Link Copiedcheck_circle
Global

Dilancar: Geely Radar King Kong EM-P PHEV Sudah Mula Dijual Di China

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Trak pikap Radar King Kong  EM-P versi Plug-in hybrid (PHEV) sudah pun dilancarkan di China baru-baru ini. Perkataan ‘EM-P’ sebenarnya merujuk bahawa model ini adalah versi hybrid. 

Bagaimanapun, Geely sudah pun melancarkan trak pikap adar King Kong versi elektrik pada Disember lalu.

image.pngimage.png

Dari segi saiz, adar King Kong EM-P sebenarnya sama sahaja dengan versi elektrik. Ia  berukuran 5,260 MM panjang dengan jarak roda 3,120 MM, 1,900 MM lebar dan 1,865 MM tinggi.

Versi jarak roda panjang juga ditawarkan, dengan ukuran panjang 5,500 MM dan jarak roda dilanjutkan kepada 3,130 MM.

Selain saiz dan rupa yang serupa, perbezaannya cuma dari trenkuasanya. Ini kerana King  Kong EM-P disumbat dengan petrol 1.5 liter turbo, dua motor elektrik,  pek bateri LFP 19.09 kWh, serta transmisi hibrid khusus ‘3DH’.

Untuk itu, Radar King Kong EM-P mampu menghasilkan kuasa setakat 349 HP dan tork 914 NM. Dengan setiap pengisian penuh tangki bahan api 60 liter, Geely mendakwa trak pikap plug-in ini mampu mencapai jarak gerak (petrol, elektrik) sehingga 1,068 KM (mengikut piawaian CLTC).

Dari aspek prestasi, Geely mendakwa ia mampu memecut dari 0-100 KM/J hanya dalam masa 6.3 saat, manakala pecutan dengan beban penuh 1,000 KG dalam masa 8.6 saat.

Sudah menjadi lumrah, kecekapan bahan api menjadi keutamaan dalam mana-mana sistem hibrid.

image.pngimage.png

Maka, Radar King Kong EM-P juga  tidak terkecuali. Geely mendakwa penggunaan bahan api untuk model ini adalah 1.5 liter untuk setiap 100 KM namun apabila baterinya habis,  iaa masih boleh mencapai penggunaan petrol 6.4L/100 km.

Apa yang penting, separuh elektrifikasinya  menyokong  fungsi Vehicle-to-vehicle (V2V) sebanyak 21 kW. yang membolehkan ia mengecas bateri EV pada kereta lain.

Fungsi ini membolehkan ia membekalkan kuasa kepada peralatan rumah, peranti mudah alih, atau alat kerja di tapak projek.

Menjengah bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan dua paparan digital (paparan instrumen 10.2 inci dan skrin sesentuh infotainmen 14.6 inci).

Reka bentuk papan pemuka dikongsi bukan sahaja dengan model EV, malah dengan model platform sama iaitu Geely Haoyue – lebih dikenali di sini sebagai Proton X90.

image.png

Seperti mana King Kong elektrik,   Radar King Kong EM-P juga akan dipasarkan di luar China sebagai Riddara RD6 EM-P.

Dari segi harga, Geely Radar King Kong EM-P  dilaporkan berharga antara 139,900 yuan (sekitar RM82,346) hingga 159,800 yuan  (sekitar RM94,120) di pasaran China.

image.png

Dikhabarkan, Radar King Kong EM-P akan dilancarkan di Thailand kerana negara berkenaan sudah menerima  Riddara RD6 sejak akhir  tahun lalu.




Gallery

Tag:

Geely Radar King Kong EM-P
Radar King Kong
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026