- Berita
- Berita Auto
- Bengkel Kereta Terbakar: 20 Kereta, 3 Motosikal Terbakar
Bengkel Kereta Terbakar: 20 Kereta, 3 Motosikal Terbakar
Kira-kira 20 buah kereta termasuk tiga motosikal musnah terbakar di sebuah bengkel membaiki kenderaan berdekatan Lebuhraya Bukit Jalil, Bandar Puchong Jaya, Selangor semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu sekitar jam 10.56 pagi.
Pasukan bertugas segera menjalankan kerja-kerja pemadaman dan semakan awal mendapati kebakaran melibatkan 20 buah kereta serta tiga motosikal di dalam di premis itu.
"Insiden itu tidak melibatkan mangsa dan jumlah kerugian masih serta punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari