Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MG S5 Bakal Dilancar Mei Depan Tetapi ROI Telah Dibuka

Suhana Veru

4-4-2025

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, MG Motor Malaysia (SAIC Motor Malaysia) telah pun  mendedahkan teaser model baharu MG S5 elektrik dan dalam diam juga mereka telah membuka pendaftaran minat (ROI) melalui laman web rasmi mereka.

Untuk itu, model berkenaan disahkan akan dilancarkan pada Mei 2025!

image.png

Berdasarkan imej yang disiarkan itu, MG Motor Malaysia dilihat tidak begitu banyak mendedahkan butiran mengenai model baharu itu.

Biarpun, tiada petunjuk namun model yang akan dilancarkan itu mungkin mempunyai persamaan dengan MG S5 yang sudah pun dijual di Thailand, pada bulan lepas.

Di pasaran Thailand,  MG S5 EV mempunyai panjang kira-kira 4,476 mm dengan jarak roda 2,730 mm, lebar 1,849 mm dan tinggi 1,621 mm.

Melihat ukuran dimensinya, ini bermakna saiz  MG S5 ini sebenarnya sama dengan pesaing terdekatnya,  BYD Atto 3 dan Honda e:N1.

image.png

Selain itu, ruang but  MG S5 elektrik yang dijual di Thailand adalah 542 liter tetapi boleh dibesarkan menjadi 1,441 liter, jika kerusi belakang direbahkan. 

image.png

Buat masa ini, tiada butiran lanjut mengenai varian yang didedahkan tetapi MG Motor Malaysia mengesahkan mengenai kehadiran pengecas on-board (OBC) yang menerima input pengecasan DC 150 kW dimana ia menjanjikan pengecasan bateri dari 10-80% dalam masa 30 minit sahaja.

image.pngimage.png

Berdasarkan maklumat terbaru, MG Motor Malaysia nampaknya bakal menawarkan MG S5 EV dalam varian ‘Long Range’, seperti yang sudah dijual di Thailand! 🔥

Dalam pasaran tersebut, varian ini memuatkan pek bateri jenis NMC berkapasiti 64 kWj yang turut menerima input pengecasan AC 11 kW.

Untuk pasaran Thailand, varian Long Range yang disumbat dengan motor tunggal mampu menghamburkan kuasa setakat  245 PS dan 350 Nm.

Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 km.j hanya dalam masa  6.1 saat boleh bergerak sejauh  550 kilometer dengan hanya sekali cas.

image.pngimage.pngimage.png

Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan lampu depan, belakang jenis LED, rim aloi 18 inci, kerusi dibaluti dengan material kulit dan boleh dilaraskan secara automatik.

image.pngimage.png

Seperti mana kebanyakan EV dari China, MG S5 EV juga bakal hadir dengan teknologi digital yang terkini untuk pemanduan lebih pintar dan selesa.

Maka, tidak hairanlah ia mungkin hadir dengan  infotainmen 12.8-inci, ada sokongan Apple CarPlay dan paparan kamera pandangan sekeliling 3D Android Auto serta panel instrumen digital 10.25-inci.

image.pngimage.png

Biarpun, MG Motor Malaysia tidak memberi sebarang bayangan, kami  menjangkakan model ini akan hadir dengan pemanduan separa autonomi Tahap 2+ untuk varian lebih tinggi.

Bagaimanapun, harga dan waranti untuk model ini hanya akan diketahui sejurus pelancarannya nanti.

image.png

Apa pula pandangan anda mengenai model terbaharu MG Motor ini?

Gallery

Tag:

MG Motor Malaysia
MG S5 EV
MG S5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ada Berita Baik Bagi Yang Nak Beli MG Sebab Ada Penjimatan Eksklusif

MG Motor Malaysia menawarkan penjimatan eksklusif sempena Hari Raya Aidilfitri.

07-03-2025
Kereta Baru

Roadster Elektrik MG Cyberster Kini Di Malaysia – Capai 496 HP, Dari RM319,900

Setelah tempahannya dibuka Oktober lalu, SAIC Motor Malaysia (MG Motor Malaysia) hari ini telah melancarkan EV terbarunya, MG Cyberster, secara rasmi untuk pasaran tempatan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

04-12-2024
EV

Bateri EV Tercanggih Setakat Ini Bakal Digunakan Pada MG Cyber GTS? – Pelancaran 2025 Nanti

SAIC mengesahkan bahawa model MG terbaru yang akan dilancarkan pada suku kedua 2025 bakal menggunakan bateri keadaan pepejal.

09-09-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

SAH: GWM Tank 500 HEV Bakal Dilancar Di MAS 2025, Pada 8 Mei Ini

GWM Malaysia mengesahkan GWM TANK 500 HEV akan dilancarkan secara rasminya di MAS 2025.

02-05-2025
Kereta Baru

Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000

Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).

29-04-2025
Kereta Baru

Dilancar: Toyota Yaris GR 2025, Transmisi 8AT -RM325,600

UMWT kini menawarkan Toyota Yaris GR 2025 dengan transmisi 8AT.

28-04-2025
Kereta Baru

Jetour X70 Plus Tukar Nama Kepada Jetour VT9, Ini Sebabnya...

Nama rasmi untuk model baharu Jetour yang sebelum ini dikenali sebagai X70 Plus telah pun disahkan, ia kini dikenali sebagai Jetour VT9.

17-04-2025
Kereta Baru

Honda e:N1 Dibuka Untuk Tempahan, Boleh Gerak Sejauh 500KM, Bakal Dilancar Suku Kedua 2025

Crossover serba elektrik ini boleh ditempah melalui laman web tempahan rasmi Honda Malaysia.

15-04-2025
Kereta Baru

Ditayang: GWM Tank 500 HEV, Tempahan Sudah Dibuka, Harga Anggaran RM350K

GWM Malaysia telah membuka tempahan awal untuk GWM TANK 500 HEV, dengan harga anggaran di bawah RM350,000.

15-04-2025
Kereta Baru

Defender V8 Dilancar, Harga Bermula Dari RM998,000

JLRM melancarkan Defender V8 di pasaran Malaysia, semalam.

15-04-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre, Hanya 50 Unit Dijual Di Malaysia

BMW Group Malaysia meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik BMW 3 Series dengan memperkenalkan BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre.

14-04-2025