Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Keuntungan Sime Darby Menjunam 43%, Prestasi FY2025 Dijangka Terjejas

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-(6).jpg


Sime Darby Bhd menjangkakan prestasi kewangan terasnya bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 (FY2025) akan lebih lemah berbanding tahun sebelumnya. Unjuran itu dibuat selepas syarikat mencatatkan kejatuhan 43% dalam keuntungan bersih bagi suku kewangan terbaharu.


Ketidaktentuan ekonomi global dan turun naik pasaran dijangka terus memberi tekanan terhadap bahagian perindustrian dan automotif kumpulan. Dua segmen ini masing-masing menyumbang 37% dan 17% kepada keuntungan sebelum cukai Sime Darby setakat ini, tahun ini.


Segmen automotif, yang melibatkan jenama premium seperti BMW, kini berdepan dengan permintaan pengguna yang lemah dan persaingan sengit daripada pengeluar kenderaan China yang semakin agresif di pasaran


Sime Darby turut memiliki UMW Holdings Bhd, yang mengedar jenama popular seperti Perodua dan Toyota di Malaysia. UMW menyumbang 28% kepada keuntungan sebelum cukai kumpulan dalam tempoh sembilan bulan berakhir Mac 2025.


Bagi suku ketiga berakhir 31 Mac 2025, keuntungan bersih Sime Darby merosot kepada RM193 juta berbanding RM340 juta pada tempoh sama tahun lalu. Pendapatan turut susut kepada RM16.3 bilion daripada RM18.8 bilion. Tiada dividen diumumkan bagi suku ini.


web_Sime-Darby-UMW.jpg


Prestasi lemah segmen perindustrian pula dipengaruhi oleh keputusan kurang memberangsangkan di Australasia. Antara punca utama ialah cuaca buruk, turun naik kadar tukaran asing dan kelemahan nilai dolar Australia.


Keadaan sama turut dialami segmen automotif, terutamanya di Malaysia, Hong Kong dan New Zealand, dengan rekod jualan dan keuntungan yang lebih rendah.


Sementara itu, keuntungan UMW merosot sebanyak 26%, sebahagian besarnya akibat kerugian daripada bahagian perniagaan minyak pelincir. 


Meskipun berdepan dengan cabaran dalam segmen automotif, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Jeffri Salim Davidson kekal optimis terhadap prospek bahagian perindustrian, kerana disxokong oleh permintaan kukuh dalam sektor perlombongan.


web_CariCarz_TA_Toyota-Alphard-And-Vellfire-HEV_Toyota-Beyond-Zero_-8.jpgCARICARZ_TEST_Perodua-Axia-1.0-AV_-4.jpg


Beliau turut menekankan tumpuan kumpulan kepada kawalan kos, pengurusan inventori yang efisien, serta kecekapan operasi. Langkah ini membantu menambah baik aliran tunai operasi sehingga RM1.7 bilion setakat tahun ini.


Datuk Jeffri turut menjelaskan bahawa kedudukan aliran tunai dan penyata imbangan yang kukuh membolehkan kumpulan mengharungi ketidaktentuan pasaran dengan yakin.


Photo-1.jpg


Namun, bagi tempoh sembilan bulan FY2025, keuntungan bersih kumpulan menjunam hampir 60% kepada RM1.3 bilion, berbanding RM3.2 bilion pada tempoh sama tahun lalu. Angka yang dicapai tahun lalu adalah termasuk keuntungan one-off sebanyak RM2 bilion hasil penjualan kepentingan dalam Ramsay Sime Darby Health Care.


SIME-Darby-Price-Up-(1).jpg


Walaupun keuntungan semakin rendah, pendapatan keseluruhan kumpulan meningkat 8.2% kepada RM52.3 bilion daripada RM48.3 bilion. Bagaimanapun, pengumuman prestasi ini menyaksikan harga saham Sime Darby jatuh 27 sen atau 12.6% kepada RM1.87, paras terendah sejak 22 Ogos 2023.


Secara keseluruhan, harga saham kumpulan telah susut lebih 19% setakat tahun ini, menjadikan nilai pasaran Sime Darby kini sekitar RM12.7 bilion.

Sumber: The Edge

Tag:

Sime Darby
Sime Darby Bhd
Bursa Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

28-08-2024
Berita Auto

26-06-2024
EV

26-03-2024
Berita Auto

05-01-2024
Berita Auto

SDAS Bekerjasama dengan Bosch Untuk Tawar Penjagaan Kereta

SDAS bekerjasama dengan Bosch untuk menawarkan perkhidmatan bertaraf premium.

27-01-2022
Berita Auto
Berita Auto

23-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026