Link Copiedcheck_circle
EV

MG Dedah Imej Acah MGS5 EV, Pengganti MG ZS EV

Sofea Najmi

Kongsi melalui

MGS5-EV-teaser-00002-1536x864.jpgMGS5-EV-teaser-00001-1536x864.jpg


MG dedahkan dua imej acah  MGS5 EV 


Jenama automotif ikonik British, MG, bersedia untuk memperkenalkan model baharu MGS5 EV dalam masa beberapa minggu lagi. Dua imej acah model yang akan menggantikan MG ZS EV itu kini telah didedahkan. 


Platform Sama Seperti MG4 EV


Menurut laporan dalam talian, MGS5 EV dibangunkan menggunakan platform modular boleh diskalakan (MSP) milik SAIC, sama seperti model hatchback MG4 EV yang mendapat sambutan hangat di pasaran-pasaran utama termasuk UK.


MG-ES5-2-1536x864.jpgMG-ES5-4-1536x864.jpgMG-ES5-3-1536x864.jpg


MG ES5 yang dilancarkan di pasaran China tahun lalu


Sekiranya imej acah ini kelihatan seperti pernah dilihat sebelum ini, model ini juga sebenarnya adalah versi eksport bagi MG ES5 yang telah pun dilancarkan di China oleh SAIC Motor pada Oktober tahun lalu. Dari segi saiz, MGS5 EV dilaporkan berukuran sekitar 4,480 mm panjang, iaitu 162 mm lebih panjang berbanding MG ZS EV yang kini ditawarkan di pasaran. 


Rekaan Luaran yang Lebih Moden


Setakat ini, MG hanya mendedahkan dua imej, satu menunjukkan kereta yang sedang dicas, manakala satu lagi memperlihatkan lampu belakang LED melintang yang besar dengan logo MG yang bercahaya.


Spesifikasi Setanding MG4 EV?


Tiada butiran teknikal diumumkan, namun model dengan platform sama, MG4 EV, yang dipasarkan di Eropah, menggunakan motor tunggal di depan yang menyalurkan kuasa 168 hp atau 201 hp, serta versi dwi-motor berkuasa 429 hp.  MGS5 EV dijangka akan hadir dengan pilihan trenkuasa yang sama.


Kabin Lebih Mewah Berbanding MG4 EV


MG-ES5-9-1536x864.jpg


Kabin MG ES5 yang dipasarkan di negara China. Versi yang dieskport ke luar negara dijangka lebih premium berbanding MG4


Walaupun berdasarkan pemerhatian kami MG4 EV secara keseluruhannya menawarkan pakej yang cukup menarik, satu kelemahannya adalah kualiti kabin yang agak sederhana.


MGS5 EV dikhabarkan akan ditawarkan dengan ruang kabin yang lebih premium tanpa memberi kesan kepada harga jualan model MG yang sangat berpatutan.


Lebih banyak maklumat dijangka akan didedahkan menjelang pelancaran rasminya tidak lama lagi. 


Ikuti perkembangan terkini dalam dunia automotif hanya di Carz.com.my

Baca: SUV MG ZS EV Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM125K, Capai 174 HP, 230 KM!

Tag:

MG
MGS5 EV
MG ZS EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

18-06-2025
EV

24-04-2025
EV

12-04-2025
EV

04-03-2025
Pandu Uji

29-01-2025
Global

02-01-2025
Berita Auto

02-10-2024
Kereta Baru

01-10-2024

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026