Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MAS 2025: Chery Tiggo 7 & Tiggo 8 CSH PHEV Didedah, Maknanya Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain Tiggo Cross yang bakal dilancarkan, Chery Malaysia turut menggunakan pentas Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) dengan sebaik mungkin.

Ini kerana pengeluar kereta dari China itu turut mempamerkan barisan model Chery Super Hybrid (CSH) iaitu Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8 versi hibrid plug-in (PHEV).

Kedua-dua model PHEV ini pada asalnya adalah versi pemanduan belah kanan (RHD) bagi Tiggo 7 & 8 CSH yang telah dipamerkan di ekspo automotif Auto Shanghai 2025 bulan lalu. 

Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8 PHEV  ini menggunakan konfigurasi PHEV CSH yang sama, iaitu dilengkapi engan  enjin petrol turbo 4 silinder 1.5 liter dengan kecekapan haba sebanyak 44.5%. Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 154 HP dan 220 NM.

image.pngimage.png

Bahagian elektrifikasi pula terdiri daripada Transmisi Hibrid Dedikasi Tanpa Kelajuan (DHT) 3-kelajuan milik Chery sendiri, yang menggabungkan dua motor elektrik. Maka, ia mampu menghamburkan kuasa setakat  201 HP dan 310 Nm. 

image.png


Gabungan keseluruhan sistem ini menghasilkan jumlah output sistem yang mengagumkan iaitu 342 HP dan 525 NM. Kesemua kuasa disalurkan secara eksklusif ke roda hadapan, sekali gus membolehkan ia mampu memecut dari   0-100 km/j hanya dalam 4.26 saat.

Kedua-dua model T7 dan T8 PHEV dikuasakan oleh pek bateri gaya LFP berkapasiti 18.3 kWh yang dibekalkan oleh BYD. Kedua-duaya dikatakan mampu memberikan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 95 km.

image.pngimage.png

Digabungkan dengan tangki bahan api sebesar 60 liter, keseluruhan sistem CSH PHEV ini mampu mencapai jarak gabungan melebihi 1,200 km, dengan penggunaan bahan api gabungan hanya 1.3 liter bagi setiap 100 km.

Dakwa Chery, apabila baki bateri tinggal di bawah 25%, sistem ini masih mampu mencatat penggunaan bahan api sebanyak 4.9 liter untuk setiap 100 km.

Seperti kebanyakan model PHEV moden yang lain, kedua-dua T7 dan T8 CSH juga turut menyokong kaedah pengecasan AC dan DC, di mana pengecasan DC membolehkan pek bateri dicas dari 30% hingga 80% dalam masa hanya 19 minit. Sebagai alternatif, kedua-dua kereta ini boleh dicas penuh dalam masa 8.5 jam menggunakan pengecas soket tiga pin yang lebih perlahan.

image.pngimage.png

Dari segi luaran, kedua-dua model T7 dan T8 PHEV menampilkan sedikit perubahan reka bentuk berbanding versi Pro petrol.

Kedua-duanya menerima wajah hadapan baharu dengan gril hadapan bertatahkan berlian yang diapit oleh lampu utama LED tajam dengan signatur  pencahayaan baharu ala Tiggo 8 Pro. 

image.png

Selain itu, T7 PHEV turut dilengkapi dengan lampu belakang LED jenis menembusi baharu yang menonjol dengan corak pencahayaan yang agak menarik, dipadankan dengan rim aloi 18 inci baharu, serta aksen bampar belakang baharu yang menggantikan reka bentuk ekzos berkembar pada Tiggo 7 Pro.

Bagi model T8 PHEV, ia kini dilengkapi dengan lampu hadapan LED baharu yang lebih langsing dan tajam, bersama dengan reka bentuk bampar depan dan gril yang sedikit diubah suai, serta rim baharu bersaiz 19 inci. 

Bahagian belakang kelihatan masih sama  walaupun ketiadaan empat ekzos—yang kini digantikan dengan dua  ekzos samaran

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya, T7 PHEV dilihat masih menggunakan skrin kembar  12.3 inci yang sama. Satu-satunya perubahan ketara di bahagian hadapan ialah stereng baharu, yang telah dipindahkan dari J7, ditambah dengan konsol tengah yang direka bentuk semula selain terdapat mod pemanduan HEV dan EV.

Bagaimanapun, terdapat perubahan yang agak ketara untuk T8 PHEV, di mana tetapan skrin kembar telah digantikan dengan paparan terapung yang lebih besar manakala meter digital yang lebih kecil. 

Sama seperti T7 PHEV, T8 PHEV juga menggunakan reka bentuk stereng J7, tetapi malangnya skrin yang lebih besar mendorong pereka Chery untuk membuang kawalan dan butang A/C.

image.pngimage.png

Setakat ini, Chery secara tidak langsung telah mengesahkan bahawa kedua-dua Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8 CSH PHEV SUV akan membuat penampilan sulungnya di Malaysia  tetapi tidak seperti Tiggo Cross, belum ada tarikh yang tepat lagi. 

