Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

SUV Off-Road Elektrik, iCAUR V23 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM119,800

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

iCAUR Malaysia  akhirnya melancarkan secara rasminya iCAUR V23 ke pasaran tempatan di ibu negara, sebentar tadi.

Untuk pasaran tempatan, ia hadir dalam dua varian iaitu pacuan dua roda (2WD) (RM119,800) dan pacuan empat roda (iWD) RM132,800.

image.png

Dari segi ukuran, ia berukuran 4,220 mm panjang, 1,915 mm lebar, dan 1,845 mm tinggi, dan digandingkan dengan jarak gandar 2,735 mm.

Dengan jarak kelegaan tanah setinggi 210mm, iCAUR V23 mampu meredah permukaan mencabar dan meredah air sedalam 600 mm, sekali gus membuatkan ia setanding dengan trak pikap yang lain.

image.png

Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan lampu depan jenis LED bersama lampu nyalaan siang manakala lampu belakang juga jenis LED serta dilengkapi dengan  lampu brek ketiga tinggi yang terletak pada kotak simpanan tambahan.

Selain itu, varian 2WD hadir dengan tayar 255/55 R19 manakala V23 iWD pula dengan  tayar 265/45 R21, yang mana  membuatkan ia menyerlah lagi  rekaannya.

Melihat kabinnya, ia menawarkan  skrin sentuh HD Quad 15.4-inci yang dipacu oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 8155, sistem audio 7 speaker 

image.pngimage.png

Malah, telefon pintar disepadukan dengan lancar tanpa wayar sebagai ciri piawai menerusi Android Auto dan Apple CarPlay. 

image.pngimage.png

Sebagai pelengkap ruang kabinnya,   iCAUR V23 menyediakan empat butang konsol tengah untuk memudahkan kawalan fungsi di dalam kereta, termasuk pemilih mod pacuan, untuk bertukar antara lima mod pacuan dalam versi V23 2WD [ECO, Comfort (Selesa), Sport (Sukan), Individual (Individu),  Slippery (Jalan Licin)], dan enam mod dalam versi iWD berserta mod Off-Road (Jalan Lasak) tambahan. 

image.png

Mengenai trenkuasa,  versi 2WD dipacu oleh motor elektrik dipasang belakang tunggal yang menghasilkan kuasa 100 kW (136 PS) dan tork 180 Nm. 

Varian ini digandingkan dengan  bateri Litium Ion Fosfat (LFP) 59.9-kWj, selain mencatatkan jarak pemanduan (NEDC) sehingga 360 km, menjadikannya sesuai bagi pemanduan harian dan perjalanan di sekitar bandar. 

Dengan bekalan kuasa yang lancar dan pacuan roda belakang dinamik yang seimbang, versi 2WD menawarkan pengalaman memandu yang cekap dan juga menyeronokkan. 

image.pngimage.png

Bagi mereka yang inginkan keupayaan dan kuasa tambahan, iCAUR V23 iWD memperkenalkan sistem pacuan semua roda pintar dwimotor. Versi ini menjana output tergabung 155 kW (211 PS) dan tork 292 Nm, menghasilkan pecutan penuh yakin dan cengkaman mantap sama ada semasa meredah denai atau apabila meluncur dengan selesa di lebuh raya. 

Sementara itu, varian iWD menawarkan jarak pemanduan lanjutan sehingga 430 km (NEDC), dipacu bateri litium tiga logam Nikel-Mangan-Kobalt (NMC) 81.8-kWj.

image.pngimage.png

Prestasi V23 disokong oleh modul pacuan elektrik belakang yang kompak lagi berkuasa, menggabungkan komponen penting seperti Unit Kawalan Motor, Pengecas Dalaman, dan Penukar. 

Versi iWD disokong oleh Motor Tak Segerak Magnet Kekal yang mantap pada gandar depan, memberikan cengkaman tambahan apabila keadaan memerlukan. 

