Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Cendana Auto Mulakan Pembuatan Kenderaan Taktikal Untuk ATM

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Syarikat pengeluar kenderaan taktikal tempatan, Cendana Auto Sdn Bhd akan memulakan pembuatan pelbagai jenis kenderaan taktikal Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Memetik kenyataan Ketua Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan Pembuatan Cendana Auto, Shahrinoldin Othman, di Bernama sebagai berkata: pengeluaran akan dimulakan selepas unit pertama atau First Unit Vehicle (FUV) bagi setiap varian diuji dan disahkan oleh pihak berkuasa.

Menurutnya, syarikat itu  dianugerahkan beberapa kontrak oleh Kementerian Pertahanan, melibatkan penyediaan sebanyak 46 unit GS Cargo untuk Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 82 unit GS Cargo untuk Tentera Darat, empat unit Kenderaan Pembawa Misil Starstreak serta 18 unit Kenderaan Pembawa Mortar.

image.png

"Kita menyasarkan kadar pengeluaran antara 18 hingga 25 unit sebulan bagi memenuhi kontrak baharu yang diperoleh tahun ini daripada ATM. Semua kenderaan ini akan diserahkan secara berperingkat dan dijadualkan siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun seperti yang ditetapkan dalam kontrak,

"Bagaimanpun, kami menjangkakan akan menyiapkan semua tempahan ini dalam masa setahun setengah, lebih awal daripada tempoh kontrak sebenar iaitu dua tahun," katanya.

Antara yang telah dihantar untuk kegunaan ATM ialah 30 unit (FFR) Fitted For Radio untuk Markas Angkatan Bersama (MAB) bagi menjalankan misi MALBATT-UN di Lubnan, 40 unit FFR bagi Tentera Darat, 102 unit Kenderaan Pembawa Mortar bagi Tentera Darat berserta peralatan lengkap pelancar mortar 81mm, 49 unit Kenderaan Pembawa Senjata (KPS)

Cendana Auto sebelum ini telah menghasilkan hampir 500 unit kenderaan sejak tahun 2020, merangkumi pelbagai varian untuk kegunaan ketenteraan dan sektor bukan ketenteraan dengan kesemua kenderaan direka dan dibangunkan sepenuhnya di dalam negara, melibatkan jurutera tempatan serta pelatih institusi TVET.

Gallery

Tag:

Cendana Auto
ASEAN Transport Ministers (ATM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026