Tetapi memandangkan rancangan kerajaan untuk memperkenalkan skim rasionalisasi subsidi petrol RON 95, ada kemungkinan T7 dan T8 CSH PHEV akan memasuki pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini. 




Gallery

Tag:

Chery Tiggo 8 CSH
Chery Tiggo 7
Chery Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Chery Jual Lebih 1.2 Juta Unit Tahun 2022! Lebih 451K+ Unit Dieksport!

Syarikat automotif daripada negara China ini mencapai jumlah jualan lebih daripada 1 juta unit dalam tempoh setahun,

16-01-2023
Berita Auto

Chery Tiggo Cross Laku Keras, Dalam 2 Bulan, Angka Tempahan Sudah Cecah 1,000 Unit

Chery Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima lebih 1,000 tempahan untuk model Tiggo Cross sejak dipertontonkan kepada umum di negara ini pada pameran Autoshow Malaysia 2025, Mei lalu.

11-07-2025
Berita Auto

Chery Malaysia Sumbang RM50,000 Kepada Tabung Amanah Sukan Negara (KWASN)

Chery Malaysia meneruskan sokongan terhadap atlet Malaysia dengan menyalurkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Tabung Amanah Sukan Negara (KWASN), baru-baru ini.

11-07-2025
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Dilancar, Ada 2 Varian, Harga TAK Sampai RM100,000

Chery Tiggo Cross akhirnya dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

09-07-2025
Berita Auto

Chery Kejutkan Bukit Bintang Dengan 'Kotak Misteri' Gergasi! – Teka Model & Menang

Struktur berbentuk ‘Kotak Misteri’ bersaiz gergasi itu bukan sekadar hiasan, ia merupakan inisiatif promosi kreatif daripada Chery Malaysia untuk memperkenalkan SUV terbarunya.

30-05-2025
Berita Auto

Program Sinergi Rantaian Bekalan Premier Chery Bakal Lonjakkan Sektor Automotif Negara

Program Sinergi Rantaian Bekalan Premier Chery Bakal Lonjakkan Sektor Automotif Negara

20-05-2025
Kereta Baru

MAS 2025: Tiggo Cross Belum Dilancar, Tapi ROI Sudah Dibuka, Siapa Tempah Dijamin Terima OGOS Ini

Chery Malaysia secara rasminya mendedahkan Chery Tiggo Cross di pameran Autoshow Malaysia 2025 di MAEPS, Selangor, pagi tadi.

08-05-2025
Global

Ini Dia Info Chery Tiggo 4 HEV CSH, Enjin 1.5 Liter, Boleh Gerak Lebih 1,000 KM?

Tiggo 4 HEV bakal menembusi pasaran tempatan, tidak lama lagi.

29-04-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Dilancar, Ada 2 Varian, Harga TAK Sampai RM100,000

Chery Tiggo Cross akhirnya dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

09-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: MG Cyberster RWD Cukup Bergaya, 340 PS, Boleh Gerak Sejauh 508 KM, Harga Cuma RM299,900

MG Motor Malaysia melancarkan varian baharu bagi kereta sport elektrik, MG Cyberster RWD baru-baru ini.

09-07-2025
Kereta Baru

Proton X50 Facelift 2025 Kini Boleh Ditempah – Rebat RM1,000, Kad TnG Percuma

Proton secara rasmi membuka tempahan untuk model baharu X50 selepas acara pratonton penuh tenaga bertemakan “Ready to Roar” yang diadakan di Setia City Mall.

06-07-2025
Kereta Baru

Harga BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 Diumumkan – CKD, Dari RM218,800

BMW Group Malaysia telah mengumumkan harga runcit rasmi bagi model baharu BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 yang kini dipasang secara tempatan (CKD).

04-07-2025
Kereta Baru

Kritikan Didengar, Proton e.Mas 7 Kini Lebih Canggih & Menawan – Apple CarPlay, Obsidian Black

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat PROTON, hari ini secara rasmi melancarkan varian terbaru yang lebih ‘mengancam’ untuk EV e.Mas 7.

02-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: Hyundai Tucson Facelift 2025 Masuk Pasaran, Harga Marhaen

Hyundai Motor Malaysia turut melancarkan secara rasminya Hyundai Tucson Facelift 2025 ke pasaran tempatan, pagi tadi.

02-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: Hyundai Santa Fe Facelift 2025, Harga Bermula Dari RM225K

Selain Hyundai Staria, pihak Hyundai Motor Malaysia juga turut melancarkan secara rasminya Hyundai Santa Fe Facelift 2025 ke pasaran tempatan.

02-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: Hyundai Staria Facelift 2025, Harga Bermula Dari RM180K

Hyundai Motor Malaysia melancarkan secara rasminya, Hyundai Staria versi Facelift 2025, di ibu negara, sebentar tadi.

02-07-2025