- Berita
- Berita Auto
- Projek ECRL: Bakal Pacu Ekonomi Di Pantai Timur
Nampaknya, penyiapan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menjelang akhir 2027 di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dijangka membuka potensi pembangunan di pantai Timur Semenanjung.
Perkara itu didedahkan Presiden Kaukus Inisiatif Jalur dan Laluan untuk Asia Pasifik (BRICAP) Tan Sri Ong Tee Keat. Menurutnya, ia juga dijangka menarik lebih banyak pelaburan dari China.
Beliau turut menjangkakan projek terbabit bakal meningkatkan hubungan logistik di antara pantai Barat dengan Timur Semenanjung.
"Fasa baharu pembangunan BRI berkualiti tinggi akan memberi rangsangan baharu kepada projek "Dua Negara, Taman Berkembar" dengan kemasukan pemacu ekonomi baharu dalam peralihan digital dan hijau dari China.
"Kerjasama dalam teknologi boleh baharu dengan penyertaan Contemporary Amperex Technology Co. Ltd (CATL) dari China serta penempatan hab ASEAN Huawei di Malaysia merupakan petanda positif untuk memperkasa Malaysia dalam merealisasikan agenda pembangunan mampannya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu temu bual bersama Global Times di Beijing, China baru-baru ini.
Seperti diketahui umum, Fasa 1 ECRL merentasi dari Kota Bharu di Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak di Selangor yang dijadualkan siap pada Disember 2026 dengan operasinya dijangka bermula pada Januari 2027.
Fasa 2 akan menghubungkan Gombak dengan Pelabuhan Klang dan dijangka siap pada Disember 2027 selain operasinya bermula pada Januari 2028.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari