Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bilik Pameran Baharu: Brabus Buka Bilik Pameran Di KL, 1 Daripada 25 Porsche Brabus 900 Rocket R Ditunjuk

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.pngimage.png

Brabus baru sahaja membuka bilik pameran baharu di Pusat Beli-Belah  Hamawangsa Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, semalam.

Ia dikendalikan  oleh pembekal alat ganti tempatan, Nazamax Sdn Bhd. Fasiliti baharu ini turut menampilkan  salah satu model edisi terhad terbaharu iaitu Porsche Brabus 900 Rocket R.

image.png

Untuk makluman, Porsche Brabus 900 Rocket R diasaskan berdasarkan Porsche 911 Turbo S generasi 992.

Model ini dikhabarkan  mampu menghamburkan kuasa setakat 900 PS (662 kW atau 888 hp) dan tork sehingga 1,000 Nm, kerana menggunakan enjin  3.8 liter yang dipertingkat dengan pengecas turbo kembar berprestasi tinggi.

image.pngimage.png

Untuk itu, model ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 2.5 saat, manakala pecutan  dari 0-200 km/j boleh dicapai masa 7.2 saat  sebelum mencapai had elektronik pada 340 km/j.

image.pngimage.png

Bagi menyokong trenkuasa yang ekstrem ini, 900 Rocket R turut menerima beberapa penambahbaikan termasuk bahagian prestasinya.

Ia dilengkapi dengan  kit badan gentian karbon Brabus Widestar rekaan khas yang menampilkan peresap belakang agresif, spoiler hadapan yang lebih menonjol, spoiler belakang, dan banyak lagi.

Selain itu, 900 Rocket R juga dipasang dengan rim istimewa Brabus Monoblock P "Edisi Platinum" bersaiz 21/22 inci dengan kemasan gentian karbon, serta hadir denan tayar Continental SportContact 7 khusus untuk menawarkan kawalan cengkaman yang cukup baik.

image.pngimage.png

Sentuhan Brabus turut meliputi bahagian dalaman 900 Rocket R, di mana  tempat duduk pemandunya jenis bucket serta hadir dengan ukiran  logo Brabus, serta corak jahitan unik “Ellipse” yang meliputi seluruh bahagian kabin.

Terdapat juga  konsol tengah, bahagian pintu bersalut dengan gentian karbon, pad pedal aluminium anod, dan pelbagai elemen eksklusif lain.

Selain penampilan mewah, apa yang menjadikan Porsche Brabus 900 Rocket R ini begitu istimewa ialah hanya terdapat  25 unit  yang dihasilkan di seluruh dunia.

Lebih mengagumkan, ini satu-satunya unit yang didapati di Malaysia, dan ia juga merupakan satu-satunya versi pacuan kanan (RHD) model 900 Rocket R di dunia sekali gus  menjadikannya model satu-dengan-satu yang benar-benar unik.

  image.png

Seperti dijangka, model 900 Rocket R versi RHD ini telah pun ditempah. Harganya  mencecah €649,900 (sekitar RM3.11 juta) dan harganya itu  dilihat cukup berbaloi dan munasabah dengan bahagian luarannya yang cukup sporty serta hamburan kuasanya yang cukup mantap.

image.pngimage.png

Selain model 900 Rocket R yang eksklusif ini, bilik pameran Brabus Kuala Lumpur turut menawarkan pelbagai pakej naik taraf dan alat ganti Brabus untuk pelbagai model, termasuk dari A-Class generasi W117 hinggalah S-Class W223 dan juga model G-Class.

Tidak ketinggalan, Brabus Kuala Lumpur juga bekerjasama dengan smart Malaysia (PRO-NET) ketika mendedahkan edisi terhad smart #1 Brabus sempena  Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang diadakan baru-baru ini.


Gallery

Tag:

Porsche Brabus 900 Rocket R
Brabus 900 Rocket R
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026