Bagaimanapun, kedua-dua varian menyokong pengecasan AC 6.6 kW, manakala pilihan V23 2WD menawarkan keupayaan pengecasan pantas DC sehingga 85 kW. Versi iWD ditambah baik dengan kadar pengecasan DC maksimum 104 kW, menawarkan kesenangan tambahan bagi perjalanan jarak jauh. 

image.pngimage.png

Mengenai ciri keselamatan, ia hadir dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk enam beg udara dan sistem bantuan pemandu lanjutan ADAS Aras 2.  Segala ciri keselamatan ini disokong oleh radar gelombang milimeter yang disepadukan ke dalam badan kenderaan untuk meningkatkan ketepatan pengesanan dalam pelbagai persekitaran.

Versi standard iCAUR V23 menyediakan ciri-ciri ADAS berikut, Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Maklumat Terlepas Keluar (DAI), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Amaran Pertukaran Lorong (LCW), Amaran Keluar Lorong (LDW), Amaran Perlanggaran Belakang (RCW), Pencegahan Keluar Lorong (LDP) dan Amaran Lalu Lintas Silang Belakang (RCTA).

Terdapat juga Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Mengelakkan Kesesakan Lalu Lintas (TJA), Pengesanan Titik Buta (BSD) dan Amaran Pembukaan Pintu (DOW).

Selain daripada prestasi dan ciri keselamatannya, iCAUR V23 dilengkapi  turut dilengkapai termasuk Monitor Pandangan Menyeluruh (AVM) 540-darjah tersendiri jenama, Sistem Pengawasan Tekanan Tayar (TPMS), dan pembaca NFC yang diletakkan di dapra sisi pemandu untuk capaian pantas. 

Bagi yang berminat, iCAUR V23 ditawarkan dalam enam pilihan warnanOff Road Orange (Oren Off Road), Khaki White (Putih Khaki), Army Green (Hjiau Tentera), Slate Silver (Perak Slate), dan Carbon Black (Hitam Karbon), yang semuanya dipadankan dengan hias dalaman kulit hitam.

Para pemilik V23 mendapat sokongan khidmat penjagaan komprehensif yang disediakan bagi semua model iCAUR.

Perkhidmatannya termasuk waranti kenderaan tujuh tahun atau 150,000 km, waranti bateri dan unit pacuan lapan tahun atau 160,000 km, dan jaminan penggantian bateri sekiranya Keadaan Kesihatan jatuh di bawah 70% dalam tempoh waranti.

Untuk 1,000 pendaftaran pertama, iCAUR Malaysia memperkenalkan Pakej Pembeli Awal yang dirangka khas untuk memberikan nilai bermakna kepada proses pemilikan. Setiap pembelian termasuk pengecas rumah Wallbox (Kotak Dinding) 7kW percuma bernilai RM3,400, untuk menawarkan kemudahan pengecasan di rumah kepada pengguna.


Untuk memudahkan penggunaan harian, pakej ini termasuk unit kluster instrumen sokongan 6.86-inci yang bernilai RM1,000. Di samping itu, pembeli akan menerima waranti lanjutan untuk bateri, motor elektrik dan unit kawalan kuasa yang meliputi tempoh sehingga sepuluh tahun atau 200,000km.

image.png


Gallery

Tag:

iCAUR EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kit iCAUR V23 Edisi Retro Bermula Dari RM18,888

Kit iCAUR V23 Edisi Retro Bermula Dari RM18,888

iCAUR Malaysia melancarkan kit iCAUR V23 Edisi Retro yang ditawarkan pada harga bermula dari RM22,000, sebentar tadi.

21-01-2026
EV
Sudah Diuji: iCaur V23 iWD Tunjuk Taring Dalam Cabaran Off-Road

Sudah Diuji: iCaur V23 iWD Tunjuk Taring Dalam Cabaran Off-Road

Pihak Carz.com berpeluang memandu uji, SUV elektrik, iCaur V23 di litar ujian off-road Kev Advenduro yang terletak di Gamuda Gardens, Rawang.

