Link Copiedcheck_circle
EV

Imej Xpeng P7 Generasi Terbaru Didedahkan – Pelancaran Suku Ketiga Nanti

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Xpeng-P7-NextGen-Teaser-3.jpg


Xpeng Motors mengesahkan bahawa model P7 generasi terbaru bakal membuat kemunculan global tidak lama lagi, dijangka seawal suku ketiga tahun ini. Pengumuman ini dibuat menerusi laman rasmi Weibo syarikat tersebut, disertai beberapa imej render rasmi. 


Reka Bentuk Lebih Radikal, Sentuhan Coupe Empat Pintu


Xpeng-P7-NextGen-Teaser-4.jpg


Dikenali secara dalaman sebagai “E29”, model ini direka oleh Rafik Ferrag, pereka yang turut menghasilkan P7 generasi terdahulu. Rekaan kali ini tampil lebih agresif, terutama di bahagian hadapan yang menampilkan lampu nyalaan siang LED berbentuk Y.


Di belakang, lampu LED yang digunakan juga berbentuk Y dan hadir dengan ciri seperti spoiler belakang yang boleh dilaraskan dan bampar belakang sporty. 


Xpeng-P7-NextGen-Teaser-1.jpg


Dari tepi, model ini kelihatan elegan dengan gaya badan fastback dan aerodinamik melalui ciri seperti pemegang pintu jenis pop-out dan cermin belakang yang menyendeng. Turut menarik perhatian ialah rim baharu lapan jejari yang digunakan.


Kabin Masih Misteri, Tetapi Dijangka Serba Canggih


Setakat ini, Xpeng masih belum mendedahkan rupa dalaman P7 generasi baharu. Namun berdasarkan reputasi sedan elektrik sporty ini, kita boleh menjangkakan kabin mewah yang penuh dengan teknologi terkini, termasuk sistem infotainmen berasaskan Xmart OS 2.0 yang menyokong kawalan suara canggih serta papar pandu realiti terimbuh (AR-HUD). 


Teknologi Bantuan Pemandu Berasaskan Kamera?


Xpeng-P7-NextGen-Teaser-2.jpg


Model baharu ini dijangka menggunakan sistem bantuan pemandu pintar (ADAS) berasaskan kamera sahaja, tanpa sensor LiDAR atau radar luaran. Ia mungkin digerakkan oleh cip AI generasi baharu ‘Turing’ dari Xpeng, memberi tumpuan kepada prestasi komputer penglihatan yang lebih tinggi.


Platform Baharu Kunpeng, Prestasi Dijangka Dipertingkat


Walaupun spesifikasi motor dan bateri belum diumumkan, sumber seperti CarNewsChina menyatakan P7 generasi baharu akan menggunakan platform Kunpeng serba baharu yang lebih maju.


Sebagai perbandingan, Xpeng P7 sedia ada menawarkan kuasa setinggi 467 hp dan mampu mencapai jarak sehingga 702 km (mengikut piawaian CLTC) dalam varian pacuan semua roda (AWD) dwi-motor.


Muncul Secara Rasmi di Auto Guangzhou 2025?


Pelancaran global model ini dijangka akan diadakan semasa Auto Guangzhou 2025, yang bakal berlangsung dari 20 hingga 22 November 2025. Lebih banyak maklumat lanjut termasuk harga, pasaran sasaran dan ciri tambahan dijangka akan diumumkan menjelang acara tersebut.

Baca: Xpeng P7+ Dilancarkan Di China – Sarat Teknologi, Cecah 725 KM, Dari RM114K

Tag:

Xpeng
XPeng P7+
Weibo
Xpeng Coupe
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

24-09-2025
EV

18-08-2025
EV

15-08-2025
EV

16-04-2025
EV

16-04-2025
EV

04-03-2025
Pandu Uji

24-01-2025
EV

24-01-2025

Berita Terkini

EV

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026
EV

SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.

02-01-2026
EV

Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM

Skuter elektrik EZI TS-1 dijual semurah RM4,288.

01-01-2026
EV

Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma

Di saat-saat akhir 'cuti' cukai jalan (LKM) terhadap kenderaan elektrik (EV) bakal berakhir, kemunculan isu teknikal telah mencetuskan ‘huru-hara’.

31-12-2025
EV

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.

29-12-2025
EV

Kes Dua EV Terbakar Serentak Bukan Berpunca Daripada Pengecas – Bomba

Isu keselamatan kenderaan elektrik (EV) kembali menjadi bualan hangat susulan insiden kebakaran membabitkan dua buah EV di sebuah kediaman, baru-baru ini.

29-12-2025
EV

Lexus Perkenalkan RZ600e F Sport Di Jepun – EV 'Menakutkan' Di Litar

Lexus nampaknya ingin membuktikan bahawa kenderaan elektrik (EV) juga mampu menyerlahkan aura ‘menggerunkan’ di litar perlumbaan.

26-12-2025
EV

Nissan Ariya Elektrik Didedahkan Tetapi Bukan Di Malaysia Sebaliknya Di Jepun

Nissan Ariya EV versi facelift membuat penampilan rasminya di Jepun, baru-baru ini.

24-12-2025