Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MAS 2025: iCAUR Masuk Malaysia, Dah Tayang 2 Model: 03 & V23

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jenama iCaur sudah mendarat secara rasminya ke negara kita. iCaur adalah sub-jenama daripada Kumpulan Chery namun ia dinamakan semula  untuk pasaran eksport Jenama itu adalah hasil kerjasama antara Chery dan gergasi teknologi China Xiaomi, di mana dua modelnya sSUV iCaur 03 dan V23 EV, s.udah dipamerkan ddi MAEPS Serdang.

Mungkin ada yang tahu,  iCaur 03 sebelum ini sudah pun membuat penampilan sulungnya di MAS 2024 namun ketika itu, ia  dikenali sebagai Jaecoo J6. 

image.png

Melihat luarannya, kenderaan elektrik lasak kompak ini mengekalkan reka bentuk badan SUV berbentuk kotak seperti kembarnya, Jaecoo, yang mana ia masih menggunakan  lampu LED berbentuk-i, fender yang melebar, ada kotak simpanan di  pintu belakang, dan sebenarnya banyak lagi.

image.pngimage.png

V23, sebaliknya, tampil sebagai model yang lebih lasak dan berinspirasikan gaya retro memandangkan lampu hadapan LED jenis bulat, reka bentuk badan SUV berkotak yang sama seperti model 03, walaupun sedikit lebih kecil dari segi dimensi, tiang-C yang tebal serta dipasang dengan kotak simpanan pintu belakang yang lebih kecil.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabin iCaur 03 dan V23, masing-masing hadir dengan susun atur dalaman yang sarat dengan teknologi cangih yyang kini menjadi kebiasaan dalam kereta buatan China, apatah lagi yang dibangunkan bersama gergasi teknologi.

image.pngimage.png

 Bagi model 03, ia dilengkapi dengan pelbagai ciri teknologi, termasuk skrin infotainmen tengah 15.6 inci, kluster meter digital 9.2 inci yang lebih kecil, tempat duduk hadapan yang boleh dilaraskan secara elektrik dan mempunyai fungsi pengudaraan, pengecas tanpa wayar, dan banyak lagi.

image.png

Apapun,  V23 sememangnya dilengkapi dengan paparan papan pemuka hadapan berskrin besar yang tipikal seperti model 03, namun ia masih mengekalkan beberapa butang fizikal dan tombol untuk kawalan iklim. Memandangkan reka bentuk luarnya yang lebih kecil, ruang dalaman agak terhad, namun kabinnya masih dilengkapi dengan material lembut dan berkualiti tinggi serta upholsteri premium.

image.pngimage.png

Dari segi trenkuasa, iCaur 03 hadir dalam dua spesifikasi, iaitu versi asas pacuan dua roda (2WD) dengan satu motor dan versi pacuan empat roda pintar (iWD) dengan dua motor yang lebih bertenaga. 

Versi standard  menggunakan satu motor elektrik yang dipasang di belakang (RWD) dimana ia mampu menghasilkan kuasa etakat 181 HP (135 kW) dan tork 220 NM, manakala pek bateri LFP berkapasiti 65.7 kWh mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 426 km berdasarkan standard NEDC.

image.pngimage.png

Sebaliknya, model iWD dengan dua motor pula menawarkan jumlah output sistem yang lebih tinggi iaitu 275 HP (205 kW) dan 385 NM. Tenaga dibekalkan oleh pek bateri LFP yang berkapasiti 69.8 kWh, namun model iWD ini mencatatkan jarak pemanduan NEDC yang sedikit lebih rendah iaitu 418 km.

image.png

Pendaftaran minat (ROI) untuk iCaur 03 sudah pun dibuka  namun tiada  ROI atau butiran tempahan dikongsi mengenai V23. 03 akan mula dijual pada suku ketiga tahun ini dan pelanggan juga boleh mendapatkan tempahan dengan membayar RM1,000.

image.png

Anda boleh melihat kedua-dua iCaur 03 dan V23 di Malaysia Autoshow 2025, yang berlangsung di MAEPS, Selangor.

Gallery

Tag:

iCAUR EV
iCAUR
iCar V23
iCaur 03
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kit iCAUR V23 Edisi Retro Bermula Dari RM18,888

Kit iCAUR V23 Edisi Retro Bermula Dari RM18,888

iCAUR Malaysia melancarkan kit iCAUR V23 Edisi Retro yang ditawarkan pada harga bermula dari RM22,000, sebentar tadi.

21-01-2026
Kereta Baru
SUV Off-Road Elektrik, iCAUR V23 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM119,800

SUV Off-Road Elektrik, iCAUR V23 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM119,800

iCAUR Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya iCAUR V23 ke pasaran tempatan di ibu negara, sebentar tadi.

27-11-2025
EV
Sudah Diuji: iCaur V23 iWD Tunjuk Taring Dalam Cabaran Off-Road

Sudah Diuji: iCaur V23 iWD Tunjuk Taring Dalam Cabaran Off-Road

Pihak Carz.com berpeluang memandu uji, SUV elektrik, iCaur V23 di litar ujian off-road Kev Advenduro yang terletak di Gamuda Gardens, Rawang.

10-11-2025
EV
Imej Teaser Sudah Mula Keluar, iCaur 03 Bakal Ditunjuk Di MAS 2025

Imej Teaser Sudah Mula Keluar, iCaur 03 Bakal Ditunjuk Di MAS 2025

iCaur 03 sebelum ini telah dipratonton pada tahun lepas di MAS 2024 sebagai Jaecoo J6.

30-04-2025
Global
Auto Shanghai 2025: iCAUR V23 Bakal Didedah Di Malaysia

Auto Shanghai 2025: iCAUR V23 Bakal Didedah Di Malaysia

Jenama iCAUR didedahka pada MAS 2025.

25-04-2025
Kereta Baru
iCAUR V23 Didedah, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM145,000

iCAUR V23 Didedah, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM145,000

iCAUR Malaysia buat julung kalinya menayangkan iCAUR V23 dalam satu majlis pratonton yang diadakan di ibu negara, sebentar tadi.

29-10-2025
Global
Auto Shanghai 2025: iCAUR V23 Bakal Didedah Di Malaysia

Auto Shanghai 2025: iCAUR V23 Bakal Didedah Di Malaysia

Jenama iCAUR didedahka pada MAS 2025.

25-04-2025
Berita Auto
Pengumpul Kereta Eksotik, JP Chin, Jadi Penerima iCaur 03 Pertama Di Dunia

Pengumpul Kereta Eksotik, JP Chin, Jadi Penerima iCaur 03 Pertama Di Dunia

Selepas menjadi negara pertama yang menerima kehadiran jenama iCaur, baru-baru ini, acara penyerahan yang pertama di dunia bagi model iCaur 03 telah berlangsung di pusat pengedaran iCaur Petaling Jaya.

12-09-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru
Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru
Proton S70 MC1  2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026,  Harga Sama

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru
SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru
Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru
Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026