ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Nissan e-Power: Ini 6 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Trenkuasa Elektrik Yang UNIK

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan rangkaian produk terbaharunya tidak lama lagi.

Pendek kata, Nissan Kicks e-Power akan hadir di rangkaian pengedaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.

Nissan menyifatkan teknologi trenkuasa elektrik itu dikatakan  membawa banyak  kelebihan dan tidak mendatangkan sebarang kerumitan biasa yang melibatkan jenis trenkuasa terbabit.

Untuk itu,  ETCM memberi peluang kepada media untuk mengikuti sesi ujian ringkas untuk menikmati pemanduan yang menggunakan  teknologi e-Power tersebut.

Jadi, ini 6 perkara yang kami temui:

image.png

1. TEKNOLOGI NISSAN e-POWER GABUNG ENJIN PETROL, BATERI

Unit demonstrasi yang kami uji adalah crossover sub kompak (segmen B) Nissan Kicks gen pertama.

Jadi, unit ini sebenarnya terdiri daripada enjin pembakaran dalaman petrol tiga silinder 1.2 liter HR12DE yang sebenarnya akar umbi kepada trenkuasa e-Power.

image.png

Enjinnya sebenarnya disesuaikan untuk kecekapan haba dimana enjin tiga silinder itu  berfungsi sebagai penjana generator.

Enjin petrol itu sebenarnya  hanya berfungsi untuk mengecas bateri  jenis li-ion kompak berkapasiti  2.06 kWh yang dipasang di bawah tempat duduk barisan kedua untuk memacu roda hadapan.

image.png

Bateri yang disumbat pada jentera ini juga dikatakan berupaya menjana semula tenaga brek.  Ini bermakna model yang dilengkapi dengan e-Power daripada Nissan,  menawarkan mod pemanduan satu pedal seperti EV – atau ‘e-Pedal Step’.

2. TIDAK GUNA ENJIN PEMBAKARAN DALAMAN SEPENUHNYA!

Enjin petrol sebenarnya tidak disambungkan kepada transmisi atau mana-mana roda sebaliknya seperti mana yang disebutkan di atas, ia cuma mengecas bateri bagi membekalkan tenaga kepada e-motor.

image.png

Jadi secara jelasnya,  operasi tetapan e-Power sebenarnya berbeza  berbanding kereta hibrid atau hibrid plug-in di mana kedua-duanya menggunakan kuasa elektrik dan juga enjin pembakaran dalaman untuk  menggerakkan roda.

3. PENGENDALIAN LANCAR

image.png

Hamburan kuasa daripada  e-Power sebenarnya mengurangkan getaran dan bunyi bising di dalam kabin.

Dengan e-Pedal, kawalan kenderaan dipermudahkan kerana apabila  mod e-Pedal diaktifkan, pemandu boleh memecut, memperlahankan dan brek dengan masing-masing menekan, melepaskan dan melepaskan sepenuhnya pedal pemecut.

Malah, dengan satu pedal, ia menggunakan sistem brek penjanaan semula dimana ia memberikan daya nyahpecutan yang baik apabila pemandu mengangkat pedal.

image.png

Jentera ini mampu menghasilkan kuasa setakat 129 PS dan tork 280Nm selain memberikan pecutan yang cukup padu.

Ia yang seberat 1,350 kilogram didakwa mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 9.5 saat

Setelah mencubanya persediaan hibridnya, apa yang pasti teknologi e-Power Nissan ini mempunyai kelebihan dengan memberikan prestasi tork seperti EV.

. Ringkasnya, anda beroleh pengalaman memandu EV pada sebuah kereta bukan EV.

4. TIADA SOKET PLUG-IN

Apa yang wajar dipuji mengenai teknologi canggih Nissan ini ialah ia tidak memerlukan soket plug-in. Jadi, si pemilik kereta ini tidak perlu bimbang sepanjang masa untuk mencari stesen pengecas EV memandangkan enjinnya yang menjana elektrik untuk mengisi bateri.

5. MASIH PERLU ISI MINYAK, WALAUPUN TAK SEKERAP

image.png

Dengan adanya enjin pembakaran dalaman (ICE), ini bermakna si pemiliknya masih perlu mengisi minyak petrol memandangkan enjinnya hanya digunakan untuk mengecas bateri.

Malah, Nissan mendakwa bahawa  setiap pengisian penuh tangki bahan api e-Power mampu melakukan perjalanan sejauh  900 kilometer manakala penggunaan bahan apinya pula adalah sekitar  4.6 liter untuk setiap100 KM (21.7 KM/Liter).

