Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Performance Motors Malaysia Kini Urus Pusat Pengedar BMW, MINI

Suhana Veru

Kongsi melalui

BMW-Group-Malaysia-introduces-New-Dealer-Partner,-Performance-Motors-Malaysia.-.jpg

Sime Motors dan Ingress Corporation Berhad menjalinkan kerjasama untuk mengendalikan dan menguruskan dua pusat pengedaran BMW serta satu pusat pengedaran MINI di bawah entiti baharu yang dikenali sebagai Performance Motors Malaysia.

03.-BMW-Group-Malaysia-introduces-New-Dealer-Partner,-Performance-Motors-Malaysia.jpg

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, pihaknya mengalu-alukan usaha sama antara Sime Motors dan Ingress Corporation Berhad, yang akan menguatkan lagi  hubungan pelanggan terhadap jenama BMW dan MINI di Malaysia.

"Penubuhan Performance Motors Malaysia menunjukkan komitmen rangkaian pengedar kami untuk terus berinovasi serta menyediakan perkhidmatan dan ketercapaian terbaik untuk pelanggan. 

"Kami yakin bahawa kerjasama ini akan membuka lebih banyak peluang untuk menawarkan Pengalaman Pemilikan Premium yang merupakan ciri utama jenama BMW dan MINI, serta mengukuhkan lagi kehadiran kami di lokasi-lokasi utama di seluruh negara,” katanya.

02.-BMW-Group-Malaysia-introduces-New-Dealer-Partner,-Performance-Motors-Malaysia.JPG

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Ingress Corporation BerhadMohd Sirajuddean Ab Rahim turut berbesar hati untuk terus memacu konsistensi dan kemajuan terhadap kehadiran dalam industri automotif premium di Malaysia menerusi penubuhan Performance Motors Malaysia.

"Melalui kerjasama dengan Sime Motors, visi bersama kami adalah untuk membangunkan kemudahan canggih bertaraf dunia, perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang, serta pengalaman pelanggan yang lancar dalam segmen premium industri automotif Malaysia.

"Dengan memanfaatkan kekuatan gabungan dua organisasi serta pengalaman bersama jenama yang diwakili oleh BMW Group, kami optimis dalam memenuhi keperluan pemilik BMW dan MINI yang semakin meningkat, selain  memacu pertumbuhan dalam pasaran automotif premium," katanya.

Sehubungan itu,   bagi urusan jualan dan perkhidmatan, pelanggan boleh mengunjungi lokasi Performance Motors Malaysia berikut:

snip-1.png

snip-2.png



Tag:

BMW Malaysia
Ingress Corporation Berhad
MINI
Sime Motors
BMW Performance Motors Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

20-06-2025
Berita Auto

06-03-2025
Pandu Uji

13-02-2025
Berita Auto

16-01-2025
Kereta Baru

16-01-2025
Berita Auto

28-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026