Link Copiedcheck_circle
EV

Foxconn Bakal Hasilkan EV Dengan Mitsubishi?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2025-Mitsubishi-Outlander-PHEV-7.jpgFoxconn-Logo.jpeg


Syarikat teknologi gergasi Taiwan, Foxconn, dilaporkan bakal menjalinkan kerjasama dengan dua syarikat automotif Jepun yang tidak didedahkan, dan salah satunya mungkin Mitsubishi, bagi membangunkan kenderaan elektrik (EV).


Foxconn dan Mitsubishi: Perbincangan Selama Enam Bulan


Menurut Nikkei Asia, Foxconn telah mengadakan rundingan dengan Mitsubishi selama lebih enam bulan. Perbincangan ini dikatakan sebagai langkah strategik Foxconn untuk membuktikan kemampuannya dalam sektor pembuatan EV.


Selama bertahun-tahun, Foxconn berusaha mengurangkan kebergantungannya terhadap produk elektronik pengguna dengan meluaskan bidang perniagaannya, termasuk meneroka pasaran EV.


Foxconn-Plant-China.jpg


Malah, syarikat ini pernah menandatangani kerjasama dengan beberapa jenama EV termasuk Fisker, Lordstown, dan Geely. Namun, kerjasama ini masih belum berjaya membuahkan hasil seperti yang diharapkan. 


Dengan sasaran menguasai 5% pasaran EV global, Foxconn kini memerlukan kerjasama dengan jenama automotif yang lebih kukuh seperti Mitsubishi atau Nissan untuk mencapai matlamat tersebut.


Penghasilan EV Mitsubishi


Mitsubishi-Challenge-2025-Presentation-23.jpg


Buat masa ini, masih belum jelas apakah model EV yang bakal dikeluarkan oleh Foxconn sekiranya perjanjian ini dimeterai. Namun, Mitsubishi sudah merancang untuk melancarkan beberapa model EV di pasaran Amerika Syarikat tahun hadapan. Yang menariknya, kerjasama ini boleh menjadi permulaan bagi Foxconn untuk menjalin hubungan dengan lebih banyak jenama automotif utama di masa depan.


Nissan dalam Radar Foxconn?


Untuk makluman, Nissan masih mempunyai pegangan saham dalam Mitsubishi, sekali gus meningkatkan kemungkinan Nissan turut menyertai kerjasama ini. Jika ini berlaku, spekulasi mengenai dua pengeluar automotif Jepun yang sedang berunding dengan Foxconn mungkin akan terjawab.


Baca: Nissan Pertimbang Foxconn Selepas Tolak Tawaran Honda


Model EV Foxconn


Foxconn-Foxtron-Model-B-by-Pininfarina-5.jpg


Sekiranya perjanjian ini berjaya, syarikat Taiwan itu akan dapat memulakan penghasilan beberapa model EV rekaannya sendiri, termasuk Model B, sebuah hatchback elektrik bersaiz kecil yang bakal memberikan persaingan kepada VW ID.3 dan BYD Dolphin.

Tag:

Foxconn
Foxconn-Mitsubishi
EV Mitsubishi
EV Foxconn
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Kilang Nissan Berisiko Ditutup, Foxconn Muncul Sebagai Penyelamat?

Perbincangan antara Nissan dan gergasi teknologi Taiwan, Foxconn, kini kian rancak, terutamanya mengenai kemungkinan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di salah satu kilangnya.

08-07-2025
Berita Auto

Nissan Pertimbang Foxconn Selepas Tolak Tawaran Honda

Nissan kini terbuka untuk bekerjasama dengan rakan kongsi baharu selepas rundingan penggabungan dengan Honda tidak membuahkan hasil.

10-02-2025
Berita Auto

Foxconn Juga Berminat Ambil Alih Nissan? – Benar Atau Sekadar Helah?

Seperti yang kita sedia maklum, Nissan kini di ambang kejatuhan setelah laporan mendedahkan bahawa syarikat itu hanya memiliki tempoh ‘bernafas’ selama 12 hingga 14 bulan sahaja lagi.

19-12-2024
EV

Arab Saudi Wujudkan Jenama EV Sendiri, Keluaran Pertama 2025 Nanti

Arab Saudi mengumumkan akan melancarkan jenama kenderaan elektrik (EV), Ceer.

06-11-2022
Berita Auto

Kilang EV Foxconn Bakal Dibuka Di AS & Thailand Pada Tahun 2022

Pengeluar elektronik kontrak terbesar dunia, Foxconn akan membina kilang di AS dan Thailand.

19-08-2021
Global

Kilang Nissan Berisiko Ditutup, Foxconn Muncul Sebagai Penyelamat?

Perbincangan antara Nissan dan gergasi teknologi Taiwan, Foxconn, kini kian rancak, terutamanya mengenai kemungkinan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di salah satu kilangnya.

08-07-2025

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV