- Berita
- Berita Auto
- Kempen Proton Drive2Believe Tawar Hadiah Proton e.MAS 7

Orang ramai berpeluang memenangi Proton e.MAS 7 dengan menyertai kempen pandu uji, Proton Drive2Believe yang diadakan sejak 1 April lalu.
Bagi yang berminat, anda boleh memandu uji mana-mana model petrol PROTON yang dijual ketika ini di cawangan Proton di seluruh negara.
Berikut perinciannya:
1. Pandu Uji – Kujungi mana-mana cawangan PROTON dan nikmati keseronokan memandu mana- mana model petrol yang dijual pada masa ini.
2. Ambil Gambar &Kongsi – Pengurus pemasaran Proton akan mengambil gambar bersama dengan peserta, unit kereta pandu uji dan replika papan kempen yang disediakan oleh Proton.
3. Menangi Hadiah Bulanan – 280 pemenang bertuah bulanan akan mendapat kad minyak RM100 melalui cabutan langsung dalam talian untuk penyertaan yang mendaftarkan kereta.
4. Sasar Hadiah Utama Bulanan! – Pemenang bulanan yang mencipta video 60 saat dan berkongsi pengalaman memandu kereta PROTON yang baru dibeli di platform media sosial sendiri berpeluang memenangi e.MAS 7.
5. Gandakan Tuah Anda – Finalis yang tidak memenangi Cabutan Bertuah Utama pada pusingan pertama akan dimasukkan ke dalam Sesi Cabutan Bertuah Utama seterusnya sehingga kempen berakhir.
Kempen ini akan berakhir pada 30 Jun ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah menyifatkan kempen itu lebih daripada sekadar pandu uji.

“Kami sebenarnya mahu semua orang merasai kecemerlangan PROTON secara langsung selain merasai kuasa, ketepatan, dan semangat di sebalik semua kenderaan kami, di mana pelanggan boleh pulang sebagai orang yang percaya, PROTON bersedia untuk anda semua,” katanya dalam satu kenyataan.
Anda boleh melayari laman web di https://www.proton.com/en/offers/test-drive-2-believe untuk mengetahui lebih terperinci mengenai kempen terbabit.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/