Untuk makluman, jika anda menggunakan jentera ini di kawasan bandar, anda hanya hanya perlu mengisi sekali seminggu atau dua kali seminggu minyak

6. BAKAL MENYUSUL TIDAK LAMA LAGI

image.png

Kami pasti teknologi Nissan e-Power akan menjadi satu tarikan terutama bagi mereka yang mahu EV sepenuhnya tetapi tidak mahu terjebak dengan kebimbangan jarak atau hal-hal berkaitan pengecasan.

Jadi, berita baiknya adalah ETCM akan menawarkan Nissan e-Kick tidak lama lagi. Bagaimanapun, ETCM masih terus mengunci mulut mengenai tarikh pelancaran  dan model mana yang akan dilancarkan untuk pasaran kita.

Apa pula pandangan anda mengenai teknologi e-Power Nissan yang mungkin satu pilihan terbaik pada zaman mobiliti elektrik ketika ini.

Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPM4900

SELANGOR

BSG7498

JOHOR

JYE4605

PULAU PINANG

PRT744

PERAK

ANY6854

PAHANG

CFD479

KEDAH

KGB6308

NEGERI SEMBILAN

NEG6323

KOTA KINABALU

SJL9999*

KUCHING

QAB8364L

Terakhir Kemas Kini 03 Aug, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.17

-0.04

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.91

EURO 5 B7

RM 3.11

Terakhir Kemas Kini 31 Jul, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto
REDLINE Fitness Games by NISSAN Tarik 10,000 Peserta & Penonton Luar & Dalam Negara

REDLINE Fitness Games by NISSAN Tarik 10,000 Peserta & Penonton Luar & Dalam Negara

Pada 26 dan 27 Julai lalu, Nissan telah membawakan acara kecergasan, REDLINE Fitness Games edisi ketiga di MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC).

29-07-2025
Berita Auto
Nissan Kicks e-Power Impul Edition: Pakej Sporty Pada Hanya RM8,500

Nissan Kicks e-Power Impul Edition: Pakej Sporty Pada Hanya RM8,500

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) semalam mengumumkan bahawa Nissan Kicks e-Power Impul Edition sudah boleh didapati di semua bilik pameran sah di Malaysia.

25-07-2025
Berita Auto
Bilik Pameran Baharu:  ETCM Lebarkan Sayap Di Selatan, Buka Bilik Pameran Di Kluang, JB

Bilik Pameran Baharu: ETCM Lebarkan Sayap Di Selatan, Buka Bilik Pameran Di Kluang, JB

ETCM membuka sebuah bilik pameran di Kluang, Johor baru-baru ini.

04-06-2025
Berita Auto
Ada Berita Baik Untuk Pelanggan Nissan KICKS e-Power

Ada Berita Baik Untuk Pelanggan Nissan KICKS e-Power

ETCM mengesahkan bahawa pihaknya akan menghantar model Nissan KICKS e-POWER kepada pelanggannya dalam tempoh terdekat ini.

21-01-2025
EV
KLIMS 2024: Nissan Hyper Tourer Didedah, MPV Elektrik Untuk Generasi Masa Depan

KLIMS 2024: Nissan Hyper Tourer Didedah, MPV Elektrik Untuk Generasi Masa Depan

ETCM mengambil peluang untuk mempamerkan MPV futuristiknya, Nissan Hyper Tourer Concept di KLIMS 2024.

06-12-2024
Kereta Baru
KLIMS 2024: Nissan Kicks e-Power CBU Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM113K

KLIMS 2024: Nissan Kicks e-Power CBU Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM113K

ETCM melancarkan secara rasminya Nissan Kicks e-Power pada KLIMS 2024, sebentar tadi.

04-12-2024
Kereta Baru
Tempahan Nissan Kicks e-Power Kini Dibuka – Capai Hampir 22KM/L, Bawah RM130,000?

Tempahan Nissan Kicks e-Power Kini Dibuka – Capai Hampir 22KM/L, Bawah RM130,000?

Pengedar rasmi jenama Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM), kini membuka tempahan untuk model terbarunya, Nissan Kicks e-Power.

25-11-2024
Pandu Uji
Pandu Uji Nissan Kicks e-Power Kali Pertama, Masuk Pasaran Kita Bulan Depan

Pandu Uji Nissan Kicks e-Power Kali Pertama, Masuk Pasaran Kita Bulan Depan

Media diberi peluang untuk memandu Nissan Kicks e-Power baru-baru ini.

18-11-2024

Berita Terkini

Pandu Uji
Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.

31-07-2025
Pandu Uji
Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...

30-06-2025
Pandu Uji
Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!

Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!

Chery Malaysia bakal melancarkan Tiggo Cross tidak lama lagi.

27-06-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.

27-05-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max –  Bergaya, Jimat & Praktikal

[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal

Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.

27-05-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.

19-05-2025
Pandu Uji
Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.

14-05-2025
Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.