Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Banjir Kilat Di Selangor Tiada Kesudahan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Gara-gara hujan lebat sejak awal pagi tadi, beberapa daerah  di Selangor dilanda banjir kilat lagi! Antara daerah terbabit ialah Sungai Buloh, Petaling Jaya dan Subang Jaya. 

Susulan itu, beberapa kereta terperangkap dalam banjir manakala setakat ini,  86 rumah dikatakan terjejas, namun tiada mangsa dipindahkan.

Perkara itu disahkan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar.

image.png

"Di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh sebanyak 80 buah rumah telah dinaiki air dengan kedalaman tiga kaki tetapi paras air dilaporkan semakin surut.

"Manakala, di Kampung Baru Sungai Buloh pula enam buah rumah dinaiki air sedalam dua kaki tetapi mangsa yang terlibat enggan berpindah berikutan air menunjukkan trend menurun," katanya.

Sejak kebelakangan ini, kejadian banjir di Selangor dilihat macam tiada kesudahan. Baru hujan lebat dua jam, beberapa kawasan di Selangor sudah dinaiki air.

image.png

Situasi ini terbukti apabila semakin banyak kawasan yang membangun dilanda banjir kilat. Selain itu, kelemahan sistem perparitan dan penyelenggaraan longkang turut menjadi punca banjir kilat.

Ditambah pula dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab, membuang sampah, sisa bahan industri di dalam saluran perparitan sehingga tersumbat dan menyebabkan banjir kilat.

Faktor-faktor memburukkan lagi banjir di negara ini tidak seharusnya diambil ringan. Diharapkan, Kerajaan Negeri Selangor perlu memberi fokus utama kepada isu banjir di Selangor yang tiada kesudahan ini!

Gallery

Tag:

Selangor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Chery Labur RM2.2 Bilion Tubuhkan Ekosistem Automotif Pintar Lengkap Di Selangor

Syarikat automotif dari China, Chery, memperluaskan pengaruhnya di Malaysia dengan tumpuan terhadap negeri Selangor.

24-09-2025
Berita Auto

Selangor Akan Perluas Perkhidmatan Van Transit Atas Permintaan Ke Seluruh Negeri

Perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT) yang dilancarkan baru-baru ini akan diperluaskan oleh kerajaan negeri Selangor

09-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026