Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nahas Terowong Menora: Polis Sedang Kesan Pemandu Langgar Ibu Hamil

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tular satu klip video yang menunjukkan sebuah Mitsubishi Xpander berwarna merah yang sedang memecut laju melanggar seorang mangsa kemalangan yang tercampak dari kereta berhampiran Terowong Menora, Ipoh pada Ahad lalu.

Rakaman papan pemuka itu turut menunjukkan  kenderaan  terbabit tidak berhenti untuk memberikan bantuan, sebaliknya meneruskan perjalanan.

Untuk itu, polis sedang mengesan pemandu kereta berkenaan untuk membantu siasatan.

image.png

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata pihaknya bersama PLUS masih mengesan kenderaan berkenaan dan siasatan lanjut dijalankan termasuk dakwaan berlakunya kecurian barang milik mangsa sewaktu kejadian terbabit yang tular dalam media sosial.

image.png

"Kita sebenarnya dalam siasatan lagi dan sedang mencari dia (pemandu), (dipercayai) bukanlah langgar lari mungkin dia (pemandu) tidak sempat nak mengelak.

"Jadi, kita dengan PLUS cuba nak tengok nombor plat kenderaan menerusi CCTV (kamera litar tertutup) dan perkara itu masih dalam siasatan kami," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap pemandu kenderaan berkenaan tampil bagi membantu siasatan dan kenyataan media akan dikeluarkan apabila maklumat lengkap diperoleh.


Gallery

Tag:

Terowong Menora
Ipoh
kemalanganmaut
Mitsubishi Xpander
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Terowong Menora: Trak ATM Masuk Gaung, Seorang Anggota ATM Terkorban

Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut selepas trak dinaiki bersama enam yang lain terjunam ke dalam gaung di Kilometer 257 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora, Perak semalam.

02-10-2025
Berita Auto

Terowong Menora: 3,000 Saman Awas Direkod Di Terowong Menora Setiap Hari

Biarpun, Terowong Menora paling banyak merekodkan kesalahan had laju, negeri Selangor sebenarnya mencatatkan bilangan notis saman Awas keseluruhan paling tinggi di negara ini.

30-09-2025
Berita Auto

Tragedi Terowong Menora: 2 Maut

Dua beranak terkorban dalam kemalangan di Terowong Menora.

31-03-2025
Berita Auto

Projek Bina Lebuh Raya Gopeng-Kuala Kangsar Bermula 6 Bulan Lagi

Pembinaan lebuh raya ini bertujuan untuk mengelakkan terowong Menora.

28-02-2025
Berita Auto
Berita Auto

PLUS Sesak Kaw, Kaw

Treler terbakar: Lebuhraya PLUS arah utara sesak teruk.

01-09-2023
Berita Auto

Ada Berita Baik, Anda Tidak Perlu Guna Lagi Terowong Menora Jika Ke Utara, Ada Jalan Pintas!

Kerajaan sudah meluluskan cadangan membina jalan pintas sebagai laluan alternatif kepada kenderaan supaya tidak melalui Terowong Menora, Perak.

21-06-2022
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026