Link Copiedcheck_circle
EV

GAC Aion UT Didedah Di China, Mungkin Masuk Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Syarikat automotif China, GAC mendedahkan model EV terbaharunya, GAC Aion UT di China baru-baru ini. 

Selain Aion Y Plus dan S Plus EV, Aion UT elektrik ini akan menjadi model global ketiga jenama itu.

image.pngimage.png

Menjengah luarannya, ia diberikan gaya badan hatch yang cukup konvensional, walaupun menampilkan beberapa rekaan  yang agak sama dengan dua model Aion lain itu.

Antaranya ialah  lampu depan jenis  LED dengan lampu nyalaan siang hari berbentuk D,  tiada gril namun didatangkan dengan lampu kabus LED empat mata, lampu belakang LED berbentuk C, reka bentuk bumbung terapung dan banyak lagi.

Dari segi dimensi, Aion ini berukuran 4,270 mm (panjang),  1,850 mm (lebar), 1,575 MM  tinggi manakala jarak roda pula  wheelbase of 2,750 mm.

Ini bermakna saiznya itu membuatkan ia agak sama dengan MG4  dan BYD Dolphin.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya pula, ia hadir dengan kabin yang agak luas , skrin infotainmen bersaiz 14.6 inci, panel instrumen LCD 8.8 inci yang lebih kecil, dua hingga enam pembesar suara, pad pengecasan wayarles, sistem pencahayaan ambien pelbagai warna, ada bumbung matahari panoramik penuh dan keupayaan pemanduan separa autonomi Tahap 2.

image.pngimage.png

Satu lagi jika menyebut sahaja jenama Aion ini, anda kena tahu bahawa tempat duduk hadapan dan belakang kenderaan ini sebenarnya  boleh dilipat sepenuhnya dimana ia boleh diubah menjadi tempat tidur yang selesa.

Ruang but kenderaan ini pula sekitar 440 liter.

Apa yang mengagumkan ialah mengenai trenkuasa Aion UT kerana ia dikuasakan secara eksklusif oleh motor elektrik tunggal dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat 134 HP (100 kW), manakala kelajuan maksimum pula 150 KM/J. 

Pilhan bateri pula terdiri daripada 34.868 kWj, 44.257 kWj, 44.12 kWj, atau 44.133 kWj.

Jadi bergantung kepada kapasiti bateri, GAC mendakwa Aion UT mampu bergerak sejauh  420 KM, dengan penggunaan kuasa komprehensif WLTC yang mengagumkan sebanyak 11.4-kWj untuk setiap 100 KM. 

image.png

Malah, GAC juga mendakwa bahawa bateri Aion UT akan penuh daripada  30-80% dalam masa 24 minit sahaja.

Di China, GAC Aion UT dijual sekitar  69,800 yuan hingga 101,800 yuan (RM42,760 hingga RM62,364), namun harganya bergantung pada tahap kemasan dan pilihan bateri. 

Memandangkan Aion UT ialah model global, kami  menjangkakan penetasan EV ini akan mendarat ke pasaran luar negara termasuk di Malaysia.


Gallery

Tag:

GAC Motor
GAC Aion
GAC Aion UT EV Hatch
GAC Aion UT
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

GAC Emkoo CKD Didedah, Harga Anggaran Bermula Daripada RM120,000

WTCA menayangkan SUV segmen C terbaharunya, GAC Emkoo CKD buat julung kalinya di Pusat Konvensyen Setia City, Selangor, baru-baru ini.

20-07-2025
Berita Auto

Sudah Dibuka: Pusat 3S GAC Motor & AION Kini Di Johor Jaya

Ia yang terletak strategik di kawasan utama Plentong, Johor, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

30-04-2025
Kereta Baru

KLIMS 2024: GAC M8 PHEV Ditayang, Pelancaran Tahun Depan

GAC M8 PHEV kini turut dipamerkan di KLIMS 2024.

05-12-2024
EV

GAC Aion RT Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Syarikat China Guangzhou Automotive Group (GAC) telah mengembangkan barisan produk kenderaan elektriknya apabila ia melancarkan sebuah lagi EV terbaharunya, Aion RT.

20-09-2024
EV

Motor EV Terpantas, Cecah 30K RPM Kini Dikeluarkan GAC – EV Gerak 50-150KM Lebih Jauh!

GAC baru-baru ini telah memperkenalkan inovasi terbaru kepada umum di bawah sub-jenamanya, Hyptec.

26-08-2024
Berita Auto

GAC GS3 Emzoom Selamat, Raih ASEAN NCAP 5 Bintang

GAC GS3 Emzoom berjaya meraih penarafan keselamatan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).

18-08-2024
Berita Auto

Bilik Pameran GAC Motor Kini Dibuka Di Cyberjaya – Jom Pandu Uji SUV GAC GS3 Emzoom

GAC Motor hari ini merasmikan pembukaan bilik pameran di Cyberjaya.

15-05-2024
Kereta Baru

Panaslah Punggung Pesaingnya!

GAC GS3 Emzoom akan menembusi pasaran tempatan pada tahun depan.

15-11-2023

Berita Terkini

EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026