Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Dia Satu Lagi Model Elektrik BYD, SEAL 06

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, BYD sudah bersedia untuk mengembangkan lagi barisan eenderaan elektriknya apabila Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) di China mendedahkan BYD Seal 06 elektrik baru-baru ini.

Kereta sedan ini hadir dengan dua pilihan bateri LFP yang berkapasiti - 46.08kWj (470 KM CLTC) and 56.6kWj (545 KM CLTC).

Dari segi prestasi, Seal 06 EV menawarkan dua pilihan rangkaian kuasa dimana bateri berkapasiti 160 kW mampu menghamburkan kuasa setakat  (215 HP), manakala varian bateri 110 kW (148 HP). 

Kedua-dua varian ini boleh mecapai kelajuan tertinggi 160 km/j.

Dari segi dimensi, ia berukuran 4720 mm (panjang), lebar 1,880 mm,  setinggi 1,495 mm manakala jarak roda pula, 2,820 mm.

Difahamkan, BYD Seal 06 sebenarnya berkongsi dimensi, konfigurasi bateri serta menawarkan jarak gerak yang sama  dengan Qin L elektrik.

Menjengah luarannya, BYD Seal 06 didatangkan dengan gril hadapan jenis tertutup serta dilengkapi dengan salur udara trapezoid di bahagian hadapan,

image.png

Selain itu, ia juga hadir dengan lampu hadapan LED jenis tajam manakala pemegang pintu jenis tersembunyi.

Menjengah bahagian belakangnya, ia kelihatan sama dengan Atto 3 versi facelift.Antara yang dikemaskini pada model ini adalah terdapat logo  BYD yang baharu dimana ia tidak lagi menggunakan perkataan  “Build Your Dreams”.

image.png

Malah, Seal 06 ini juga dilengkapi dengan sistem pemanduan pintar asas BYD “God’s Eye” C, yang juga dikenali sebagai DiPilot 100.

Bagi meningkatkan keupayaan pemanduan pintar, kenderaan ini dilengkapi dengan, tiga kamera pada cermin depan, ada kamera tambahan pada fender hadapan dan terdapat kamera pada spoiler bumbung belakang

Gabungan kamera ini membantu meningkatkan ciri pemanduan pintar pada Seal 06 EV.

Di sebalik pengenalan Seal 06 elektrik, BYD juga sudah mengembangkan siri Seal 06  iaitu  Seal 06 DM-i dan Seal 06 GT. 

image.png

Tambahan model ini menunjukkan komitmen BYD dalam memajukan segmen EV dengan menawarkan pelbagai ciri teknologi canggih serta reka bentuk yang menawan.

Memandangkan BYD semakin agresif dalam pasaran eksport, maka ada kemungkinan besar Seal 06 EV akan menerima penukaran kepada pemanduan sebelah kanan dalam masa terdekat.

Ini membuka peluang untuk model ini memasuki pasaran Malaysia sebagai sedan elektrik peringkat permulaan.




Gallery

Tag:

BYD
BDY Seal 06
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jualan BYD Melonjak 70%, Ini Strategi BYD Untuk Kekal Kompetitif Di Malaysia

Pengarah Urusan BYD Cars Malaysia, Eagle Zhao, mendedahkan beberapa angka jualan yang memberangsangkan, menunjukkan pertumbuhan pesat jenama ini di Malaysia.

17-11-2025
Berita Auto

Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

BYD Malaysia, DENZA jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia,melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia, semalam.

14-11-2025
Berita Auto

BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

BYD bawa masuk trak pikap bernama Shark pula ke pasaran tempatan?

13-11-2025
EV

BYD Atto 3 Bakal Muncul Dengan Prestasi Lebih Tinggi, Jarak EV Cecah 650 KM

SUV elektrik BYD Atto 3 2026 nampaknya bakal menerima kemas kini secara besar-besaran. Perkara ini terbongkar melalui dokumen rasmi Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China yang mula tersebar di internet.

12-11-2025
EV

BYD Seal 6 Tampil Eksklusif Dalam Warna Ivory Gold – Harga Sama, Terhad 100 Unit

BYD Cars Malaysia memperkenalkan versi eksklusif edisi terhad bagi model sedan elektrik terbarunya, BYD Seal 6, yang kini hadir dalam pilihan warna baharu, Ivory Gold.

30-10-2025
EV

BYD Seal 2025 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Skor Paling Tinggi Diterima EV Di Rantau Asia

Model sedan elektrik penuh (EV) BYD Seal 2025 kini secara rasmi disahkan sebagai antara jentera paling selamat setelah berjaya merangkul penarafan 5 bintang penuh dalam ASEAN NCAP.

30-10-2025
Global

BYD Atto 8 Bersedia Buat Kemunculan Global – Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat pengeluaran kenderaan elektrik (EV) dari China, BYD, mengumumkan penjenamaan semula SUV Tang L untuk pasaran antarabangsa.

27-10-2025
Global

Filipina Negara Pertama Di Dunia Lancar BYD eMAX 9 DM-i , Selepas Itu Mungkin Malaysia?

BYD Cars Filipina telah memperkenalkan BYD eMAX 9 DM-i di negara itu baru-baru ini.

24-10-2025

Berita Terkini

EV

Leapmotor B10 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM110K

Leapmotor Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) baharu, Leapmotor B10, kini dibuka kepada umum.

17-11-2025
EV

Kerajaan Akhirnya Perkenal Passport Bateri Untuk EV

Kerajaan akhirnya memperkenalkan standard pasport bateri kenderaan elektrik yang pertama di ASEAN, baru-baru ini.

17-11-2025
EV

EV Pertama Perodua: Perodua Sewa Fasiliti Tan Chong Motor Untuk Pasang EV

Perodua berkerjasama dengan Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) untuk memasang kenderaan elektrik pertama mereka di kilang Tan Chong Motor.

16-11-2025
EV

Prasarana Bakal Sediakan 150 Bas Elektrik Pada 2026

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengorak setapak ke hadapan kerana akan bakal menawarkan 150 bas elektrik selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

14-11-2025
EV

Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia

Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

13-11-2025
EV

Kerajaan Luluskan EMSP: Satu Platform Digital Kawal Semua Pengecasan EV Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengesahkan bahawa kerajaan telah meluluskan penubuhan Platform Perkhidmatan e-Mobiliti (EMSP)

13-11-2025
EV

BYD Atto 3 Bakal Muncul Dengan Prestasi Lebih Tinggi, Jarak EV Cecah 650 KM

SUV elektrik BYD Atto 3 2026 nampaknya bakal menerima kemas kini secara besar-besaran. Perkara ini terbongkar melalui dokumen rasmi Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China yang mula tersebar di internet.

12-11-2025
EV

Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI

MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.

12-11-2025