10-11-2025
Kereta Baru
MAS 2025: iCAUR Masuk Malaysia, Dah Tayang 2 Model: 03 & V23

MAS 2025: iCAUR Masuk Malaysia, Dah Tayang 2 Model: 03 & V23

Jenama iCaur sudah mendarat secara rasminya ke negara kita.

09-05-2025
EV
Imej Teaser Sudah Mula Keluar, iCaur 03 Bakal Ditunjuk Di MAS 2025

Imej Teaser Sudah Mula Keluar, iCaur 03 Bakal Ditunjuk Di MAS 2025

iCaur 03 sebelum ini telah dipratonton pada tahun lepas di MAS 2024 sebagai Jaecoo J6.

30-04-2025
Global
Auto Shanghai 2025: iCAUR V23 Bakal Didedah Di Malaysia

Auto Shanghai 2025: iCAUR V23 Bakal Didedah Di Malaysia

Jenama iCAUR didedahka pada MAS 2025.

25-04-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
PHEV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 7 PHEV Dilancarkan, Ada 3 Varian, Harga Semurah RM105, 800

PHEV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 7 PHEV Dilancarkan, Ada 3 Varian, Harga Semurah RM105, 800

5,000 pelanggan pertama akan menikmati rebat pelancaran khas bernilai RM 4,000 sekali gus menjadikan harga varian biasa hanya semurah RM105,800.

04-02-2026
Kereta Baru
GWM Wey G9 Hi4 PHEV Dilancarkan - RM269,800

GWM Wey G9 Hi4 PHEV Dilancarkan - RM269,800

Great Wall Motor (GWM) Malaysia secara rasminya melancarkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV di pasaran sebentar tadi.

29-01-2026
Kereta Baru
Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!

Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.

29-01-2026
Kereta Baru
Proton e.MAS 7 PHEV Bakal Tiba 4 Feb Ini – Anggaran RM110K-RM130K, 1,065 KM

Proton e.MAS 7 PHEV Bakal Tiba 4 Feb Ini – Anggaran RM110K-RM130K, 1,065 KM

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran Proton e.MAS 7 PHEV akhirnya terjawab. Menerusi hantaran terbaru di media sosial rasmi Proton e.MAS baru-baru ini, SUV hibrid plug-in sulung negara ini dijangka akan membuat kemunculan rasmi dalam masa kurang 10 hari lagi,

27-01-2026
Kereta Baru
Tesla Paling Murah Kini Di Malaysia! Model 3 Standard Dari RM147K – Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Tesla Paling Murah Kini Di Malaysia! Model 3 Standard Dari RM147K – Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Tesla Malaysia memperkenalkan varian paling mampu milik setakat ini untuk pasaran Malaysia, Tesla Model 3 Standard.

23-01-2026
Kereta Baru
Volvo ES90 2026 Rasmi Di Malaysia – CKD, Cecah 651 KM, Dari RM339K

Volvo ES90 2026 Rasmi Di Malaysia – CKD, Cecah 651 KM, Dari RM339K

Volvo Car Malaysia (VCM) hari ini secara rasmi melancarkan sedan elektrik (EV) flagship terbaru, Volvo ES90 2026.

22-01-2026
Kereta Baru
Chery Tiggo 8 2026 Dilancarkan, Harga Lebih Murah

Chery Tiggo 8 2026 Dilancarkan, Harga Lebih Murah

Chery melancarkan secara rasminya Chery Tiggo 8 2026 ke pasaran tempatan baru-baru ini.

19-01-2026
Kereta Baru
Edisi Khas 'Tahun Kuda': MINI Countryman S Fiery Stallion Kini Di Malaysia, Hanya 18 Unit

Edisi Khas 'Tahun Kuda': MINI Countryman S Fiery Stallion Kini Di Malaysia, Hanya 18 Unit

BMW Group Malaysia turut mengejutkan peminat automotif dengan pelancaran model edisi terhad yang disematkan pelbagai ciri eksklusif, MINI Countryman S Fiery Stallion Edition 2026.

16-01-2026