Link Copiedcheck_circle
Global

Tarif Naik Lagi: AS Bakal Kenakan Tarif 245% Pada China

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, ketegangan antara Amerika  Syarikat (AS) dengan China masih belum pulih apabila AS  mengesahkan bahawa pihaknya akan mengenakan tarif setinggi 245 peratus ke atas produk yang diimport dari China  yang dibawa masuk ke AS.

Langkah itu diambil  berikutan arahan pentadbiran terbaharu Presiden Trump yang melancarkan siasatan keselamatan negara terhadap import bahan mentah penting.

Jadi, China kini berdepan tarif sehingga 245 peratus ke atas import ke AS susulan tindak balas perdagangan mereka.

image.png

"Lebih 75 negara telah menghubungi AS untuk merundingkan perjanjian dagang baharu. Sehubungan itu, tarif yang lebih tinggi terhadap negara-negara lain kini ditangguhkan bagi memberi laluan kepada rundingan, kecuali China yang bertindak balas,"' kata laporan tempatan.

Walaupun kadar tarif sebenar tidak dinyatakan secara terperinci, kenyataan itu memberi bayangan bahawa kadar tertinggi boleh mencecah 245 peratus.

Sebagai tindak balas, China minggu lalu menaikkan tarif ke atas produk AS sehingga 125 peratus, manakala Presiden Trump pula menaikkan tarif ke atas barangan dari China kepada 145 peratus namun mengenakan tempoh penangguhan 90 hari bagi tarif ke atas produk dari negara-negara lain. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026