Rogue generasi keempat yang hadir dengan teknologi hibrid e-Power dan PHEV. Selain itu, model SUV Pathfinder akan menerima kemas kini, manakala sedan Sentra juga akan diperkenalkan dalam versi baharu.


Baca: Nissan e-Power: Ini 6 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Trenkuasa Elektrik Yang UNIK


Eropah Terus Jadi Tumpuan Nissan


Di benua Eropah, Nissan bakal menghidupkan semula nama Micra dalam versi elektrik sepenuhnya, yang sebenarnya merupakan model Renault 5 yang telah dijenamakan semula.


All-new-Nissan-Micra.jpg


Micra bakal dihidupkan kembali sebagai model rebadge Renault 5


Selain itu, crossover popular Nissan Juke juga akan menerima model generasi baharu yang direka berasaskan konsep Hyper Punk. Tidak ketinggalan, model Qashqai akan diperbaharui dengan sistem hibrid e-Power yang lebih cekap tenaga.


Tumpuan terhadap Pasaran Jepun


250326-01_All-new-Nissan-LEAF.jpg


EV Leaf bakal hadir dalam bentuk badan baharu, iaitu bentuk daripada sebuah hatcback kompak kepada SUV crossover


Untuk pasaran domestiknya di negara Jepun, Nissan akan memperkenalkan EV Leaf serba baharu, sebuah model kei car yang dikemas kini, serta beberapa model generasi baharu yang akan dilengkapi teknologi e-Power yang lebih canggih.


Pasaran Lain 


250326-01_LATAM-Nissan-Range-Teaser.jpg


Bagi pasaran lain, Nissan memberi bayangan tentang kehadiran trak pikap satu tan dan SUV Nissan Patrol baharu. Infiniti, jenama mewah di bawah Nissan, juga akan menerima pelbagai model baharu serta versi facelift.


Dengan naik taraf pada teknologi e-Power, Nissan menjanjikan peningkatan kecekapan sebanyak 15% ketika jentera dipandu pada kelajuan tinggi, menggunakan enjin petrol 1.5 liter baharu yang direka khas untuk sistem hibrid e-Power.


Namun, berita yang paling menarik perhatian ialah janji CEO baharu, Ivan Espinosa, bahawa Nissan GT-R akan menerima kehadiran model baharu pada masa akan datang. Walaupun tiada tarikh rasmi diumumkan, ini satu perkembangan yang menarik untuk peminat kereta sport.


Masa Depan Nissan Makin Cerah?


Dengan pelan perniagaan baharu ini, Nissan jelas menunjukkan komitmennya untuk terus bersaing dalam industri automotif global. Adakah strategi ini mampu membawa Nissan kembali ke era kegemilangannya? Sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya.

Baca: Honda Minta CEO Nissan Letak Jawatan, Hentikan Teknologi e-Power

Tag:

Nissan
Nissan Leaf
Nissan GT-R
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025
Global

Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah

Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.

19-12-2025
Global

Nissan Dedah Imej Acah Kereta Konsep Nismo Terbaru Menjelang Tokyo Auto Salon 2026

Debaran semakin memuncak menjelang ketibaan Tokyo Auto Salon (TAS) 2026. Nissan baru-baru ini telah memuat naik satu imej 'teaser' yang memaparkan sebuah kereta konsep misteri di bawah jenama prestasinya, Nismo.

18-12-2025
Global

Dilancar: Nissan Frontier Pro - Harga Bermula Daripada RM99,800

Nissan Frontier Pro sudah menembusi pasaran China, baru-baru ini.

28-11-2025
Global

Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang

Setelah lebih sedekad, Nissan akhirnya mendedahkan trak pikap Navara generasi terbaru minggu ini.

20-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.

14-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru 2026 Bakal Didedahkan 19 Nov Ini

Nissan bakal melancarkan Navara generasi terbaru dalam masa beberapa hari sahaja lagi, iaitu pada 19 November ini, menandakan berakhirnya lebih satu dekad tanpa sebarang perubahan besar.

16-10-2025
Global

Ini Dia Nissan Ariya Facelift 2026 – Lebih Moden & Canggih

Nissan baru-baru ini telah mendedahkan imej Nissan Ariya facelift yang akan membuat kemunculan rasmi buat pertama kali di Tokyo Mobility Show pada 30 Oktober nanti.

14-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026