Link Copiedcheck_circle
Global

GAC Honda P7 Diperkenalkan Di China – Dari RM130K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

kv6.jpg


Syarikat usaha sama automotif China, GAC Honda secara rasmi telah melancarkan SUV elektrik terbarunya, P7, untuk pasaran China dengan harga bermula dari RMB199,900 hingga RMB249,900 (kira-kira RM130,400 hingga RM162,900).


Reka Bentuk Futuristik dan Aerodinamik


GAC Honda P7 menampilkan reka bentuk yang moden dan aerodinamik, termasuk garis bumbung melengkung, pemegang pintu tersembunyi dan cermin sisi berasaskan kamera. 


img4s.jpg


Reka bentuk ini bukan sahaja membuatkan kereta tampil bergaya tetapi juga meningkatkan kecekapan aerodinamik. Dengan dimensi 4,750 mm panjang, 1,930 mm lebar dan 1,625 mm tinggi serta jarak roda 2,930 mm, P7 menawarkan ruang dalaman yang luas, melebihi beberapa pesaing dalam segmennya seperti Tesla Model Y. 


Model ini didatangkan standard rim berukuran 19 inci, sementara varian lebih tinggi diberikan rim 21 inci. Lima pilihan warna ditawarkan iaitu ungu, biru, perak, putih dan hitam.


Kabin Canggih dengan Teknologi Terkini


imga12.jpg


Di dalam, P7 dilengkapi dengan skrin digital 9.9 inci di belakang stereng, skrin sentuh tengah 12.8 inci, dan paparan tambahan 10.25 inci. Sistem papar pandu realiti terimbuh (AR HUD) 41.9 inci memaparkan maklumat pemanduan penting terus ke cermin hadapan.


img5s.jpgimg1s.jpgimg2s.jpgimg6s.jpg


Untuk hiburan, sistem audio premium Bose yang terdiri daripada 16 pembesar suara disediakan. Selain itu, sambungan yang ditawarkan ialah Apple CarPlay, Baidu CarLife dan Huawei HiCar.


Prestasi Mengagumkan dengan Dua Pilihan Kuasa


P7 ditawarkan dalam dua varian iaitu motor tunggal yang dipasangkan pada gandar belakang (2WD) berkuasa 268 hp (200 kW) dan tork 420 Nm. Dengan cas penuh, bateri NMC 89.8 kWj yang digunakan dapat memberikan jarak pemanduan sehingga 650 km berdasarkan piawaian CLTC.


Varian lebih tinggi, dwi-motor pacuan semua roda (AWD) menawarkan output keseluruhan 469 hp (350 kW) dan tork 770 Nm. Pecutan 0-100 km/j dicapai dalam 4.6 saat, dengan jarak pemanduan sehingga 630 km berdasarkan piawaian CLTC.  


Harga Kompetitif


Dengan pengeluaran secara tempatan di negara China di bawah syarikat GAC, Honda dapat menawarkan kenderaan pada harga yang kompetitif kepada pembeli kenderaan elektrik (EV) di China, menerusi gabungan rekaan, teknologi, jarak perjalanan dan prestasi yang menarik.

Sumber: CarNewsChina

Baca: Honda e:N1 Dibuka Untuk Tempahan, Boleh Gerak Sejauh 500 KM


Tag:

GAC Honda
GAC Honda P7
GAC
Honda
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

19-01-2026
EV

17-04-2024
EV

20-11-2023
Berita Auto
Berita Auto

29-01-2026
Global

19-01-2026

Berita Terkini

Global

Ora Good Cat Kini Tinggal Kenangan Di Thailand – Malaysia Bakal Terima Nasib Yang Sama?

Berita mengejutkan datang dari negara jiran utara kita. GWM Thailand dilaporkan telah menghentikan pengeluaran dan jualan model EV popular, Ora Good Cat

04-02-2026
Global

Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit

Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.

03-02-2026
Global

Mercedes-Benz S-Class (W223) Facelift Kini Lebih Hebat! Enjin V8 Terbaru & Teknologi AI

Selepas hampir enam tahun mendominasi pasaran limosin mewah dunia, Mercedes-Benz akhirnya mendedahkan wajah baharu bagi model S-Class (W223) Facelift.

30-01-2026
Global

Honda Prelude Lancar Di Indonesia – Terhad, Dari RM240K, Malaysia Seterusnya?

Indonesia nampaknya 'memintas' jiran-jiran di rantau ASEAN apabila secara rasmi melancarkan Honda Prelude generasi keenam.

28-01-2026
Global

Chery China Panggil Semula Tiggo 7 & Jaecoo J7, Versi Malaysia Selamat

Gergasi automotif China, Chery, baru-baru ini telah mengumumkan pemanggilan semula sebahagian kecil unit dua model SUV.

27-01-2026
Global

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.

23-01-2026
Global

Pengeluaran Pertama Geely EX2 Bermula Di Indonesia

Pemasangan tempatan (CKD) bagi Geely EX2 yang dikatakan sebagai ‘kembar’ kepada Proton e.MAS 5 dan dipasarkan sebagai Geely Xingyuan di China telah pun bermula di Indonesia, baru-baru ini.

23-01-2026
Global

Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.

22-01-2026