Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

R&R Sementara LTU Sempat Siap Sebelum Raya

Sofea Najmi

Kongsi melalui

LTU-Highway-Pahang-4.jpg


Empat hentian R&R di sepanjang Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dijangka siap sebelum raya


Sebanyak empat hentian Rehat dan Rawat (R&R) sementara yang didirikan di sepanjang Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dengan kos RM2.5 juta dijangka siap beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan membina R&R sementara ini dibuat selepas menerima banyak aduan daripada pengguna yang sukar mendapatkan tempat rehat, menukar lampin bayi dan menggunakan tandas sepanjang perjalanan ke Kelantan serta ke sempadan negeri. 


Empat R&R Dibina di Lokasi Strategik


LTU-Highway-Pahang-1.jpgLTU-Highway-Pahang-3.jpg


Menurut Wan Rosdy, empat hentian sementara itu akan dibina di laluan strategik, iaitu dua di Bentong bagi laluan pergi dan balik, serta masing-masing satu di Lipis dan Raub.


"Kita tidak mahu menunggu terlalu lama kerana masalah ini perlu diselesaikan segera. Jadi kita dahulukan peruntukan kerajaan negeri. Kemudian, peruntukan ini akan diganti semula oleh kerajaan Persekutuan," katanya.


R&R Kekal Masih Dalam Perancangan


Pahang-MB-YAB-Datuk-Seri-Wan-Rosdy-Wan-Ismail.jpg


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah)


Mengulas mengenai pembinaan R&R kekal di LTU, Wan Rosdy menjelaskan bahawa ia berada dalam perancangan kerajaan Persekutuan yang buat masa ini, belum ada kepastian mengenai tempoh pelaksanaannya. 


"Kita tetap akan membina R&R kekal tetapi buat masa ini pembinaan sementara ini adalah penyelesaian jangka pendek agar pengguna dapat menikmati sedikit keselesaan berbanding tiada langsung," katanya.

Sumber: Astro Awani

Tag:

LTU
Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU)
R&R Sementara
R&R LTU
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

LTU: 2 Juta Pengguna Bakal Guna Laluan Itu, Yang Paling Best Tiada Tol

Seramai dua juta pengguna dijangka dapat menikmati perjalanan tanpa tol melalui Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU)

27-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026