- Berita
- Berita Auto
- Kes Langgar Gajah, Kali Ini Di JB-Mersing
Lagi kes langgar gajah! Kali ini, membabitkan sebuah Perodua Alza di Kilometer 50, Jalan Johor Bahru-Mersing, Johor pada malam tadi.
Pasangan suami isteri yang menaiki Alza itu terlanggar seekor gajah di lokasi kejadian gara-gara kawanan gajah berkenaan muncul secara tiba-tiba.
Kejadian yang tidak disangka itu menyebabkan pemandunya hilang kawalan lalu merempuh seekor gajah. Mujur, pasangan suami, isteri termasuk gajah yang dilanggar selamat. Bagaimanapun, bahagian hadapan kenderaan itu remuk teruk.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata dalam kejadian kira-kira 9.20 malam itu, pasangan suami isteri berumur 40 dan 38 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Mersing menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Alza.
"Secara tiba-tiba, empat ekor gajah melintas jalan di lokasi berkenaan, menyebabkan pemandu gagal mengelak lalu merempuh seekor daripada haiwan terbabit.
"Akibat perlanggaran itu, bahagian hadapan kenderaan mangsa mengalami kerosakan teruk. Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan.
Gajah terbabit dipercayai telah masuk semula ke kawasan hutan berhampiran selepas kejadian, dan satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa bagi tujuan dokumentasi dan rujukan insuran
Gallery

Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari