- Berita
- Gaya Hidup
- smart Malaysia, CapitaLand Jalin Kerjasama, Anjur Peraduan Shop Smart Win Smart
smart Malaysia, CapitaLand Jalin Kerjasama, Anjur Peraduan Shop Smart Win Smart
smart Malaysia bekerjasama dengan CapitaLand mengadakan kempen cabutan bertuah untuk Hari Pengguna terbesar di Malaysia, “Shop SMART Win smart.”
Untuk itu, bagi pengunjung yang membeli-belah sebanyak RM150 dalam satu transaksi di pusat beli-belah CapitaLand, mereka berpeluang menyertai cabutan bertuah “Shop SMART Win smart.”
Pemenang bertuah “Shop SMART Win smart” akan membawa pulang sebuah smart #1 Premium baharu, bersama hadiah eksklusif lain bernilai lebih RM400,000.
Bagaimanapun, bagi mereka yang memiliki kad UOB di Pulau Pinang, syarat perbelanjaan lebih rendah, iaitu sekurang- kurangnya RM100 di Gurney Plaza dan Queensbay Mall.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, dengan kolaborasi bersama CapitaLand, pihaknya berpeluang untuk mendekati lebih ramai rakyat Malaysia dan orang ramai berpeluang menyaksikan sendiri keunikan kereta smart #1.
“Kerjasama ini bukan hanya tentang memberikan sebuah kereta; ia juga mendorong orang ramai untuk lebih ingin tahu dan faham tentang pengangkutan yang mesra alam.
“Kami begitu teruja untuk memulakan perjalanan ini dan menantikan saat untuk meraikan bersama pemenang bertuah nanti,” katanya.
Menerusi cabutan bertuah itu, selain hadiah utama yang ditawarkan, peserta juga berpeluang untuk memenangi pelbagai ganjaran menarik.
Bagi yang berminat, peraduan ini sudah berlangsung dan akan berakhir sehingga 31 Oktober ini namun peraduan ini hanya diadakan di pusat beli-belah CapitaLand yang terpilih.
CABUTAN BERTUAH SMART!
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, smart Malaysia memperkenalkan program yang menarik iaitu Cabutan Bertuah Bulanan smart.
Untuk mengambil bahagian dalam cabutan ini, anda hanya perlu memuat turun dan mendaftar di Aplikasi Hello smart. Peraduan ini bukan sahaja menawarkan cabutan bertuah, tetapi juga memberikan pengalaman interaktif yang lebih bermakna. Ia membolehkan pelanggan berinteraksi dengan aplikasi smart.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi CapitaLand Malls atau ikuti smart Malaysia di Facebook (smart Malaysia) dan Instagram (smart.malaysia).
Gallery

Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari