Link Copiedcheck_circle
Global

Chery Perkenal Model Pertama Dari Jenama Baharu, Lepas L8 – Tiggo 8 Plus Jadi Inspirasi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Chery-Lepas-L8-Launch---PR-Newswire.jpg


Chery Group, pengeluar kenderaan eksport terbesar China, terus agresif memperluaskan empayar automotifnya dengan pelbagai subjenama baharu. Terbaru, Chery memperkenalkan jenama ‘Lepas’, yang disasarkan kepada golongan elit bandar generasi baharu khas untuk kegunaan keluarga.


Maksud Jenama ‘Lepas’


Menurut Chery, nama ‘Lepas’ adalah gabungan perkataan leap (melompat) dan passion (semangat), yang melambangkan tenaga, semangat hidup dan keseimbangan antara elegan serta keberanian. Matlamatnya adalah untuk tampil sebagai jenama yang dinamik, moden, namun kekal bergaya.


Model Pertama: SUV Crossover Lepas L8 


Caricarz-MBA-Chery-Lepas8-Concept-11.jpgCaricarz-MBA-Chery-Lepas8-Concept-3.jpg


Selepas dilancarkan secara rasmi pada Oktober 2024, Lepas kini tampil dengan model pertama, iaitu Lepas L8, yang telah dikeluarkan dari barisan pemasangan baru-baru ini.


Walaupun maklumat rasmi masih terhad, laporan mendedahkan model ini berkongsi banyak elemen reka bentuk dan teknologi dengan Chery Tiggo 8 Plus, sebuah SUV bersaiz sederhana yang laris di China.


Enjin Turbo dan Varian PHEV 


Caricarz-MBA-Chery-Lepas8-Concept-4.jpgCaricarz-MBA-Chery-Lepas8-Concept-14.jpgCaricarz-MBA-Chery-Lepas8-Concept-6.jpg


Sekiranya benar L8 dibangunkan berdasarkan model Tiggo 8 Plus, kita boleh jangkakan pilihan enjin petrol turbo 1.6L atau 2.0L yang masing-masing menghasilkan 194 hp / 290 Nm dan 251 hp / 390 Nm. Pilihan transmisi pula dijangka sama, iaitu DCT 7 kelajuan untuk varian 1.6L dan automatik 8 kelajuan untuk enjin 2.0L.


Menariknya, varian hibrid plug-in (PHEV) juga sedang dibangunkan, dan dipercayai menggunakan sistem hibrid yang sama seperti model Jaecoo J7 PHEV.


Fokus Eksport: Asia Tenggara Termasuk Malaysia?


Laporan dari portal automotif China turut menyatakan bahawa Chery mahu menjadikan Lepas sebagai jenama eksport utama, sama dengan strategi syarikat untuk Omoda dan Jaecoo. Antara pasaran utama yang disasarkan termasuk Asia Barat, Amerika Latin dan Asia Tenggara, termasuk Malaysia.


Lebih Banyak Akan Didedahkan Di Auto Shanghai 2025 


Maklumat lanjut mengenai spesifikasi penuh dan harga rasmi dijangka diumumkan dalam masa terdekat, kemungkinan besar sewaktu pameran Auto Shanghai 2025 yang berlangsung minggu ini.

Baca: Perang Tarif AS-China: Malaysia Jadi Tumpuan Baru Gergasi Automotif China?

Caricarz-MBA-Chery-Lepas8-Concept-13.jpg

Tag:

Chery Group
Lepas
Chery Lepas L8
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Chery Kini Syarikat Automotif China Pertama Capai Eksport 5 Juta Unit, Lebih 17 Juta Pengguna

Chery muncul sebagai jenama automotif China pertama yang telah mengeksport lima juta kenderaan secara global. P

05-08-2025
Berita Auto

Majlis Pengeluaran Serentak, Chery Rai Pengeluaran Model Tiggo 8 Yang Ke-15 Juta

TIGGO 8 dibangunkan dari kilang pembuatan Chery Brazil, yang menyumbang kepada pencapaian kenderaan ke-15 juta.

30-10-2024
Berita Auto

Lebih 1.2 Juta Kenderaan Terjual Tahun 2022, Ini Strategi Kejayaan Chery...

Chery capai jualan lebih 100,000 unit secara berturut-turut selama lapan bulan sejak Jun 2022 termasuk Januari tahun ini.

21-02-2023
Global

Chery Group Catat Rekod Tersendiri Dari Segi Jualan, Eksport

Chery Group melawan trend untuk berjaya di persada antarabangsa.

16-02-2023
Berita Auto

Chery Jual Lebih 1.2 Juta Unit Tahun 2022! Lebih 451K+ Unit Dieksport!

Syarikat automotif daripada negara China ini mencapai jumlah jualan lebih daripada 1 juta unit dalam tempoh setahun,

16-01-2023
Kereta Baru

Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.

01-01-2026
Berita Auto

Lepas Bakal Masuk Malaysia, Model L6,L8 Bakal Dilancar

Beberapa model daripada jenama Lepas akan memasuki pasaran tempatan, tidak lama lagi.

20-11-2025
Global

Jenama 'Lepas' Sah Tembusi Pasaran Indonesia – SUV L8 Model Pertama

Subjenama baharu Chery, Lepas, kini membuat kemunculan antarabangsa pertamanya di Indonesia di pameran Gaikindo Indonesia International Motor Show (GIIAS) 2025.

25-07-2025

Berita Terkini

Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026