Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

LTU Akan Dibuka Untuk Aidilfitri? Rupa-Rupanya Berita Palsu

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Perhatian buat warga Pantai Timur! Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) tidak akan dibuka untuk Aidilfitri.

Perkara itu disahkan Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi. 

Beliau menafikan bahawa LTU akan dibuka selepas satu video tular di media sosial yang memaklumkan seksyen 4A LTU membabitkan sebahagian jalan antara Raub, Kuala Lipis dan Gua Musang akan dibuka untuk Aidilfitri.

“Laluan itu masih lagi dalam peringkat pembinaan dan tarikh jangkaan siap semasa ialah pada 26 Ogos ini.

“Saya dimaklumkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bahawa kemajuan proses pembinaan laluan ini sudah mencapai 83.21 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

image.png

Beliau menyifatkan penyebaran berita yang tidak sahih seperti itu boleh mengundang bahaya dan merisikokan keselamatan pengguna jalan raya.

image.png

“Sudah tentunya saya juga berharap laluan ini dapat dibuka dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk keselesaan semua pengguna jalan raya terutama rakyat Pahang dan Kelantan yang berada di perantauan.

“Namun, bagi memastikan keselesaan dan keselamatan semua pengguna jalan raya, saya memohon semua pihak bersabar agar laluan ini dapat disiapkan dengan sempurna dan terbaik,” katanya.


Gallery

Tag:

Lingkaran Tengah Utama Project (LTU).
Hari Raya Aidilfitri
Kementerian Kerja Raya (KKR)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Parlimen: Kerja Bina Di R&R LTU Mula Mac, Siap Sepenuhnya Ogos 2025

Kerja-kerja membina hentian Rehat dan Rawat (R&R) di LTU dijangka bermula Mac.

23-10-2024
Berita Auto

"Pertimbang Semula Bina R&R Di LTU," - Sultan Pahang

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kerajaan Pusat untuk mempertimbangkan semula pembinaan projek Rehat dan Rawat (R&R) di Lingkaran Tengah Utama (LTU).

11-10-2024
Berita Auto

Orang Pantai Timur Lepas Ni Dah Tak Sangkut ''Jam''

Projek LTU lewat disiapkan tetapi ada sebabnya.

26-07-2024
Berita Auto

Isu Sampah: R&R Akan Dibina Tapi Bukan Sekarang

MB Pahang kesal orang ramai buang sampah di tepi jalan.

12-04-2024
Berita Auto

Kes Kereta Patah Balik, Tiada Saman Dikeluarkan

Beberapa kenderaan dirakam berpatah balik di Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU), Raub, Pahang semalam.

08-04-2024
Tips

Raya: Tips Jimat Minyak

Berikut adalah tips cara jimat minyak.

18-03-2026
Berita Auto

Jangan Tersangkut 12 Jam! PLUS Jangka 2.3 Juta Kenderaan 'Serbu' Lebuhrayanya– Ini Tarikh Perlu Elak

PLUS menjangkakan gelombang trafik luar biasa mencecah 2.3 juta kenderaan sehari pada waktu puncak sambutan Aidilfitri minggu depan.

13-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026