Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pendaftaran Minat Audi Q7 CKD Kini Dibuka – Canggih & Menawan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

A240555_medium.jpg


Berita baik untuk peminat jenama Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM) secara rasmi telah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk Audi Q7 versi pemasangan tempatan (CKD) di laman webnya, audi.com.my. 


Model Audi CKD Pertama di Rantau ASEAN


Inisiatif CKD bagi Audi Q7 ini merupakan satu pencapaian penting kerana ini adalah kali pertama model Q7 dikeluarkan secara tempatan di luar Eropah. Ia juga menjadi projek CKD pertama Audi di rantau ASEAN sejak sekian lama, selepas jenama itu pernah menjalankan pemasangan kontrak di Malaysia pada era 1990-an.


Apa yang Ditawarkan pada Audi Q7 CKD?


web_Audi-Q8-CKD-ROI.jpg


Pengarah Urusan PHSAM, Denyu Bostandzhiev, mendedahkan  bahawa model CKD ini bakal menggunakan enjin hibrid ringkas (MHEV), dan ditawarkan dalam versi tiga baris tempat duduk. Ia juga bakal dilengkapi dengan pelbagai ciri canggih yang terkini. 


Model ini dijangka menggunakan enjin 3.0L V6 turbo yang menjana 340 hp dan 450 Nm, dipadankan dengan sistem pacuan semua roda quattro (AWD) dan stereng belakang (RWS) untuk pemanduan lebih dinamik. Dengan transmisi 8 kelajuan Tiptronic, pecutan 0-100 km/j hanya mengambil masa 5.6 saat.


Rekaan Dikemas Kini, Teknologi Lebih Canggih


A240549_medium.jpgA240565_medium.jpgA240573_medium.jpg


Bagi yang mengikuti perkembangan Audi Q7, model generasi kedua ini pertama kali diperkenalkan pada 2015 sebelum menerima kemaskini pertama pada 2020.


Kini, untuk 2024, model ini hadir dengan rekaan lebih segar, termasuk pencahayaan Matrix LED ikonik Audi serta kemas kini pada bahagian dalaman dan luaran.


Model CKD Keempat dengan Paltform MLB Evo


2025-Porsche-Cayenne-S-EHybrid-Coupe-CKD-11.jpgweb_CariCarz_2024-Porsche-Cayenne-CKD-Launch_-2.jpgCaricarz-MBA-Volkswagen-Touareg-RLine-Ext-14.jpg


Selain itu, Audi Q7 CKD akan menjadi sebahagian daripada barisan model CKD yang menggunakan platform MLB Evo Volkswagen (VW) yang kini merangkumi VW Touareg R-Line  dipasang di Pekan, Pahang serta dua model Porsche Cayenne yang dipasang di Kulim, Kedah. 


Anggaran Harga 


A240569_medium.jpg


Dari segi harga, Audi Q7 CKD dijangka akan ditawarkan pada harga lebih tinggi berbanding VW Touareg CKD tetapi lebih rendah daripada Porsche Cayenne CKD.


Walaupun harga rasmi belum diumumkan, pemasangan CKD ini dijangka menjadikan Audi Q7 lebih kompetitif dalam segmennya. Bagi yang berminat, pendaftaran minat kini boleh dibuat di audi.com.my.

Tag:

Audi Malaysia
Audi CKD Malaysia
Audi CKD
Audi Q7
Audi Q7 CKD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

PHSAM Umum Senarai Harga Terkini & Promosi Istimewa Untuk Pelbagai Model Audi

Pengedar rasmi jenama mewah, Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM), hari ini mengumumkan senarai harga baharu untuk pelbagai model ICE dan EV.

15-01-2025
Berita Auto

Ini Masanya Untuk Beli Audi, Potongan Harga Besar-Besaran – Kempen ‘Great Savings’

PHSAM telah melancarkan kempen jualan akhir tahun ‘Great Savings’ yang berlangsung selama tiga bulan bermula bulan ini.

08-10-2024
EV

Kempen Untuk Audi e-tron – Murah RM93K, Wallbox Percuma! Tempoh Terhad

PHSAM, pengedar rasmi Audi di Malaysia, baru-baru ini telah mengumumkan kempen menarik terkini.

06-11-2023
Berita Auto

Pelantikan Denyu Bostandzhiev Sebagai Pengarah Urusan PHSAM & VPCM

PHSAM dan VPCM telah mengumumkan pelantikan Denyu Bostandzhiev sebagai Pengarah Urusan Bersama baharu.

01-07-2023
Berita Auto

7 Model Audi e-Tron Dah Masuk Malaysia, Korang Pilih Mana?

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) melancarkan secara rasminya tujuh model elektrik sepenuhnya Audi e-tron k

16-06-2023
Berita Auto

Kempen #AudiOnTheMove: Audi Tawar Diskaun Pembaikan Hingga 30%

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) telah melancarkan kempen pasca jualan #AudiOnTheMove

07-04-2023
EV

Pendaftaran Minat EV E-Tron GT & Q8 E-Tron Kini Dibuka Di M'sia, Pelancaran Tidak Lama Lagi?

Pengedar rasmi kenderaan berjenama Audi, PHS Automotive Malaysia (PHSAM) kini telah membuka pendaftaran minat untuk kenderaan elektrik.

12-01-2023
Berita Auto

Audi Q7 CKD: Model Pertama Dipasang Di Malaysia & Asia Tenggara

Audi Q7 CKD dipasang di kilang pemasangan tempatan di Pekan, Pahang, baru-baru ini.

24-04-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Projek Dasar Laut Bukan Projek Terbengkalai, Tidak Pernah Diumum Batal

Projek Terowong Dasar Laut masih berstatus aktif.

14-11-2025
Berita Auto

RTS Link, TMJ Bimbang Kesesakan Sebaik RTS Mula Operasi

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bimbang terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link, siap nanti.

14-11-2025
Berita Auto

Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

BYD Malaysia, DENZA jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia,melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia, semalam.

14-11-2025
Berita Auto

Tiada Lagi Healing Percuma, Lepas Ini Bayar Tol Sebelum Naik Genting Highlands

Genting Highlands akan mengenakan tol bagi menampung kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer jalan dan cerun yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sejak tahun 1960-an.

14-11-2025
Berita Auto

Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

Laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan dan jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang dikatakan berisiko berlakunya kejadian tanah runtuh.

13-11-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025