- Berita
- Berita Auto
- Op Khas Aidilfitri: Pemandu Bas Ekspres Akan Disaman Jika Turunkan Penumpang Sesuka Hati
Op Khas Aidilfitri: Pemandu Bas Ekspres Akan Disaman Jika Turunkan Penumpang Sesuka Hati

Mana-mana pemandu bas ekspres yang dikesan menurunkan penumpang di luar terminal akan dikenakan saman dengan serta-merta.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kedah, Stien Van Lutam berkata, setakat ini dua kesalahan telah dikesan menerusi Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 yang dilancarkan mulai 24 Mac hingga 8 April ini.
“Anggota JPJ yang melakukan penyamaran mengesan pemandu bas ekspres berusia 29 tahun dalam perjalanan dari Ipoh ke Sungai Petani telah bertindak menurunkan penumpang di kawasan tidak dibenarkan atau di luar terminal bas.

“Seorang lagi pemandu bas ekspres berusia 27 tahun turut dikesan melakukan kesalahan sama ketika dalam perjalanan dari Alor Setar ke Kelantan, selain memotong di garisan berkembar,” katanya.
JPJ terpaksa mengambil tindakan tegas kerana tindakan menurunkan penumpang di kawasan tidak dibenarkan bukan sahaja membahayakan penumpang, tetapi juga menjadi punca kemalangan dan kesesakan lalu lintas
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
